Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (16 Feb 2026)


Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 15 Februari 2026..

Minggu ini, pelbagai pengumuman dan insentif kerajaan yang telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya Bantuan Baitulmal Sabah, Award GCR, Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR), Biasiswa Yang diPertuan Agong (BYDPA), MySalam dan banyak lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

bantuan insentif minggu ini

Untuk makluman, pendaftaran kemasukan murid Tahun 1 telahpun dibuka secara atas talian bagi sesi 2027. Berbeza dengan sebelum ini, buat pertama kalinya ia dibuka untuk kanak-kanak berusia 5 tahun dan 6 tahun.

Pendaftaran Tahun 1 boleh dibuat melalui portal IDMe Kementerian Pendidikan Malaysia (MOEIS)

Cara mendaftar:

  1. Klik pautan di atas.
  2. Log masuk atau daftar akaun baru (jika belum ada).
  3. Pergi ke menu Pengurusan Awam→ Pendaftaran Tahun 1 untuk mengisi borang.

Pendaftaran Tahun 1 bagi sesi akademik 2027 dibuka secara dalam talian mulai 15 Februari hingga 31 Mac 2026.

Jangan lupa tarikh pendaftaran Prasekolah sesi 2027 ya!

Permohonan Online akan dibuka mulai 1 Mac 2026 di laman web rasmi

Terbuka untuk anak lahir tahun 2021 & 2022 (umur 5–6 tahun).

Sementara tunggu tarikh buka, boleh siap-siap standby dokumen seperti:

  • Salinan sijil lahir
  • IC ibu bapa
  • Dokumen berkaitan
permohonan prasekolah kpm eprasekolahpermohonan prasekolah kpm eprasekolah

BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN 2026 KINI DIBUKA!

Yayasan Tunku Abdul Rahman menawarkan biasiswa komprehensif dan program pembangunan kepimpinan buat belia berpotensi tinggi yang berdedikasi untuk membentuk masa depan Malaysia yang lebih baik.

Apa yang bakal anda terima?

  • Sokongan kewangan penuh (9 jenis elaun).
  • Program pembangunan kepimpinan selama 2 tahun.

Siapa yang layak memohon?

  • Pelajar Pra-Universiti yang akan memulakan ijazah selewat-lewatnya Mac 2027.
  • Pelajar Ijazah Sarjana Muda yang berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.
  • Terbuka untuk semua kursus akreditasi MQA di universiti awam atau swasta tempatan.
  • Nota: Tiada syarat minimum CGPA atau had umur untuk memohon.

📅📅 Tarikh Tutup: 8 April 2026, 2 PM

🔗🔗 Mohon sekarang: www.yayasantar.org.my

JPA dengan sukacitanya mempelawa warganegara Malaysia yang cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) bagi tahun 2026.

BYDPA, yang turut dikenali sebagai King’s Scholarship, merupakan biasiswa paling berprestij di bawah JPA dan antara penajaan tertinggi Kerajaan bagi melahirkan pemimpin akademik dan profesional bertaraf dunia.

Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (Ph.D) secara sepenuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia dalam bidang-bidang yang memberi impak besar kepada negara, seperti berikut:

  • Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
  • Ekonomi
  • Undang-Undang
  • Kewangan Islam
  • Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)

Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi JPA di hingga 6 Mac 2026.

Skim Insurans Rakyat Sabah ialah inisiatif insurans yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk memberi perlindungan insurans kemalangan diri kepada rakyat Sabah secara automatik, tanpa perlu mendaftar secara individu.

Ia adalah perlindungan insurans kemalangan diri (Personal Accident Insurance) yang memberi pampasan sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Skim ini disediakan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat Sabah, terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40).

Siapa yang layak?

  • Penduduk Sabah yang mempunyai MyKad/MyKid bertanda kod negeri Sabah (contohnya 12, 47, 48, 49).
  • Umur layak: dari 30 hari hingga 80 tahun.
  • Perlindungan adalah automatik – tiada pendaftaran diperlukan.

Faedah & Manfaat

  • Pampasan sehingga RM10,000 sekiranya kematian disebabkan kemalangan.
  • Faedah khairat kematian sebanyak RM500 turut disediakan.
  • Jika hilang upaya kekal akibat kemalangan, manfaat boleh meningkat (contohnya sehingga RM20,000 bergantung pada jenis kecederaan di bawah skim kumpulan).

Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web rasmi:

Kelayakan mySalam 2026 dah dibuka!

Semak sekarang sebab tuntutan bagi 2025 juga masih DIBUKA!

MySalam telah disediakan oleh KERAJAAN bagi golongan B40 dan penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah). Anda sebenarnya telah dilindungi secara PERCUMA.

Jadi apa tunggu lagi?

Marilah buat tuntutan jika anda pernah bermalam di Wad Hospital Kerajaan (Perlindungan Hospitalisasi) atau jika anda menghidap Penyakit Kritikal (Perlindungan Penyakit Kritikal).

Nak tahu lebih lanjut, sila layari laman web rasmi MySalam :

Sistem E- Bantuan Baitulmal Sabah telah dibangunkan secara rasmi oleh PERBADANAN BAITULMAL NEGERI SABAH adalah bertujuan untuk memudahkan orang awam untuk memohon bantuan secara atas talian.

Antara JENIS BANTUAN yang boleh dimohon termasuklah Bantuan Perubatan, Bantuan Pendidikan dan Bantuan Perubatan.

Untuk memohon dan mendapatkan maklumat lanjut, sila layari

bantuan baitulmal sabahbantuan baitulmal sabah

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.


News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Cek Ongkir Cargo
Download Film