PDPP ialah singkatan bagi Program Diploma Pascasiswazah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang dibuka kepada semua graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda TANPA pendidikan dari mana-mana universiti awam (UA) atau universiti swasta (US) yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Semakan permohonan PDPP (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan) dibuka melalui Portal
Jom ketahui lebih lanjut tentang tawaran ini dan cara permohonan PDPP online.

Tarikh Penting myPDPP 2025
TARIKH-TARIKH PENTING PENGAMBILAN CALON GURU PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN AMBILAN TAHUN 2025
- Paparan iklan di portal rasmi KPM : 10 September 2025
- Permohonan dalam talian dibuka dan makluman tarikh untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) : 11 – 17 September 2025 (Dimaklumkan bahawa tarikh permohonan Program Diploma Pascasiswazah (PDPP) Tahun 2025 telah dilanjutkan sehingga 21 September 2025 (Ahad),pukul 6.00 petang. Sehubungan itu, semua calon yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan.)
- Permohonan dalam talian ditutup : 17 September 2025 (Jam 11.59 malam)
- Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian : 18-24 September 2025
- Semakan keputusan panggilan Temu duga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) : 1 Oktober 2025
- Pelaksanaan Temu duga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) : 6-9 Oktober 2025
- Semakan keputusan permohonan berjaya : 17 Oktober 2025
- Pendaftaran pelajar baharu ke IPG (Secara dalam talian) : 3 November 2025
*Tarikh dan aktiviti tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa
*Calon perlu membuat semakan bagi setiap keputusan bagi saringan e-UKCG, UKF, Temu duga dan keputusan berjaya di laman sesawang .


Semakan Keputusan Permohonan 2025
Untuk makluman, sistem semakan keputusan online Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) 2025 – PDPP Perdana / PDPP Bahasa Antarabangsa / PDPP COS Sarawak boleh akan dibuka bermula 17 Oktober 2025 (Jumaat) jam 3.00 petang.


SILA BUAT SEMAKAN DI ;


AMBILAN NOVEMBER 2025 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
Soalan Lazim MyPDPP (FAQ)
Tidak boleh. Anda tidak dibenarkan menukar program atau bidang pengkhususan kerana tawaran adalah muktamad.
Boleh. Anda boleh memilih untuk menolak tawaran.
Tidak boleh. Anda tidak dibenarkan menukar tempat pengajian kerana tawaran adalah muktamad.
Tempat pengajian ditetapkan berdasarkan bidang penawaran dan kapasiti di sesebuah IPG. Tidak semua IPG menawarkan bidang pengkhususan yang ditawarkan.
Tidak boleh. Anda tidak boleh menangguh pendaftaran kerana tarikh pendaftaran adalah muktamad.
Program Diploma Pascasiswazah (PDPP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) tahun 2025 dibuka kepada semua graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda
TANPA pendidikan dari mana-mana universiti awam (UA) atau universiti swasta
(US) yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Anda boleh membuat permohonan mulai 11 – 21 September 2025 secara
dalam talian menerusi laman sesawang
e-UKCG PDPP 2025 akan dilaksanakan pada 18 – 24 September 2025. Calon
perlu rujuk tarikh-tarikh penting dalam laman sesawang
dari semasa ke semasa.
(i) Calon akan ditetapkan tarikh untuk menduduki e-UKCG. Calon perlu
peka dengan tarikh yang diberi dan membuat persediaan awal seperti
mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk menjawab sekiranya tiada talian
internet di rumah.
(ii) Pastikan calon membaca dan memahami arahan soalan dengan teliti
sebelum membuat pengesahan untuk menjawab soalan.
(iii) e-UKCG mengandungi banyak soalan dan perlu dijawab dalam tempoh
masa yang terhad. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk
menjawab secara spontan. Pilih jawapan yang sesuai dengan diri sendiri.
Semakan keputusan tawaran untuk mengikuti PDPP ambilan November 2025 di IPGM akan dibuka mulai 17 Oktober 2025, jam 3.00 petang di pautan
Cara Permohonan
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari portal myPDPP di alamat:
Pemohon diwajibkan mengemukakan salinan dokumen menerusi – Link pautan dokumen (muat naik pautan di Google Drive) – Pada ruangan ‘PERMOHONAN KURSUS’
Sila ikut garis panduan yang telah ditetapkan.
KEGAGALAN MENGEMUKAKAN SALINAN DOKUMEN MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DAPAT DIPERTIMBANGKAN.
Sekiranya tiada pilihan kluster yang bersesuaian dengan Ijazah Sarjana Muda.
Anda TIDAK LAYAK memohon bidang yang ditawarkan.
Calon yang didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang.
Maklumat lanjut layari pautan berikut: /pd/
Maklumat Lanjut myPDPP
SILA HUBUNGI ALAMAT DI BAWAH SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BERKAITAN PROGRAM INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
ARAS 1-3, BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon: 03-83126731/6768/6760/6733/6693
Laman web : /
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru