STR Tiada Akaun Bank – Cara Semakan & Bayaran


Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang tidak mempunyai akaun bank atau menghadapi masalah akaun tidak aktif, anda tidak perlu risau. Layari Portal Rasmi STR untuk membuat semakan status permohonan STR 2026 di,

Kerajaan telah menyediakan mekanisme khusus untuk memastikan bantuan tetap sampai ke tangan anda melalui tuntutan tunai.

Rujuk info penuh di bawah.

Mengenai STR

STR yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia, menyediakan bantuan tunai kepada rakyat Malaysia daripada golongan individu dan isi rumah B40 dan M40, dan warga emas.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan meningkatkan kesejahteraan penerima yang layak.

Ini bertujuan untuk memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya menerusi bantuan yang diberikan.

Ia juga merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah diketengahkan Kerajaan MADANI yang turut melibatkan kerjasama tiga kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Ekonomi.

Untuk tahun 2026, bantuan STR akan memberi manfaat kepada hampir 9 JUTA penerima merangkumi golongan berpendapatan rendah (B40) dan sebahagian golongan M40 (pendapatan isi rumah sehingga RM5,000).

Selain itu, kira-kira 700,000 daripada penerima STR kategori miskin dan miskin tegar akan menerima tambahan RM1,200 (RM100 sebulan) melalui pembelian tanpa tunai menggunakan MyKad.

str sara 2026

Kategori Penerima STR 2026

Kategori penerima yang akan menerima bantuan ini adalah seperti berikut:

i- Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii- Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii- Bujang

  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Kadar Bayaran STR 2026

Bayaran yang akan diterima oleh penerima STR bagi tahun 2026 adalah seperti berikut:

str 2026str 2026

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran STR 2026 terbahagi kepada beberapa cara mengikut kategori kelayakan dan status akaun bank penerima.

1. Pengkreditan Terus ke Akaun Bank

Ini adalah kaedah utama bagi majoriti penerima yang mempunyai akaun bank aktif. Wang bantuan akan dikreditkan secara automatik ke akaun bank pemohon atau pasangan yang telah didaftarkan dalam sistem MySTR.

  • Tarikh Fasa 1: Pembayaran bermula pada 20 Januari 2026 secara berperingkat.
  • Bank Terlibat: Semua bank tempatan yang sah (Maybank, CIMB, BSN, RHB, dll).

2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kaedah ini khusus untuk penerima yang berada dalam situasi berikut:

  • Tiada akaun bank yang didaftarkan.
  • Status pembayaran adalah “Gagal Kredit” (contoh: akaun bank tidak aktif atau beku).

Anda hanya perlu membawa MyKad asal ke mana-mana cawangan BSN seluruh negara apabila status pembayaran dipaparkan sebagai “Tunai”.

3. Kredit MyKad (Sumbangan Asas Rahmah – SARA)

Mulai tahun 2026, bagi kategori Bujang, bantuan akan diberikan dalam bentuk SARA. Bantuan dikreditkan terus ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima.

Wang ini tidak boleh dikeluarkan secara tunai, sebaliknya digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai runcit terpilih (seperti Speedmart, Lotus’s, Giant, dll).

  • Tarikh bayaran SARA bujang: Bermula 16 Januari 2026 (RM50 sebulan).

STR Tiada Akaun, Terima Bayaran Tunai di BSN

Kaedah Bayaran STR 2026 (Tiada Akaun Bank)

Bagi penerima dalam kategori ini, pembayaran dilakukan melalui tuntutan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara.

Bagi tahun 2026, pembayaran Fasa 1 bermula secara berperingkat pada 20 Januari 2026. Penerima tiada akaun boleh hadir ke BSN mulai tarikh tersebut.

Dokumen yang Perlu Dibawa

Untuk urusan penunaian bantuan, pastikan anda membawa dokumen asal berikut:

  • Kad Pengenalan (MyKad) pemohon asal.
  • Salinan MyKad (sebagai persediaan).

Tuntutan oleh Wakil

Jika penerima uzur atau tidak dapat hadir, hanya wakil yang berdaftar sahaja dibenarkan membuat tuntutan. Wakil perlu membawa:

Dokumen pembuktian pertalian (jika perlu).

  • Kad Pengenalan asal wakil.
  • Salinan Kad Pengenalan penerima.

Tarikh Pembayaran STR 2026 Fasa 1

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2026 akan mula disalurkan bermula 22 Januari 2026 (Khamis) untuk Bank Simpanan Nasional.

Penerima akan menerima antara RM100 – RM500 mengikut kelayakan masing-masing.

Bagi yang tiada akaun bank (termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan), bayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan.

Tarikh Penting STR & SARA 2026

Berikut ialah tarikh-tarikh penting pembayaran STR 2026 & SARA 2026:

  • 9 Jan: SARA Bulanan (Isi Rumah/Warga Emas) bermula.
  • 12 Jan – 13 Feb: Tempoh Rayuan STR Fasa 1 (Bagi status Tidak Lulus).
  • 16 Jan: SARA Bulanan (Bujang) bermula.
  • 20 Jan: Pembayaran Tunai STR Fasa 1 bermula.
  • 9 Feb: Kredit RM100 “SARA Untuk Semua” (Semua dewasa 18+).

Cara Semakan Status STR 2026

Sebelum hadir ke bank, pastikan anda menyemak status kelayakan dan maklumat pembayaran terlebih dahulu secara dalam talian.

  1. Layari Portal Rasmi STR: .
  2. Klik pada butang Log Masuk MySTR.
  3. Masukkan Nombor MyKad anda dan klik ‘Semak’.
  4. Sahkan Kata Kunci Keselamatan anda.
  5. Masukkan Kata Laluan dan klik ‘Log Masuk’.
  6. Pilih menu Semakan Permohonan / Pembayaran untuk melihat status.

Nota: Jika status memaparkan “Tunai” atau “Gagal Kredit”, anda layak untuk membuat tuntutan di kaunter bank.

Rayuan STR 2026

Bagi permohonan STR yang Tidak Lulus Fasa 1, permohonan rayuan boleh dilakukan mulai 12 Januari sehingga 13 Februari 2026.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk pautan ini:

  • Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Status; atau
  • Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran

Rujuk juga FAQ Pembayaran STR Fasa 1 2026 di bawah:

Soalan Lazim STR Tiada Akaun Bank

Bagaimana saya tahu saya perlu ambil duit STR secara tunai?

Anda perlu membuat semakan di Portal MySTR. Jika status pembayaran anda memaparkan “Tunai” atau “Gagal Kredit”, ini bermakna wang bantuan tidak masuk ke bank dan anda perlu ke kaunter BSN.

Di manakah tuntutan tunai STR boleh dibuat?

Tuntutan tunai hanya boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan di seluruh Malaysia. Pastikan anda hadir pada waktu operasi bank.

Apakah dokumen yang wajib dibawa ke BSN?

Penerima asal: Hanya perlu membawa Kad Pengenalan (MyKad) asal.
Wakil: Perlu membawa MyKad asal wakil, salinan MyKad penerima, dan dokumen sokongan (surat sumpah/surat pengesahan hospital jika penerima uzur).

Bolehkah saya mewakilkan orang lain untuk ambil duit STR saya?

Boleh, tetapi hanya wakil yang telah didaftarkan sahaja dibenarkan. Kebiasaannya, wakil yang dibenarkan adalah pasangan (suami/isteri), ibu, bapa, anak, atau adik-beradik yang sah dalam sistem MySTR.

Berapa lamakah tempoh masa untuk saya tuntut duit tunai ini?

Bagi tahun 2026, anda dinasihatkan membuat tuntutan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pembayaran fasa tersebut bermula. Jika tidak dituntut, wang tersebut akan dikembalikan ke Perbendaharaan Negara.

Akaun bank saya ada, tapi sudah tidak aktif (dorman). Apa perlu buat?

Jika akaun bank tidak aktif, sistem akan cuba melakukan pengkreditan tetapi akan gagal (Gagal Kredit). Selepas status dikemas kini kepada “Tunai”, anda boleh terus ke BSN untuk mengambil wang tersebut secara tunai.

Bolehkah saya daftar akaun bank baru untuk fasa seterusnya?

Boleh. Anda perlu mengemas kini maklumat akaun bank anda semasa tempoh permohonan/kemas kini MySTR dibuka. Pastikan akaun bank tersebut adalah atas nama pemohon sendiri, bukan akaun bersama (joint account) atau akaun pihak ketiga.

Peringatan Penting!

Berhati-hati dengan panggilan atau SMS yang meminta nombor OTP atau maklumat perbankan anda. Pihak LHDN atau BSN tidak akan meminta maklumat sulit melalui panggilan telefon untuk urusan STR.


News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Cek Ongkir Cargo
Download Film