Pengeluaran KWSP merujuk kepada pengeluaran wang simpanan pekerja daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Rujuk info lebih lanjut di
Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 1, Akaun 2 dan Akaun 3 mengikut syarat yang ditetapkan.
Terdapat lebih 15 jenis pengeluaran sebahagian (bergantung pada kategori dan syarat masing-masing) yang boleh dibuat sebelum pengeluaran penuh pada umur 55 tahun bagi membantu ahli membuat persediaan ke arah persaraan yang lebih selesa dan selari polisi KWSP.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai pengeluaran KWSP dan maklumat lain yang berkaitan.
Jangan lupa follow TikTok rasmi eCentral untuk dapatkan info-info dalam bentuk video seperti di bawah:
@ecentral.my 3 jenis akaun KWSP 2024 korang wajib tahu. Kalau keluarkan 100% duit Akaun 3, boleh lah beli iPhone 15 sebijik 🤭 #kwsp #kwspakaun3 #akaun3kwsp #akaunfleksibel #pengeluarankwsp #kwsp2024 #kwspinfo #infokwsp #akaunkwsp ♬ original sound – eCentral
Apa Itu KWSP?
KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah sebuah institusi yang bertanggungjawab menguruskan simpanan persaraan bagi pekerja di Malaysia.
Ia menyediakan platform simpanan wajib bagi pekerja dan majikan, di mana caruman secara berkala dikumpulkan dalam akaun individu ahli KWSP.
Tujuan utama KWSP adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan yang mencukupi untuk kehidupan selepas bersara, selain juga membolehkan pengeluaran sebahagian simpanan untuk keperluan penting lain seperti pendidikan, pembelian rumah atau rawatan kesihatan.
KWSP telah melancarkan pelbagai panduan dan rangka kerja seperti Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) yang bertujuan membantu rakyat Malaysia mengurus perbelanjaan bulanan dan simpanan persaraan dengan lebih baik.
Melalui KWSP, pekerja dapat menyimpan untuk masa depan dengan yakin, disokong oleh struktur akaun yang terurus dan polisi yang menggambarkan keperluan kitaran hidup setiap ahli secara berperingkat.
Secara ringkas, KWSP adalah alat simpanan kewangan yang penting bagi rakyat Malaysia untuk mencapai kelangsungan hidup dan kesejahteraan kewangan di usia persaraan.
BACA JUGA: i-Suri KWSP 2025 – Permohonan & Semakan
Penstrukturan Semula Akaun KWSP


Penstrukturan semula akaun KWSP dilakukan bertujuan untuk memperkukuhkan jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi lebih fleksibiliti kepada ahli untuk mengurus simpanan persaraan, keperluan jangka pendek dan kecemasan serta pendidikan.
Penstrukturan semula ini akan melibatkan perubahan daripada 2 akaun kepada 3 akaun seperti berikut:
Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan dikreditkan ke dalam akaun mengikut nisbah 75:15:10 iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%) dan Akaun Fleksibel (10%).
Akaun sedia ada dinamakan semula daripada Akaun 1 kepada “Akaun Persaraan”; dan Akaun 2 pula dinamakan “Akaun Sejahtera” tanpa perubahan pada tujuan kedua-dua akaun tersebut;
Memperkenalkan akaun tiga iaitu “Akaun Fleksibel”;
Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh diakses atau dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila mengikut keperluan, tertakluk kepada terma dan syarat.
Pembahagian Simpanan KWSP 2025
- Akaun 1 (Persaraan): 75% daripada jumlah simpanan. Pengeluaran hanya dibenarkan apabila ahli mencapai usia 55 tahun kecuali dalam keadaan khas yang diumumkan kerajaan seperti kecemasan kewangan tertentu dan tertakluk kepada kelulusan KWSP.
- Akaun 2 (Sejahtera): 15% daripada jumlah simpanan. Pengeluaran dibenarkan untuk tujuan penting seperti pendidikan, pembelian rumah, serta rawatan perubatan, berdasarkan syarat ditetapkan KWSP.
- Akaun 3 (Fleksibel): 10% daripada jumlah simpanan. Ahli boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa, asalkan baki akaun mencukupi (minimum RM50), tanpa syarat ketat.
Selepas pelaksanaan Penstrukturan Semula Akaun KWSP, baki semasa Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal di dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahrera. Manakala simpanan Akaun Fleksibel akan bermula daripada RM0.


Jenis Akaun KWSP
1. Akaun Persaraan (Akaun 1)
Akaun Persaraan atau dikenali sebagai Akaun 1 dalam KWSP adalah akaun utama yang diwujudkan untuk mengumpul simpanan jangka panjang ahli bagi tujuan persaraan.
- 75% daripada caruman bulanan akan dimasukkan ke Akaun Persaraan.
- Fokus utama: simpanan hari tua dan pendapatan selepas bersara.
- Dana dalam akaun ini dilaburkan oleh KWSP untuk memastikan pertumbuhan simpanan melalui dividen tahunan, menambah nilai simpanan ahli dari masa ke masa.
Pengeluaran Akaun Persaraan (Akaun 1):
- Pengeluaran sebelum 55 tahun untuk tujuan selain yang dibenarkan biasanya tidak diterima.
- Pengeluaran penuh atau sebahagian dari Akaun Persaraan hanya boleh dilakukan apabila mencapai umur 55 tahun atau atas sebab yang dibenarkan seperti kehilangan upaya.
2. Akaun Sejahtera (Akaun 2)
- 15% daripada caruman bulanan disalurkan ke Akaun Sejahtera.
- Digunakan untuk keperluan kitaran hayat penting seperti:
- Pendidikan,
- Pembelian/binaan rumah,
- Rawatan perubatan,
- Perlindungan insurans/takaful,
- Ibadah haji,
- Pengeluaran khas umur 50 tahun.
Pengeluaran Sebahagian Akaun 2:
- Ahli boleh membuat pengeluaran sebahagian berdasarkan keperluan yang dibenarkan sebelum mencapai umur persaraan 55 tahun.
- Pengeluaran memerlukan dokumen sokongan yang lengkap bergantung pada jenis pengeluaran seperti surat tawaran universiti, resit pembelian rumah, atau laporan perubatan.
- Pengeluaran boleh dipohon secara dalam talian melalui portal i-Akaun KWSP atau secara manual di kaunter KWSP.
3. Akaun Fleksibel (Akaun 3)
Akaun Fleksibel, juga dikenali sebagai Akaun 3, merupakan akaun terbaru dalam penstrukturan semula KWSP bermula 11 Mei 2024 yang kini menjadi satu daripada tiga akaun utama KWSP selain Akaun Persaraan (Akaun 1) dan Akaun Sejahtera (Akaun 2).
- Pengeluaran adalah tertakluk kepada syarat KWSP tetapi sangat minimum dan cepat diproses
- 10% daripada caruman bulanan akan masuk ke Akaun Fleksibel yang merupakan akaun baharu bermula 2024/2025.
- Fungsi: Menyediakan fleksibiliti untuk pengeluaran segera, seperti kecemasan atau keperluan harian jangka pendek.
- Ahli boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa, selagi baki akaun sekurang-kurangnya RM50.
Pengeluaran: Ahli boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa selagi baki dalam akaun adalah sekurang-kurangnya RM50.
Pemindahan Satu Kali dari Akaun 2: Ahli dibenarkan memindahkan sebahagian simpanan dari Akaun Sejahtera (Akaun 2) ke Akaun Fleksibel satu kali sahaja dalam tempoh tertentu (12 Mei 2024 – 31 Ogos 2024). Selepas tempoh ini, tiada lagi pemindahan simpanan dari Akaun 2 ke Akaun 3 dibenarkan.
Permulaan Dana: Akaun Fleksibel bermula dengan dana sifar dan hanya meningkat melalui caruman baharu dan/atau pemindahan dari Akaun 2.
Syarat Pengeluaran Akaun Fleksibel:
- Ahli mesti belum mencapai umur 55 tahun.
- Mesti mempunyai simpanan minimum RM50 dalam Akaun Fleksibel untuk membuat pengeluaran.
- Terbuka kepada semua ahli KWSP, termasuk warganegara dan bukan warganegara Malaysia.
- Pengeluaran boleh dibuat melalui portal rasmi i-Akaun KWSP secara dalam talian atau di mana-mana cawangan KWSP.
- Bayaran pengeluaran akan dikreditkan dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas permohonan diluluskan.
Kemudahan dan Kelebihan:
- Mudah diakses melalui platform digital i-Akaun.
- Memberi ruang untuk menampung keperluan kewangan kecemasan tanpa menjejaskan simpanan utama persaraan yang terkandung dalam Akaun 1 dan Akaun 2.
- Akaun Fleksibel membolehkan ahli KWSP mengurus kewangan dengan lebih mudah tanpa perlu menunggu umur persaraan.
BACA JUGA: Cara Tukar Kepada Akaun KWSP Shariah & Penyucian Dividen
Pengeluaran KWSP 2025 (Akaun 1 & Akaun 2)
Pengeluaran keseluruhan simpanan dalam Akaun 1 dan Akaun 2 dibenarkan sekiranya ahli telah mencapai usia 55 tahun.
Ketika ahli telah mencapai usia 55 tahun, caruman dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan ke dalam Akaun 55.
Bagi ahli yang memutuskan untuk meneruskan pekerjaan selepas usia 55 tahun, segala caruman yang dibuat selepas usia tersebut akan dimasukkan ke dalam Akaun Emas.
Akaun Emas ini merupakan akaun khas yang mana pengeluarannya hanya dibenarkan setelah ahli mencapai usia 60 tahun.
Siapa yang boleh mohon?
- Warganegara & Bukan Warganegara
- Berumur di antara 55 hingga 59 tahun
- Mempunyai simpanan dalam Akaun 55
Kategori:
- Pengeluaran penuh
- Pengeluaran sebahagian
- Pengeluaran bayaran bulanan
- Kombinasi pengeluaran sebahagian & bayaran bulanan
- Bayaran dividen tahunan secara automatik
- Bayaran pengeluaran ke IPD yang dilantik
Apa yang boleh dikeluarkan?
| Kelayakan Pengeluaran | Warganegara | Bukan Warganegara (Menjadi Ahli Sebelum 1 Ogos 1998) | Bukan Warganegara (Menjadi Ahli Pada/ Selepas 1 Ogos 1998) |
|---|---|---|---|
| Semua Simpanan Dalam Akaun 55 | Ya | Ya | Ya |
| Pengeluaran Sebahagian (Tiada had minimum pengeluaran) |
Ya | Ya | Tidak |
| Pengeluaran Bayaran Bulanan (Minimum RM100/ bulan atau RM1,200/ tahun untuk sekurang-kurangnya 12 bulan atau sehingga umur 100 tahun) |
Ya | Ya | Tidak |
| Kombinasi Pengeluaran Sebahagian dan Bayaran Bulanan | Ya | Ya | Tidak |
| Pengeluaran Bayaran Dividen Tahunan Sahaja Permohonan Bayaran Dividen Tahunan ke atas simpanan tahun sebelumnya secara sekaligus (lump sum) |
Ya | Ya | Tidak |
| Pengeluaran Bayaran Dividen secara bulanan Pengeluaran minimum RM600 (RM100 sebulan untuk sekurang-kurangnya 6 bulan). Tempoh bayaran minimum 6 bulan dan maksimum 12 bulan. |
Ya | Ya | Tidak |
| Pengeluaran Umur 55 Tahun (Pelaburan) Permohonan pada bila-bila masa. Jumlah pindahan minimum RM1,000.00. Perlu mengekalkan simpanan minimum RM1,000.00 dalam Akaun 55. |
Ya | Ya | Tidak |
Nota: Permohonan secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli). Pindahan amaun pengeluaran daripada Akaun 55 hanya dibenarkan kepada IPD yang dilantik oleh KWSP.
Pengeluaran KWSP(Akaun 3)
Pengeluaran dari Akaun 3 boleh dibuat pada bila-bila masa selagi ahli KWSP mempunyai baki minimum RM50 dalam akaun tersebut.
Pengeluaran boleh dilakukan melalui portal i-Akaun KWSP secara dalam talian atau di mana-mana kaunter atau cawangan KWSP yang berdekatan.
Setelah permohonan pengeluaran diluluskan, bayaran biasanya akan dikreditkan ke akaun bank ahli dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun 3 adalah seperti berikut:
- Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 55 tahun
- Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
- Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50
Cara Memohon Pengeluaran Akaun 3
Pengeluaran KWSP boleh dimohon secara manual dengan mengisi borang melalui kaunter, kios atau melalui i-Akaun KWSP.
Anda juga boleh memohon pengeluaran secara online melalui i-Akaun KWSP. Rujuk panduan permohonan pengeluaran akaun fleksibel (Akaun 3) melalui KWSP i-Akaun di bawah:
- Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun. Anda boleh muat turun aplikasi ini, atau layari:
- Pilih menu ‘Pengeluaran’ & seterusnya pilih ‘Keluarkan simpanan anda’.
- Pilih ‘Akaun Fleksibel’.
- Pilih ‘Keluarkan Sekarang’.
- Masukkan jumlah pengeluaran & pilih ‘Teruskan’.
- Pilih atau kemas kini akaun bank.
- Pilih ‘Teruskan’.
- Pilih ‘Terima’ jika bersetuju dengan Perakuan Ahli.
- Masukkan nombor TAC.
- Permohonan anda berjaya dihantar.


17 Jenis Pengeluaran KWSP 2025
Untuk memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa, KWSP membenarkan PENGELUARAN PENUH atau PENGELUARAN SEBAHAGIAN daripada simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.
Kategori Pengeluaran KWSP
2 kategori pengeluaran yang dibenarkan adalah:-
Pengeluaran Sebahagian:
- Umur 50
- Pendidikan
- Beli Rumah
- Bina Rumah
- Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
- Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
- Perumahan Fleksibel
- Perumahan PR1MA
- Haji
- Kesihatan Simpanan Melebihi RM1 Juta




Pengeluaran Penuh:
- Umur 55
- Umur 60
- Pekerja Berpencen & Pesara Pilihan
- Hilang Upaya
- Meninggalkan Negara
- Kematian


Jenis Pengeluaran KWSP (Pengeluaran Sebahagian)
1. Pengeluaran Umur 50 Tahun KWSP
Anda boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda.
Syarat-syarat:
- Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun
- Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
- Boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2
2. Pengeluaran Pendidikan
Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
Ahli boleh mengeluarkan simpanan Akaun 2 di bawah Pengeluaran Pendidikan untuk membiayai yuran pengajian sekiranya mengikuti pengajian peringkat Sijil Tahap 3, Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah atau yang setara dengannya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara mengikut syarat dan prosedur yang ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut, boleh klik di pautan ini:


3. Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah
Untuk makluman Ahli boleh memohon Pengeluaran Membina Rumah sekiranya tidak pernah membuat Pengeluaran Membeli/Membina Rumah dan ingin membina sebuah rumah kediaman/rumah kampung.
Permohonan boleh dipertimbangkan sekiranya pembinaan rumah di atas tanah milik sendiri atau milik suami/isteri di mana suratan hakmilik tanah (geran tanah) yang dikemukakan perlu mencatatkan nama ahli atau pasangan sebagai pemilik tanah selain memenuhi terma dan syarat pengeluaran yang ditetapkan.
Untuk makluman, geran kongsi juga boleh diterima bagi tujuan pengeluaran Membina Rumah.
Geran bagi lot tanah tersebut perlu dikemukakan untuk memastikan pemilik berdaftar dan bahagian tanah tuan untuk tujuan pembinaan rumah.
Rujuk:






4. Bina Rumah
Syarat-syarat:
- Umur bawah 55
- Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
- Ahli/pasangan ahli membeli tanah dan membina sebuah rumah di atas tanah tersebut
- Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri
- Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan
- Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima
Rujuk:
5. Mengurangkan Atau Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.
Syarat-syarat:
- Umur bawah 55 tahun
- Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
- Telah membeli/membina rumah kediaman*
- Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah tersebut
- Rumah kediaman telah dicaj sebagai cagaran
- Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan
- Permohonan di buat setahun sekali daripada tarikh permohonan yang sebelumnya
- Pinjaman yang diluluskan oleh institusi yang dibenarkan
6. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Dalam usaha untuk meringankan beban pemilik rumah, KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.
Anda boleh membuat pengeluaran KWSP dari Akaun 2 untuk membantu membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.
Syarat-syarat:
- Umur bawah 55 tahun
- Sekurang-kurangnya RM600 di dalam Akaun 2
- Membeli/membina sebuah rumah kediaman
- Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP
- Ansuran bulanan telah bermula
Rujuk:


7. Perumahan Fleksibel
Anda boleh menggunakan simpanan KWSP kini dan masa depan untuk menguatkan lagi had kelayakan bagi mendapatkan pinjaman perumahan dari institusi kewangan.
Apakah Perumahan Fleksibel?
Sebahagian dari simpanan di dalam Akaun 2 akan diketepikan untuk Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel.
Semasa penilaian kelayakan pinjaman dibuat, institusi kewangan akan mengira caruman bulanan KWSP anda sebagai sebahagian dari pendapatan.
Kelayakan pinjaman yang lebih tinggi membolehkan anda membeli rumah idaman
Syarat-syarat:
- Umur bawah 54 tahun
- Membeli/Membina rumah kediaman
- Ada pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf KWSP
8. Perumahan PR1MA
Ahli KWSP di alu-alukan untuk menggunakan simpanan semasa dan juga simpanan kemudian hari demi mendapatkan rumah PR1MA pertama anda.
9. Pengeluaran KWSP Untuk Haji
Ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.
Syarat-syarat:
- Umur bawah 55 tahun
- Dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH
- Tidak pernah memohon pengeluaran haji
- Simpanan di LTH tidak mencukupi
Rujuk:


10. Kesihatan
KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan untuk:
- Diri sendiri
- Ibubapa anda (kandung, angkat, tiri, mentua)
- Pasangan anda
- Adik-beradik anda (kandung)
- Anak-anak (kandung, angkat, tiri)
Syarat-syarat:
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
- Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
- Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP
- Tidak mendapat rawatan alternatif


Melalui Bajet 2020 tempoh hari, KWSP juga dijangka akan memperkenalkan kategori pengeluaran baharu kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti in-vitro fertilisation (IVF)


11. Simpanan Melebihi 1 Juta
KWSP memberi kelonggaran kepada ahli yang mempunyai simpanan lebih dari RM1 juta untuk membuat pengeluaran dan mengurus sendiri lebihan simpanan.
12. Hilang Upaya
Ahli boleh mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya disahkan oleh doktor yang merawat puan dan/atau pegawai perubatan di Lembaga Perubatan / Klinik Panel yang dilantik oleh KWSP bahawa puan tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability) setelah mencapai tahap Pemulihan Perubatan Maksima (MMI).
Permohonan yang lengkap boleh dikemukakan di Pejabat KWSP berdekatan dan akan diproses untuk kelulusan dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh diterima jika memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan.
Untuk semakan syarat dan dokumen pengeluaran, klik
Syarat-syarat:
- Bawah umur 55 tahun
- Ada simpanan di dalam KWSP
- Tidak Bekerja
- Disahkan oleh pegawai perubatan, telah hilang upaya fizikal atau mental
- Mesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP.
- Temujanji penilaian oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan permohonan di kaunter


13. Meninggalkan Negara
Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP.
14. Meninggal Dunia
Sekiranya anda meninggal dunia, pengeluaran KWSP anda boleh menjadi jaminan kepada orang-orang tersayang dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.
Oleh itu, pastikan anda membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan.
Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akan dipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.
15. Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan
Pekerja sektor awam boleh membuat pengeluaran sekali sahaja sebelum umur 55 tahun setelah diberikan taraf Pekerja Berpencen.
Syarat-syarat:
- Umur bawah 55 tahun
- Pekerja dalam sektor awam / Kementerian Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum dalam KWSP
- Diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
*Definisi pekerja berpencen ialah pekerja yang telah diletakan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang menjelaskan pengambilan pekerja di dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.
16. Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun
Apabila mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55.
Anda boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa.
Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.
Rujuk:
17. Pengeluaran KWSP Umur 60 Tahun
Pengeluaran ini merupakan lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun, dan ia memenuhi keperluan ahli yang memilih untuk melanjutkan umur persaraan dan sambung bekerja selepas umur 55 tahun.
Pada umur 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran.
Anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan anda.
Rujuk:
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan proses pengeluaran beserta dokumen yang diperlukan, rujuk maklumat terkini dari laman web KWSP di pautan berikut
Anda juga boleh dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi KWSP di:
Soalan Lazim – Pengeluaran KWSP
Dividen KWSP untuk tahun kewangan 2025 biasanya akan diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam suku pertama tahun berikutnya, iaitu sekitar Februari atau Mac 2026. Setelah pengumuman rasmi dibuat, dividen tersebut akan dikreditkan ke akaun ahli dalam tempoh beberapa hari selepas itu.
Tempoh pemprosesan bagi proses pengeluaran KWSP umur 55 & 60 tahun biasanya mengambil masa antara 1 hingga 10 hari bekerja, bergantung kepada penyediaan dokumen yang lengkap. Setelah permohonan diluluskan, pembayaran akan dibuat ke dalam akaun bank ahli.
Bayaran pengeluaran dari Akaun Fleksibel / Akaun 3 KWSP akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diluluskan.
Ahli boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja Akaun Fleksibel mempunyai simpanan minimum RM50, sama ada selepas pindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu.
Paling cepat 26 hari selepas semua proses dokumen telah lengkap.
Di bawah peraturan standard KWSP, jumlah penuh dalam Akaun 1 boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 55 tahun. Jika anda berumur antara 50 hingga 54 tahun, anda boleh membuat pengeluaran sebahagian Akaun 1 KWSP. Jumlah yang boleh dikeluarkan bergantung kepada baki simpanan anda pada waktu permohonan dibuat.
Sebenarnya, setiap kali anda mencarum pada KWSP jumlah wang tersebut akan dimasukkan ke dalam Akaun 1 (Akaun Persaraan), Akaun 2 (Akaun Sejahtera) dan Akaun 3 (Akaun Fleksibel) dengan nisbah 75:15:10.
Ya, nombor KWSP dan EPF merujuk kepada perkara yang sama. Nombor ini adalah nombor pengenalan unik yang diberikan kepada setiap individu yang mencarum KWSP di Malaysia.
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru