Hari Sukan Negara 2025 – Peringkat Negeri & Kebangsaan


Berita baik! Hari Sukan Negara 2025 kembali lagi dengan pelbagai aktiviti, terbuka untuk semua.

Pelbagai program dan aktiviti menanti anda di seluruh negara bermula 11 Oktober 2025.

Tahukah anda apakah itu Hari Sukan Negara dan mengapa ia disambut di Malaysia? Jom kami kongsikan beberapa fakta tentang sambutan istimewa ini.

Pengenalan Hari Sukan Negara 2025

Hari Sukan Negara 2025

Secara asasnya semasa Hari Sukan Negara ni, kita nak satu Malaysia bersukan, bersenam dan beriadah.

Kita nak menyemai pembudayaan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat dengan amalan gaya hidup aktif dan sihat.

Paling syok, anda boleh sertai aktiviti-aktiviti di sambutan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan/ negeri/ daerah/ bahagian/ kawasan!

Tarikh Sambutan

Bilakah sambutan ini diadakan? Menurut Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), HSN disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober.

Sambutan ini telah diadakan sejak tahun 2015 lagi tau!

Objektif HSN

Hari Sukan Negara 2025Hari Sukan Negara 2025

Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk
menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan bagi:

  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif
  • Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum
  • Meningkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan industri sukan
  • Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia
  • Memberi pengktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi
Hari Sukan Negara 2025Hari Sukan Negara 2025
Hari Sukan Negara 2025Hari Sukan Negara 2025

Pelaksanaan Hari Sukan Negara ini di harap akan terus menjadi pemacu kepada rakyat Malaysia untuk membudayakan sukan sebagai gaya hidup demi kesejahteraan dan kesepaduan nasional serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sukan (sporting nation).

Sambutan Peringkat Daerah, Negeri & Kebangsaan

Hari Sukan Negara 2025Hari Sukan Negara 2025

Perasmian HSN Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim:

  • Tempat: Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak
  • Masa: 7 pagi
  • Tarikh: 11 Oktober 2025 (Sabtu)

Senarai Lokasi Sambutan Hari Sukan Negara 2025

Berikut adalah senarai lokasi sambutan Hari Sukan Negara untuk setiap Negeri (10 – 12 Oktober 2025):

  1. Peringkat Kebangsaan – Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak
  2. Selangor Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
  3. Perlis – Dataran Dato’s Sheikh Ahmad
  4. Kedah – Tapak Parkir Alor Star Mall
  5. Pulau Pinang – Padang Kompleks Sukan Balik Pulau
  6. Perak – Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak
  7. Negeri Sembilan – d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan
  8. Melaka – Padang awam Taman Datuk Setia, Ramuan China Besar
  9. Johor – TMIYC Pasir Gudang
  10. Kelantan – Dataran Masjid Muhammadi, Kota Bharu
  11. Terengganu – Kompleks Sukan Negeri Terengganu Kuala Nerus
  12. Pahang – Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis
  13. Sabah – Kompleks Sukan Tawau
  14. Labuan – Kompleks Sukan Laut Antarabangsa, Labuan
  15. Sarawak – Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman

Aktiviti Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Kebangsaan

Hari Sukan Negara (HSN) kini kembali dengan hasrat membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat.

Tahun ini, Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan buat julung kalinya akan diadakan di luar Lembah Klang iaitu di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak

Jom sertai gerakan mengamalkan gaya hidup aktif dan cergas seperti berikut:

  • Tarikh: 10 – 12 Oktober 2025
  • Masa: 6.30 Pagi
  • Tempat: Dataran Putrajaya, Presint 3 dan Kawasan Sekitarnya

Pelbagai aktiviti dan acara sukan serta rekreasi menanti anda! Dapatkan maklumat penyertaan di portal harisukannegara.my

Pendaftaran Program Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri & Kebangsaan

ACARA PERINGKAT KEBANGSAAN

Hari Sukan Negara 2025Hari Sukan Negara 2025

ACARA PERINGKAT NEGERI

1. Perlis

Hari Sukan Negara 2025Hari Sukan Negara 2025

Tamiya Mini 4WD Perlis Cup 2025

Aerobathon

Pertandingan Tarik Tali

Woodball Challenge

  • 🗓️🗓️ : 11 Oktober 2025 (Sabtu)
  • 📍📍 : Dataran Dato’ Sheikh Ahmad
  • Link Pendaftaran :

Pertandingan Gusti Lengan

2. Kedah

Senamrobik & Pertandingan Aerobikton

  • 🗓️🗓️ : 11 Oktober 2025 (Sabtu)
  • 📍📍 : Tapak Parkir Alor Setar Mall, Kedah
  • Link Pendaftaran :

3. Pulau Pinang

HSN 2025 Penang Fun Run 5KM

HSN 2025 Penang Fun Run 20KM

HSN 2025 Penang Fun Run 10KM

HSN SPT Penang Fun Run 5KM

HSN Penang Netball Shoot Out

HSN Penang Penalty Shoot Out

4. Melaka

5. Perak

6. Terengganu

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan program peringkat negeri / Kebangsaan Hari Sukan Negara 2025, sila rujuk saluran berikut:

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat HSN 2025 seperti berikut:

Sekretariat Hari Sukan Negara
Jabatan Belia dan Sukan Negara
Aras 13, Menara KBS
No. 27, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 PUTRAJAYA
No. Telefon: 03-8871 3719/ 3166
E-mel: [email protected]

Baca juga:



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru