Jelajah Karnival KPDN 2025 & Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sarawak Singgah di Kuching 5-7 September!
Orang Sarawak dah ready? Siri Jelajah Karnival KPDN 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia akan tiba di Waterfront Kuching dari 5 hingga 7 September 2025. Tiga hari penuh aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur. Jom ajak ramai-ramai datang!

Pengenalan
Program Jelajah Karnival KPDN 2025ย & Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sarawak ini merupakan program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang kini telah memasuki tahun ke-2.
Ia bertujuan memberi kefahaman kepada orang ramai mengenai peranan, fungsi dan perkhidmatan yang diberikan oleh KPDN.
Melalui program ini, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai acara dan pengisian selain didedahkan mengenai advokasi kepenggunaan, Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM), Inisiatif Payung RAHMAH yang merangkumi Jualan RAHMAH MADANI dan Menu RAHMAH serta penguatkuasaan dan perdagangan dalam negeri yang dijalankan oleh Kementerian ini.
Apa Yang Best Di Karnival KPDN 2025 & Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sarawak?
Rugi sangat kalau terlepas peluang hadir ke program ni tauuโฆ. Sebab, ada banyak aktiviti menarik yang boleh disertai sepanjang tiga hari ini. Karnival ini dijangka menarik ribuan pengunjung dari seluruh negeri Sarawak. Ia menjadi platform utama untuk menyampaikan maklumat mengenai inisiatif kerajaan di bawah KPDN, sambil pada masa yang sama memperkasakan ekonomi dan komuniti setempat.
Sesuai untuk semua peringkat umur, dari budak sekolah, remaja, belia sampailah ke ibu bapa sekali.
Antara aktiviti yang akan berlangsung:
- Jualan RAHMAH MADANI โ barangan keperluan dengan harga 10-30% lebih murah.
- Menu RAHMAH โ hidangan kenyang perut pada harga bawah RM5.
- Jom Beli Lokal โ sokong produk usahawan tempatan Sarawak.
- Karnival Kerjaya PERKESO โ peluang kerja sektor awam & swasta.
- Hiburan & pertandingan โ Pertandingan Karaoke Bintang Lokal, Bintang Kecil, Pertandingan Gusti Lengan, Explorace, Band Showdown, persembahan kebudayaan & persembahan artis tempatan iaitu Melissa Francis, Amir Jahari dan Baby Shima.
Jom tengok poster-poster pertandingan yang boleh anda sertai nanti. Mana yang berminat boleh terus daftar ya!
PERTANDINGAN KARAOKE BINTANG KECIL








EKSPIDISI KOS SARA HIDUP (PERTANDINGAN EXPLORACE)


PERTANDINGAN KARAOKE BINTANG LOKAL








PERTANDINGAN GUSTI LENGAN








PERTANDINGAN BAND SHOWDOWN


PENAMPILAN ISTIMEWA








Tarikh, Waktu & Lokasi
Amacam? Seronok kan? Jangan lupa save the date!
- Tarikh : 5 โ 7 September 2025
- Jumaat & Sabtu: 9.00 pagi โ 10.00 malam
- Ahad: 9.00 pagi โ 6.00 petang
- Lokasi: Waterfront Kuching
- Kemasukan percuma โ bawa sekali family & kawan-kawan!
Banyak Hadiah Menanti!
Eh, bukan setakat aktiviti menarik je, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah yang cukup gempak!
Jangan lupa join cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah lumayan seperti:
- Proton S70
- Perodua Alza
- Motosikal Modenas Kriss
Baca juga: Rakan Muda Malaysia โ Cara Daftar Ahli & Senarai Program
Maklumat Lanjut Karnival KPDN 2025
Nak tahu update terkini? Follow je media sosial rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN).
Jom beli lokal, Ikhtiar K.I.T.A Untuk Semua!
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru