Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 bakal berlangsung dari 25 hingga 31 Ogos 2025 di Adidas Arena, Paris. Siaran langsung / live streaming boleh ditonton melalui TV Okey, Sukan RTM dan RTM Klik bagi peminat-peminat di Malaysia.
Aksi sengit pemain terbaik dunia termasuk wakil Malaysia akan dipaparkan secara langsung dengan jadual perlawanan dan keputusan [LIVE] untuk peminat mengikuti perkembangan semasa dari hari pertama hingga final.
Ayuh kita beri sokongan padu kepada skuad Malaysia yang beraksi di Paris kali ini!
Pengenalan Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025
Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 (BWF World Championships 2025) bakal berlangsung pada 25 hingga 31 Ogos 2025 di Adidas Arena, Paris, Perancis.
Kejohanan ini merupakan antara pertandingan paling berprestij dalam kalendar badminton dunia kerana menghimpunkan pemain-pemain terbaik dari seluruh dunia yang bersaing untuk merebut gelaran juara dunia.
Dianjurkan oleh Badminton World Federation (BWF) dengan penajaan utama oleh TotalEnergies, kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan untuk mengumpul mata ranking dunia, tetapi juga lambang keunggulan dan maruah negara masing-masing.
Bagi skuad Malaysia, edisi kali ini membawa misi besar di bawah semangat “Demi Malaysia”, dengan harapan mengulangi pencapaian cemerlang dan menamatkan penantian emas dalam sejarah kejohanan dunia.
Atlet negara dari semua kategori iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita, dan beregu campuran bakal beraksi dengan penuh semangat untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Kejohanan ini juga menjadi tumpuan peminat sukan badminton seluruh dunia kerana ia menawarkan aksi sengit, kehebatan taktikal, dan semangat kesukanan yang luar biasa.
Dengan berlangsungnya di kota Paris, ia memberi satu lagi aura istimewa kepada kejohanan kali ini, sekaligus menjadi medan penting menjelang persiapan ke arah temasya besar lain seperti Sukan Olimpik 2028.
Tarikh & Lokasi
Untuk Kejohanan Dunia Badminton BWF 2025 edisi kali ini, ia akan berlangsung dengan ketetapan berikut:
- Lokasi: Adidas Arena, Paris, Perancis
- Tarikh: 25 – 31 Ogos 2025
Senarai Pemain Malaysia
PERSEORANGAN LELAKI
- Lee Zii Jia
- Leong Jun Hao
PERSEORANGAN PEREMPUAN
- Goh Jin Wei
- K. Letshanaa
BEREGU LELAKI
- Aaron Chia – Soh Wooi Yik
- Goh Sze Fei – Nur Izzudin
- Man Wei Chong – Tee Kai Wun
- Arif Junaidi – Yap Roy King
BEREGU PEREMPUAN
- Pearly Tan – Thinaah
- Go Pei Kee- Teoh Mei Xing
BEREGU CAMPURAN
- Chen Tang Jie – Toh EE Wei
- Hoo Pang Ron – Chen Su Yin
- Goh Soon Huat – Lai Shevon
Jadual Perlawanan Kejohanan Badminton Dunia BWF
KEJOHANAN BADMINTON WORLD CHAMPIONSHIPS PARIS 2025 PUSINGAN 1 AKAN BERSIARAN LANGSUNG DI TV Okey DAN SUKAN RTM SELASA 26 OGOS 2025 BERMULA JAM 3 PETANG. NANTIKAN AKSI MEMUKAU PEMAIN-PEMAIN BADMINTON TERBAIK DUNIA HANYA DI RTM.

Anda juga boleh menonton melalui penstriman langsung RTMKLIK di https://rtmklik.rtm.gov.my
Juga anda boleh menonton menerusi RTMKlik di Channel Khas




Siaran Langsung (LIVE) Kejohanan Dunia Badminton BWF 2025


Perlawanan LIVE boleh ditonton melalui Stadium Astro 801 atau RTM dan TV Okey. Strim online di atau siaran khas BWF di RTM


Keputusan Terkini [26 OGOS]
TotalEnergies BWF World Championships 2025 | Pusingan 64![]()
![]()
PERSEORANGAN PEREMPUAN
- Goh Jin Wei TEWAS di tangan pemain dari China, Gao Fang Jie dengan mata (21-14 21-9)
- K. Letshanaa MENANG ke atas pemain dari Hong Kong, Saloni Samirbhai Mehta dengan mata (21-18 21-8)
PERSEORANGAN LELAKI
- Leong Jun Hao def MENANG ke atas pemain dari Switzerland, Tobias Kuenzi dengan mata (21-12 21-14)
TotalEnergies BWF World Championships 2025 | Pusingan 32![]()
BEREGU LELAKI
- Tee Kai Wun-Man Wei Chong MENANG ke atas beregu dari France, Cristo Popov-Toma Junior Popov dengan mata (21-15 13-21 21-19)
Untuk maklumat lanjut dan rasmi mengenai kejohanan ini, sila layari laman BWF di pautan berikut: https://bwfbadminton.com/
Baca juga
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru