Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang 2026

Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) menyediakan Skim Agihan Permulaan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk pelajar dalam mahupun di luar negara dan permohonan boleh dipohon menerusi pautan

Berikut adalah maklumat dan info mengenai skim ini.

Mengenai Skim Agihan Permulaan Ke IPT

Skim Agihan Permulaan Ke IPT merupakan satu inisiatif bagi membantu pelajar serta ibu bapa menampung kos awal pendaftaran ke IPT.

Skim in telah diperkenalkan sejak tahun 2007 dan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan kerelevanan serta keupayaannya memenuhi keperluan semasa pelajar.

Namun kini, pelaksanaannya diperluaskan secara menyeluruh merangkumi pelajar dari peringkat Tingkatan 6 hingga ke Ijazah Sarjana Muda, sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Malah, bermula tahun 2024, skim in turut diperluaskan kepada pelajar politeknik sebagai sebahagian usaha memperluas akses bantuan pendidikan.

Skim in merupakan bantuan secara sekali bayar (one-off) yang diberikan kepada pemohon yang memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Skim ini bertujuan meringankan beban kewangan pada peringkat awal pengajian serta membantu pelajar membuat persediaan menghadapi sesi akademik baharu dengan lebih yakin dan teratur.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:

  1. Sijil / Matrikulasi / Tingkatan 6: RM800
  2. Diploma Vokasional : RM900
  3. Diploma : RM1,000
  4. Ijazah Sarjana Muda : RM1,200
  5. Ijazah Sarjana Muda (Luar Negara) : RM2,500

Bantuan Tambahan: Pelajar vang mendapat towaran IPT dalam negara penempatan di Sabah
atau Sarawak layak menerima tambahan sebanyak RM200.00 bagi setiap kategori di atas.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon skim ini adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Bermastautin tetap di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 12 bulan.
  4. Tidak menerima bantuan zakat dari negeri-negeri lain.
  5. Permohonan hanya dipertimbangkan untuk pengajian kali Pertama sahaja bagi setiap peringkat pengajian.
  6. Permohonan sah dalam tempoh 6 bulan dari Tarikh pendaftaran
  7. Permohonan mestilah untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
  8. Tempoh pengajian mestilah setahun dan ke atas.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan
  2. Daftar dan lengkapkan maklumat peribadi.
  3. Semak status permohonan melalui portal yang sama.
  4. Muat naik dokumen lampiran yang diperlukan
  5. Hantar permohonan secara digital.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Agihan Permulaan Ke IPT?

Skim Agihan Permulaan Ke IPT merupakan satu inisiatif bagi membantu pelajar serta ibu bapa menampung kos awal pendaftaran ke IPT untuk pelajar dalam mahupun di luar negara.

Jika saya tidak bermastautin di Pulau Pinang, bolehkah saya memohon?

Tidak. Pemohon mestilah bermastautin tetap di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 12 bulan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Skim Agihan Permulaan Ke IPT, sila layari laman web

Baca juga: HPIPT 2026 – Permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch