ShopeePay Invest: Mulakan Pelaburan Serendah RM10


Jenama e-dagang dan e-dompet terkemuka Shopee sentiasa mencari inovasi untuk memperluas ekosistem mereka dan baru-baru ini telah mengumukan kemunculan ShopeePay Invest.

ShopeePay Invest menandakan satu langkah penting dalam usaha Shopee untuk mendemokrasikan akses kepada pasaran pelaburan, menjadikannya ringkas, selamat, dan berpatutan bagi setiap rakyat Malaysia.

Dengan kerjasama strategik bersama iFAST Capital Sdn Bhd, ShopeePay Invest membuka pintu kepada pelaburan global dan tempatan melalui 38 dana yang dikendalikan oleh 10 syarikat pengurusan aset terkemuka di Malaysia.

Ketika artikel ini ditulis, ShopeePay Invest diperkenalkan secara berperingkat dan akan tersedia secara menyeluruh kepada semua pengguna Shopee mulai 29 Oktober 2025.

Apa Itu ShopeePay Invest?

shopeepay invest

ShopeePay Invest adalah satu ciri baharu dalam aplikasi Shopee / ShopeePay yang membolehkan pengguna di Malaysia memulakan pelaburan dalam dana amanah unit (unit trust funds) secara mudah dan digital.

Platform pelaburan dibangunkan bersama iFAST Capital, sebuah jenama pengurusan kekayaan yang diiktiraf dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Ini memastikan bahawa semua dana yang ditawarkan adalah sah dan mematuhi piawaian pelaburan yang ketat

ShopeePay Invest ialah akaun pelaburan digital yang membolehkan pengguna:

  • Menukar atau memindahkan pelaburan
  • Menyemak dan memilih dana amanah
  • Membeli dan menjual unit pelaburan
  • Memantau prestasi pelaburan

Kelebihan ShopeePay Invest

Dengan minimum pelaburan serendah RM10, pelaburan melalui platform ini menjadikannya pilihan yang rendah halangan untuk mulakan.

Ini sangat sesuai bagi golongan muda atau mereka yang ingin mencuba dahulu.

Pengguna diberi akses kepada 38 dana dari pelbagai pengurusan aset, termasuk dana patuh Syariah dan antarabangsa.

Ini bermakna pengguna boleh memilih pelaburan yang sesuai dengan toleransi risiko dan nilai mereka.

Artikel berkaitan: Senarai Kad Kredit Terbaik untuk Kaki Shopee & Lazada

Pilihan dana yang pelbagai

ShopeePay Invest menawarkan akses kepada kira-kira 38 dana yang dikendalikan oleh 10 Syarikat Pengurusan Aset (Asset Management Companies) terkemuka di Malaysia.

Kepelbagaian ini membolehkan pengguna memilih berdasarkan profil risiko dan matlamat mereka:

  • Tiada Had Pelaburan: Membolehkan pelabur berskala besar turut menggunakan platform ini.
  • Dana Global: Peluang melabur dalam pasaran antarabangsa.
  • Dana Patuh Syariah: Pilihan untuk pelabur yang mencari instrumen yang mematuhi prinsip Islam.
  • Dana Berfokus Sektor: Melabur dalam sektor ekonomi tertentu.

Cara daftar ShopeePay Invest dan mula melabur

daftar shopeepay investdaftar shopeepay invest

Proses pendaftaran di platform ini juga begitu mudah seprti di bawah:

  • Langkah 1: Pergi ke halaman “Saya” > Pilih “Dompet Saya” > Pilih “ShopeePay”
  • Langkah 2: Pilih “ShopeePay Invest”
  • Langkah 3: Pilih “Melabur Sekarang” > Anda akan diarahkan untuk mendaftar akaun ShopeePay Invest
  • Langkah 4: Isikan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan pendaftaran akaun anda
  • Langkah 5: Setelah pendaftaran selesai, anda akan diminta untuk menetapkan Profil Risiko anda

Sebagai sebahagian daripada proses pembukaan akaun pelaburan, anda perlu melaksanakan perkara berikut (jika berkenaan):

  1. Penciptaan e-dompet ShopeePay
  2. Pengesahan identiti elektronik (eKYC)
  3. Pengisian maklumat tambahan
  4. Menjawab soal selidik risiko

Anda mesti membaca dan bersetuju dengan [Terma Perkhidmatan Platform E-Perkhidmatan ShopeePay dan Terma & Syarat Akaun Pelaburan daripada iFAST Capital Sdn Bhd], memberikan persetujuan untuk menerima bahan pemasaran daripada ShopeePay dan iFAST, serta mengesahkan bahawa anda tidak melabur bagi pihak mana-mana individu lain.

Jika anda telah mendapat kelulusan eKYC, penciptaan akaun dijangka berlaku serta-merta selepas melengkapkan pengisian maklumat tambahan.

Bagi penciptaan akaun yang tidak berlaku serta-merta, anda akan dimaklumkan tentang keputusan permohonan dalam tempoh 3–5 hari bekerja.

Risiko dalam pelaburan

risiko pelaburanrisiko pelaburan

Seperti mana-mana instrumen pelaburan lain di luar sana, pelaburan anda d ShopeePay Invest juga tertakluk kepada risiko dalam pelaburan.

Seperti mana-mana pelaburan unit amanah, pelaburan di platform ini juga tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)

Sebelum membuat pelaburan, pengguna disarankan untuk:

  • Memahami bahawa pulangan tidak dijamin dan boleh berubah mengikut pasaran
  • Mendapatkan nasihat profesional jika perlu
  • Menilai tahap risiko dan objektif kewangan
  • Membaca dokumen pelaburan dengan teliti

Maklumat lanjut

Shopee menekankan kepentingan untuk setiap pelabur membaca dan memahami Prospektus, Dokumen Pendedahan (Disclosure Documents), dan Product Highlights Sheet bagi setiap dana sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Untuk maklumat lanjut, layari halaman Shopee MY Help Center.



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru