Tracker Sumud Flotilla membolehkan orang ramai mengikuti secara langsung perjalanan kapal misi kemanusiaan ke Gaza, termasuk lokasi semasa, laluan pelayaran dan anggaran masa ketibaan. Ia juga menggalakkan solidariti global dengan memudahkan orang ramai menyokong perjuangan rakyat Palestin. Akses ke tracker ini boleh dilihat secara langsung melalui pautan di sini:
Apa itu Tracker Sumud Flotilla
Tracker Sumud Nusantara ialah inovasi teknologi hasil usaha sukarelawan MAPIM yang membolehkan masyarakat dunia mengikuti secara langsung perjalanan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Dibangunkan dalam tempoh hanya empat hari, sistem ini bukan sekadar memaparkan kedudukan kapal dan bekalan bantuan, malah membangkitkan rasa kekitaan dan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim, berkata tracker ini menjadikan orang ramai seolah-olah turut serta dalam misi tersebut dan menyedarkan dunia tentang realiti yang dihadapi Gaza.
Flotilla ini biasanya terdiri daripada pelbagai kapal yang membawa aktivis, bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas lain, dengan tujuan untuk menembusi sekatan laut yang dikenakan oleh rejim Israel ke atas Gaza.
Melalui platform Tracker Sumud Flotilla, orang ramai dapat mengikuti kedudukan semasa kapal secara masa nyata, mengetahui maklumat terkini tentang perjalanan mereka, serta memahami cabaran yang dihadapi sepanjang misi.
Semakan Tracker Global Sumud Flotilla / Sumud Nusantara
Anda boleh menyemak lokasi semasa kapal misi kemanusiaan Sumud Nusantara yang membawa rakyat Malaysia ke Gaza melalui pautan berikut:
Kelebihan Tracker Sumud Nusantara:
Berikut perkara menarik tentang Tracker Sumud Nusantara :
- Garis masa pelayaran – Membolehkan pengguna melihat keseluruhan perjalanan kapal dari awal hingga ke destinasi.
- Data kedudukan terkini setiap 15 minit – Memberi maklumat masa nyata tentang lokasi kapal secara tepat dan terperinci.
- Zon perjalanan kapal – Menunjukkan kawasan atau zon semasa kapal berada bagi memudahkan pemantauan.
- Anggaran masa ketibaan – Membolehkan pengguna mengetahui berapa lama lagi kapal akan tiba di destinasi.
- Paparan interaktif dan mesra pengguna – Memudahkan sesiapa sahaja mengikuti perkembangan misi dengan jelas.
- Simbol kesepaduan global – Menyatukan masyarakat dunia dalam menyokong misi kemanusiaan ke Gaza.
Paparan Tracker

Laporan rasmi yang dikeluarkan oleh Sumud Nusantara Command Centre setakat 4 Oktober 2025, jam 10:00 Pagi.




No More Silence. No More Siege.
Kapal Conscience bersama aktivis, doktor, wartawan dan sukarelawan dari lebih 20 negara kini berlayar menuju Gaza, membawa ubat-ubatan, makanan bayi, serta harapan rakyat dunia untuk memecah sekatan haram Israel.
Malaysia tampil sebagai antara delegasi terbesar selepas Turkiye, dengan 9 aktivis termasuk 4 doktor dan seorang wartawan berada di barisan hadapan misi ini.
Pada 27 September 2025 lepas, sebanyak 10 bot telah berlepas dari Itali di bawah FFC x TMTG manakala kapal Conscience telah dilancarkan di Porto Otranto, Itali dan para peserta telah berlepas pada 30 September 2025..
Pada 27 September 2025 lepas, sebanyak 10 bot telah berlepas dari Itali di bawah FFC x TMTG manakala kapal Conscience telah dilancarkan di Porto Otranto, Itali dan para peserta telah berlepas pada 30 September 2025.
Antara delegasi Malaysia yang berada dalam misi ini:
Kapal layar Umm Saad (TMTG)
- Puan Norsham Abu Bakar (Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE)
- Dr Maziah binti Mohammad (Doktor Perubatan)
Kapal Conscience
- Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali (Ketua Delegasi Malaysia)
- Dr Fauziah Hassan (Doktor Perubatan)
- Dr Hafiz Sulaiman (Doktor Perubatan)
- Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi (Doktor Perubatan)
- Syafik Shukri Abdul Jalil (Wartawan ASTRO Awani)
- Prof Dr Mohd Afandi Salleh (Pensyarah)
- Dr Noorhasyimah Ismail (Pensyarah)


Senarai Delegasi Malaysia yang Ditahan (Gelombang Kedua)
Delegasi Malaysia yang sudah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel di perairan antarabangsa pada 2 Oktober 2025:


A – KAPAL ALMA – 3pagi
- Iylia Balqis
- Musa Nuwayri
- Sul Aidil
B – KAPAL SIRIUS – 4pagi
- Haikal Abdullah
- Muaz Zainal
- Zulfadhli Khairudin
- Rusydi Ramli
C – KAPAL HUGA – 5.54pagi
D – KAPAL GRANDE BLU – 8pagi
- Norfarahin Romli (Farah Lee)
- Danish Nazram
E – KAPAL HIO – 10pagi
- Heliza Helmi
- Hazwani Helmi
F – KAPAL FREE WILLY – 2.30ptg
- Hareez Adzrami (Haroqs)
- Haikal Luqman
- Dr Taufiq Razif
G – KAPAL ESTRELLA Y MANUEL – 9.45mlm
- Rahmat Ikhsan (PU Rahmat)
- Mohd Asmawi
- Norazman Ishak
- Norhelmi Ab Ghani
H. KAPAL MIKENO – 10.05mlm
- Nurul Hidayah (Ardell Aryana)
I. KAPAL FAIR LADY – 11mlm
- Muhammad bin Abdullah (Ust Mad Kecik)
- Zainal Rashid Awang (ZRA)
J. KAPAL INANA – 11.16mlm
Soalan Lazim Tracker Sumud Flotilla
Tracker Sumud Flotilla ialah sistem penjejak dalam talian yang membolehkan orang ramai mengikuti perjalanan kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) secara masa nyata. Ia memaparkan kedudukan kapal, laluan pelayaran dan perkembangan misi menghantar bantuan ke Gaza.
Sistem ini dibangunkan oleh sukarelawan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam masa hanya empat hari sebagai inisiatif untuk menghubungkan masyarakat dunia dengan misi kemanusiaan ke Gaza.
Tujuan utama adalah untuk memberi maklumat tepat dan terkini tentang perjalanan kapal misi bantuan ke Gaza, di samping meningkatkan kesedaran dan rasa solidariti masyarakat global terhadap nasib rakyat Palestin.
Melalui tracker ini, anda boleh melihat:
– Kedudukan terkini kapal setiap 15 minit.
– Laluan pelayaran dan garis masa perjalanan.
– Zon pelayaran kapal.
– Anggaran masa ketibaan ke destinasi.
Tracker ini penting kerana ia bukan sekadar alat pemantauan, tetapi juga simbol kesepaduan dan sokongan global terhadap misi kemanusiaan. Ia membolehkan orang ramai merasai seolah-olah turut serta dalam misi membantu rakyat Gaza.
Ya, sistem ini dikemas kini secara automatik setiap 15 minit, membolehkan anda mengikuti perkembangan terkini kapal secara langsung.
Tidak. Walaupun dibangunkan oleh MAPIM Malaysia, tracker ini terbuka untuk seluruh masyarakat dunia yang ingin mengikuti perkembangan misi kemanusiaan ke Gaza.
Baca juga: Global Sumud Flotilla – Misi Kemanusiaan ke Palestin
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru