Gerhana Bulan Penuh 7-8 September 2025


Khas untuk peminat astronomi! Gerhana Bulan Penuh akan berlaku di Malaysia dari 7 September 2025 sehingga awal pagi 8 September 2025, di mana fasa penuh maksima dijangka berlaku pada jam 2.11 pagi. Gerhana ini juga dikenali sebagai Blood Moon.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang fenomena ini serta di mana anda boleh saksikannya di daerah berdekatan anda.

Pengenalan – Fenomena Gerhana Bulan Penuh Di Malaysia 7-8 September 2025

Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 7 – 8 September 2025 akan berlaku 2.7 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang dekat dengan Bumi (perigee) iaitu pada jarak 364,773 km dengan saiz sebanyak 33.4 arc minit.

Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada pada kedudukan di antara Matahari dan Bulan menyebabkan bayang-bayang Bumi menutupi Bulan. Bulan akan kelihatan berwarna merah / jingga Ketika kemuncak Gerhana Bulan Penuh disebabkan oleh pembiasan cahaya Matahari oleh atsmosfera Bumi. Atas sebab itu juga, gerhana ini juga dikenali sebagai Blood Moon.

Fenomena ini akan dapat disaksikan oleh masyarakat di seluruh kawasan Eropah, Afrika, Asia, Australia dan New Zealand.

gerhana bulan september 2025

Di Malaysia, Bulan berada di atas ufuk sepanjang gerhana berlaku. Oleh itu, dalam keadaan cuaca yang baik, keseluruhan fasa gerhana dapat dilihat dengan menggunakan mata dan bantuan seperti binokular atau teleskop.

gerhana bulan september 2025gerhana bulan september 2025

Fasa Gerhana Bulan Penuh 7-8 September 2025 Di Malaysia, Tarikh & Masa

Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan dapat disaksikan pada 7 – 8 September 2025, bermula pukul 11.28 malam hingga 4.55 pagi waktu Malaysia.

Fasa Gerhana Bulan Penuh dijangka akan berlaku mengikut masa / waktu seperti berikut :

  • πŸŒ‘ Fasa Penumbra bermula: 11.28 malam, 7 Sept – Fasa Penumbra Bermula (P1). Bulan mula memasuki bayang penumbra.
  • πŸŒ“ Fasa Separa bermula: 12.26 pagi, 8 Sept – Bulan mula memasuki bayang umbra, gerhana mula jelas kelihatan.
  • πŸŒ• Fasa Penuh bermula: 1.30 pagi, 8 Sept – Bulan kini sepenuhnya berada dalam bayang umbra bumi.
  • πŸŒ•βœ¨ Fasa Penuh Maksima : 2.11 pagi, 8 Sept – Kemuncak gerhana, bulan kelihatan paling gelap dan kemerahan!
  • πŸŒ• Fasa Penuh berakhir: 2.53 pagi, 8 Sept – Bulan mula keluar dari bayang umbra.
  • πŸŒ“ Fasa Separa tamat: 3.56 pagi, 8 Sept – Bulan sepenuhnya keluar dari umbra.
  • πŸŒ‘ Fasa Penumbra Tamat :Β 4:55 pagi, 8 Sept – Bulan kembali normal.
gerhana bulan september 2025gerhana bulan september 2025

Senarai Lokasi Cerapan

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang bakal berlaku pada 7 September 2025 (Ahad malam) hingga 8 September 2025 (Isnin awal pagi). Fenomena ini dijangka bermula sekitar 11.00 malam hingga 5.00 pagi.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan bahawa beberapa lokasi cerap di seluruh negara akan dibuka kepada orang awam. Semua dijemput hadir bagi sama-sama menyaksikan keindahan ciptaan Allah SWT ini.

Nota: Aktiviti pencerapan adalah tertakluk kepada keadaan cuaca semasa.

gerhana bulan september 2025gerhana bulan september 2025

Senarai Lokasi Cerapan Gerhana Bulan Penuh

  • LEMBAH KLANG
    • Planetarium Negara
      • Penganjur: Planetarium Negara, MOSTI
    • Pekarangan Foyer Pentadbiran
    • Balai Cerap PERMATApintar
      • Penganjur: Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM
    • Masjid Alam Impian, Shah Alam
    • Balai Cerap Selangor
      • Penganjur: Jabatan Mufti Selangor
  • PUTRAJAYA
    • Dataran Masjid Putra, Putrajaya
      • Penganjur: PMWP, JAKIM, JUPEM, Masjid Putra
  • NEGERI SEMBILAN
    • Balai Cerap Negeri Sembilan
      • Penganjur: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
  • MELAKA
    • Masjid Al-Azim
      • Penganjur: Jabatan Mufti Negeri Melaka
  • PERAK
    • Kurau Inn Farmstay, Kuala Kurau
      • Penganjur: Sahabat Langit Utara
    • Masjid Al-Khairiah, Kg Sungai Batu, Pantai Remis
      • Penganjur: Jabatan Mufti Negeri Perak
  • PERLIS
    • The Wheel Estate Campsite, Chuping
      • Penganjur: Astronomical Society of Penang
  • PULAU PINANG
    • Pulau Betong Observatory, Balik Pulau
      • Penganjur : Astronomical Society of Penang
    • Masjid Negeri Pulau Pinang, Air Itam
      • Penganjur : Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang
  • KEDAH
    • MAHA Tower, Langkawi
      • Penganjur: MYSA, MAHA Tower & Tourism Malaysia
    • Muzium Kota Kuala Kedah
      • Penganjur: Jabatan Mufti Negeri Kedah
  • KELANTAN
    • Balai Cerap Kota Bharu, Salor, Pasir Mas
      • Penganjur : Balai Cerap Kota Bharu
  • TERENGGANU
    • Balai Cerap KUSZA
      • Penganjur : ESERI, UniSZA & Jabatan Mufti Terengganu
  • SARAWAK
    • Pusat Falak Miri
    • Pusat Falak Bintulu
    • Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS)
      • Penganjur : Jabatan Mufti Sarawak
  • SABAH
    • Balai Cerap Al-Biruni Sabah
      • Penganjur : Pejabat Mufti Negeri Sabah

LIVE Streaming – Jangan Lupa, Save The Date!

Rasai pengalaman mencerap fenomena langit yang menakjubkan!

Bagi yang tak dapat nak pergi ke lokasi cerapan, anda juga boleh mengikuti penstriman langsung (live streaming) fenomena gerhana bulan penuh pada 7-8 September 2025 ini melalui Facebook MYSA : https://www.facebook.com/mysaangkasa



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru