SSR 2025 – Format & Pemenang Super Schools Rugby 2025


SSR atau Super Schools Rugby merupakan acara kejohonan ragbi peringkat sekolah yang berprestij tinggi di Malaysia. Acara kejohanan yang dijalankan sejak 2013 ini melibatkan pasukan-pasukan ragbi dari sekolah-sekolah hebat. 

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi berkenaan acara kejohanan ini seperti apa itu SSR, format permainan dan sebagainya, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Apa itu Super Schools Rugby (SSR)?

Super Schools Rugby atau SSR merupakan satu kejohanan ragbi sekolah bagi kategori umur bawah 18 tahun yang sangat berprestij tinggi di Malaysia. Acara kejohanan ini  menampilkan pasukan-pasukan terbaik dari sekolah-sekolah seluruh negara. 

Acara kejohanan yang telah bermula pada tahun 2013 ini dijalankan  bertujuan untuk meningkatkan status sukan ragbi di kalangan pelajar sekolah dan seterusnya menjadi platform untuk mengenal pasti bakat-bakat muda yang berpotensi mewakili pasukan kebangsaan dan pasukan senior. 

Untuk pengetahuan anda, SSR ini terbahagi kepada dua divisyen, dengan divisyen pertama untuk peringkat sekolah dan divisyen kedua untuk peringkat akademi. Pada tahun 2025 ini, sebanyak 24 pasukan bakal menyertai divisyen pertama dan 12 pasukan menyertai divisyen kedua. Menjadikan sebanyak 36 pasukan akan bertanding pada tahun ini.

Baca juga: Takwim Kejohanan MSSM 2025 (Majlis Sukan Sekolah Malaysia)

Format Perlawanan

SSR 2025 diadakan dalam format ragbi 15 sebelah yang merujuk kepada format permainan ragbi yang dimainkan dengan dua pasukan yang masing-masing terdiri daripada 15 pemain di padang. Ia merupakan format yang biasa dimainkan di peringkat sekolah dan kelab. 

Berikut adalah beberapa ciri utama format ragbi 15 sebelah yang membezakannya dengan format ragbi yang lain :

  • Bilangan Pemain: 15 pemain sepasukan di padang. 
  • Bilangan Pemain Simpanan: Biasanya terdapat 7-10 pemain simpanan, menjadikan jumlah keseluruhan pemain dalam pasukan adalah 22-25 orang. 
  • Masa Permainan: Masa permainan biasanya terbahagi kepada dua, masing-masing 40 minit, dengan rehat di antara. 
  • Objektif: Objektif utama adalah untuk menjaringkan lebih banyak mata daripada pasukan lawan dalam tempoh masa yang ditetapkan. 
Contoh Format

Bagi SSR 2025 divisyen pertama ini, 24 pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada enam kumpulan, dengan setiap kumpulan mengandungi empat pasukan, diikuti dengan pusingan kalah mati sehingga pemenang akhir dinobatkan. 

SSR 2025SSR 2025

Bagi divisyen kedua pula, 12 pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada tiga kumpulan, dan seperti divisyen pertama ia diikuti dengan pusingan kalah mati sehingga pemenang akhir dinobatkan. 

Perlawanan peringkat kumpulan ini selalunya diadakan di gelanggang pasukan masing-masing pada bulan Februari dan Mac, melibatkan pelbagai lokasi seperti Kuala Lumpur, Ulu Yam, Kuala Kangsar, Ipoh, dan Alor Setar.

Kumpulan Bertanding

Untuk edisi 2025, SSR devisyen pertama melibatkan 24 pasukan, termasuk lima pasukan baharu yang dijemput berdasarkan prestasi semasa, tradisi ragbi, dan sokongan alumni. Antara pasukan yang terlibat pada tahun ini antaranya ialah:

  1. Sekolah Menengah Sains Selangor
  2. Sekolah Dato’ Abdul Razak
  3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  4. Sekolah Sultan Alam Shah
  5. Malay College Kuala Kangsar
  6. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
  7. English College Johore Bahru
  8. Victoria Institution
  9. Royal Military College (Malaysia)
  10. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud
  11. Kolej Sultan Abdul Hamid
  12. Kolej Yayasan Saad
  13. Bukit Mertajam High School
  14. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra
  15. Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar
  16. Sekolah Menengah Kebangsaan Abi (ACS)
  17. Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
  18. Maktab Rendah Sains MARA Alor Gajah
  19. Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau
  20. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1
  21. Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa
  22. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak
  23. Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
  24. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah
ssr 2025ssr 2025

Manakala dari divisyen kedua pula, sebanyak 12 akademi telah menyertai SSR 2025 ini:

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Batu Pahat
  2. Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail
  3. Akademi Ragbi Terengganu
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba
  5. Akademi Ragbi Melaka
  6. Akademi Ragbi Selangor
  7. Sekolah Sukan Malaysia Pahang
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII
  9. Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam
  10. COBRA Rugby Academy
  11. Maktab Sultan Ismail
  12. KL Tigers Academy
ssr 2025ssr 2025

Pemenang SSR 2025

Pada edisi ke-10 SSR yang berlangsung pada 27 Julai 2025, pasukan BPCougar yang mewakili  MRSM Balik Pulau mencatat sejarah sebagai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pertama yang memenangi kejohanan ini. 

Mereka mengalahkan pasukan Victoria Institution (VI) dalam perlawanan akhir yang mendebarkan di Kuala Lumpur. Kemenangan ini menandakan kejayaan besar bagi MRSM Balik Pulau, yang menunjukkan peningkatan prestasi ketara sejak penyertaan mereka dalam kejohanan.

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki telah mengumumkan bahawa cuti peristiwa diberikan kepada semua pelajar MRSM pada tarikh 28 Julai 2025 sempena kemenangan pasukan BP Cougar dalam SSR 2025

Manakala bagi divisyen kedua untuk peringkat Akademi SSR, Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) yang diwakili pasukan SSMP Falcon telah memenangi kejohanan ini mengalahkan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)

SSR 2025SSR 2025

Sumber:



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru