Pengambilan Guru 2026 – Cara Mohon, Syarat & Tarikh Penting


Pengambilan Guru 2026 (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9) akan dibuka bermula 2 Mac hingga 20 Mac 2026 secara Contract of Service (CoS) bagi memenuhi keperluan guru di sekolah-sekolah seluruh negara. Untuk permohonan dan semakan syarat kelayakan, layari portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di pada tarikh yang ditetapkan kelak.

Pendidikan (KPM) akan melaksanakan inisiatif pengambilan 20,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 ini sebagai sebahagian daripada persiapan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula pada tahun hadapan.

Rujuk info penuh di bawah.

Hebahan Pengambilan Guru KPM 2026

BERMINAT MENJADI GURU? KPM AKAN AMBIL 20,000 GURU BAHARU BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PENDIDIKAN NEGARA

Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan inisiatif pengambilan 20,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 baharu secara Contract of Service (CoS) bagi memenuhi keperluan guru di sekolah-sekolah seluruh negara.

Inisiatif pengambilan guru baharu ini adalah merupakan sebahagian persiapan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula pada tahun hadapan.

Bagi memastikan aspek kompetensi guru terpelihara, calon terpilih perlu menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan.

Inisiatif ini adalah cerminan komitmen berterusan Kerajaan MADANI bagi meningkatkan mutu pendidikan negara demi manfaat anak-anak Malaysia.

Semua calon yang berkelayakan dijemput untuk memohon!

guru kpm

Rujuk kenyataan media di bawah:

KENYATAAN MEDIA KPM AMBIL 20,000 GURU BAHARU PENUHI KEPERLUAN PENDIDIKAN NEGARA

Tarikh Permohonan Pengambilan Guru 2026 Dibuka

Permohonan untuk menjadi guru KPM 2026 akan dibuka bermula 2 Mac 2026 sehingga 21 Mac 2026. Hebahan rasmi pula akan dilakukan lebih awal iaitu pada 23 Februari 2026.

Bagi calon yang terpilih pada peringkat awal pula, proses saringan temuduga akan berlangsung bermula 27 April 2026 sehingga 14 Mei 2026.

Proses pengambilan guru baharu ini mendapat kerjasama penuh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Sekiranya berminat, pastikan anda membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan dan boleh mula bersedia membuat persiapan mulai sekarang dengan membuat pendaftaran dan lengkapkan akaun MySPP.

KPM menyasarkan pengambilan sekitar 20,000 guru baharu.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan penuh untuk pengambilan 20,000 guru DG9 KPM 2026 belum diumumkan secara terperinci kerana hebhan rasmi baru akan dibuka pada 23 Februari 2026.

Syarat kelayakan pengambilan guru 2026 akan DIKEMASKINI kelak.

Cara Mohon Guru KPM 2026

Permohonan guru KPM 2026 akan dibuat sepenuhnya secara dalam talian melalui portal mySPP dalam tempoh yang ditetapkan.

Layari portal rasmi mySPP di pautan berikut:

Perincian cara permohonan Guru KPM 2026 akan dikemaskini kelak selepas hebahan rasmi dilakukan.

Calon yang terpilih perlu menjalani latihan ikhtisas di IPG KPM bagi memastikan mereka benar-benar bersedia dan berkeupayaan untuk mendidik generasi masa depan.

Taraf penjawatan ialah Contract of Service (CoS).

Tarikh Penting Pengambilan Guru 2026

Berikut ialah proses pengambilan dan tarkh-tarikh penting yang perlu diberi perhatian:

Perkara Tarikh
Hebahan Panggilan Guru 23 Februari 2026
Permohonan Dibuka 2-20 Mac 2026
Proses Saringan Temu Duga 27 April – 14 Mei 2026

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan info terkini mengenai pengambilan guru 2026, sila rujuk:

Soalan Lazim Pengambilan Guru 2026

Bila tarikh permohonan pengambilan 20,000 guru baharu 2026 dibuka?

Permohonan Guru KPM 2026 akan dibuka bermula 2 Mac 2026 sehingga 20 Mac 2026 untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara kontrak.

Bagaimana cara memohon menjadi guru KPM 2026?

Permohonan dibuka melalui portal MySPP pada tarikh yang ditetapkan.

Apa syarat kelayakan asas DG9?

Warganegara Malaysia, ijazah S1+ (CGPA 2.75 atau 3.00 lepas pengalaman), kredit BM/BI SPM, sihat jasmani.

Adakah calon perlu ada ikhtisas pendidikan?

Calon yang terpilih perlu menjalani latihan ikhtisas di IPG KPM bagi memastikan mereka benar-benar bersedia dan berkeupayaan untuk mendidik generasi masa depan.

Apa dokumen diperlukan?

Terdapat beberapa dokumen yang diperlukan dan perlu dimuat naik ke dalam MySPP seperti kad pengenalan, transkrip/ijazah tersahkan, slip gaji (jika bekerja), sijil kokurikulum dan sebagainya.

Siapakah yang layak memohon untuk pengambilan 2026 ini?

Secara umum, permohonan terbuka kepada:
Graduan Pendidikan (ISMP) yang belum dilantik.
Graduan Bukan Pendidikan (bagi subjek kritikal tertentu melalui lantikan kontrak).

Saya sudah mendaftar mySPP tahun lepas, adakah saya perlu daftar semula?

Tidak perlu daftar akaun baharu, tetapi anda WAJIB log masuk dan mengemas kini maklumat anda (terutama keputusan peperiksaan atau sijil ijazah terbaharu) agar sistem mengesan permohonan anda sebagai aktif untuk tahun 2026.


News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Cek Ongkir Cargo
Download Film