Proton Saga MC3 2026 tampil lebih pintar dan bergaya dengan pelbagai ciri teknologi baru, rekaan dalaman yang lebih moden, serta penambahbaikan dari segi keselamatan dan prestasi enjin berbanding model sebelumnya. Layari laman web rasmi Proton (https://www.proton.com/) untuk maklumat lanjut.
Dengan tagline baharu “Intelligence That Thrills”, rekaan Proton Saga MC3 2026 ini adalah sepenuhnya hasil tangan anak Malaysia.
Rujuk info lebih terperinci mengenai Proton Saga terbaru 2026 ini di bawah.
Proton Saga MC3 2026
Proton Saga MC3 2026 belum lagi dilancarkan secara rasmi namun telah tempahan dibuka mulai 10 Novembe, dengan jualan dan pendaftaran kenderaan disasarkan bermula segera sebelum penghujung tahun 2025.
Pelancaran ini turut diserikan dengan perkongsian ciri-ciri baharu dan teknologi terkini bagi Saga generasi MC3, termasuk sokongan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar serta sistem keselamatan ADAS pada varian Premium.

Pembeli yang membuat tempahan awal berpeluang mendapatkan pakej servis percuma dan kad Touch ‘n Go edisi terhad khusus untuk model ini.
Model yang dikenali dengan nama kod AMA01 (P214A) ini mula menarik perhatian selepas diperkenalkan di Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur, menandakan kemunculan global pertama sedan segmen-A paling popular Malaysia.
Reka bentuknya kini lebih moden, elegan dan matang, menampilkan corak batik sebagai simbol identiti Malaysia ketika sesi pratonton rasmi.


Varian
Proton Saga MC3 2026 bakal ditawarkan dalam tiga varian utama, iaitu:
- Standard (4-kelajuan automatik)
- Executive (4-kelajuan automatik)
- Premium (CVT2+)
Harga Proton Saga MC3 2026
Harga anggaran Proton Saga MC3 2026 di Malaysia bermula RM40,000 hingga RM50,000, bergantung kepada varian yang dipilih.
Harga ini menunjukkan kenaikan sekitar RM5,000 berbanding generasi sebelumnya.


Untuk pembeli awal, Proton menawarkan pakej istimewa termasuk servis percuma selama setahun atau 20,000 km serta kad Touch ‘n Go edisi terhad Saga MC3 2026 untuk 20,000 tempahan pertama.
Pilihan warna tersedia termasuk Space Grey, Deep Marine Blue, Solid White, Ruby Red, dan Armour Silver.
Proton menyasarkan untuk melancarkan model ini sebelum akhir tahun 2025, dengan jualan rasmi bermula awal tahun 2026.
PROTON Saga Serba Baharu — memperkenalkan tagline baharu, “Intelligence That Thrills.”


Warna
Proton menawarkan lima pilihan warna menarik untuk Saga MC3 2026, termasuk dua warna baharu yang pertama kali diperkenalkan untuk pasaran tempatan:
- Space Grey (baharu)
- Deep Marine Blue (baharu)
- Solid White
- Ruby Red
- Armour Silver
Gabungan tona moden dan sofistikated ini menyerlahkan imej premium pada sedan kompak ini, sesuai untuk pemandu muda mahupun keluarga kecil.


















Ciri-Ciri Utama Saga Serba Baharu (I.C.O.N)


I – Impressive Performance (Prestasi Mengagumkan)
Dikuasakan oleh enjin i-GT 1.5L dengan transmisi CVT, Saga baharu menawarkan pemanduan yang lancar dan jimat minyak — hanya 4.9L/100km mengikut ujian Malaysia Driving Cycle (MDC).
Sistem Electric Power Steering (EPS) menjadikan stereng lebih ringan dan mudah dikawal, manakala talaan pemanduan khas PROTON memastikan keseimbangan antara keselesaan dan kestabilan di jalan raya.
C – Comprehensive Safety (Keselamatan Lengkap)
Model ini dilengkapi dengan 9 ciri keselamatan pintar ADAS (Advanced Driver Assistance System) seperti:
- Brek kecemasan automatik (AEB)
- Amaran pelanggaran depan (FCW)
- Amaran keluar lorong (LDW)
- Bantuan tukar lorong (LCA)
- Amaran lintasan belakang (RCTA)
- Amaran pelanggaran belakang (RCW)
- Amaran buka pintu (DOW)
- Kawalan lampu tinggi pintar (IHBC)
- Amaran kereta depan bergerak (FDA)
Selain itu, Saga ini dilengkapi 6 beg udara dan struktur badan Reinforced Safety Structure (RESS) dengan teknologi Hot Press Forming (HPF) yang lebih kukuh dan selamat.
O – Optimised Intelligence (Teknologi Pintar)
Paparan skrin gabungan 16 inci menggabungkan meter digital dan sistem infotainment yang kini menyokong Apple CarPlay® dan Android Auto™ tanpa wayar. Ia juga dilengkapi fungsi moden seperti lampu hadapan automatik, lampu Follow-Me-Home, dan pelaras tahap lampu hadapan automatik.
N – Next-Gen Style (Rekaan Moden)
Saga baharu tampil lebih bergaya dengan lampu depan LED penuh dengan DRL, lampu belakang LED bar, dan rekaan dalaman moden. Gril depan dengan corak “Sulaman Songket” dan rim dua tona 15 inci memberikan imej berani dan elegan yang tetap mengekalkan identiti PROTON.
Review Proton Saga MC3 2026
Tempahan & Test Drive Proton Saga MC3 2026
Tempahan Proton Saga MC3 2026 telah dibuka secara rasmi mulai 10 November 2025 melalui portal rasmi Proton dan rangkaian pengedar 3S/4S Proton di seluruh Malaysia.
Untuk program test drive, Proton akan mengadakan sesi pandu uji di pusat-pusat 3S/4S mereka selepas pelancaran rasmi bagi membolehkan pelanggan merasai sendiri prestasi dan ciri baru Saga MC3 2026 sebelum membuat keputusan pembelian.
Program tempahan awal ini juga menawarkan pakej eksklusif bagi 20,000 pelanggan pertama seperti servis percuma selama 1 tahun atau 20,000 km, serta kad Touch ‘n Go edisi terhad Saga MC3 2026 sebagai hadiah tambahan.
Variant Saga MC3 2026 ditawarkan dalam tiga pilihan iaitu Standard, Executive, dan Premium dengan harga anggaran antara RM40,000 hingga RM50,000 bergantung kepada varian dan spesifikasi.
Layari pautan berikut untuk pendaftaran bagi membuat tempahan:
Maklumat lanjut untuk sertai peraduan Test Drive Kaw Kaw :




Soalan Lazim
Proton dijangka melancarkan Saga MC3 secara rasmi pada penghujung tahun 2025, dengan jualan bermula awal tahun 2026 di seluruh Malaysia. (*Terkini : Tarikh pelancaran dijangka pada 11.11.2025)
“MC3” membawa maksud Minor Change ke-3 bagi generasi Saga terkini. Ia menunjukkan peningkatan besar dari segi reka bentuk, enjin, teknologi dan keselamatan berbanding model sebelumnya (MC2).
Model ini menggunakan enjin 1.5 liter i-GT empat silinder DOHC aspirasi semula jadi (NA) dengan sistem VVT dan rantai pemasa (timing chain). Enjin ini dibekalkan oleh Aurobay dan menghasilkan kuasa antara 100 PS hingga 110 PS, dengan tork 125–135 Nm.
Terdapat dua jenis transmisi:
– 4-kelajuan automatik (untuk varian Standard & Executive)
– CVT2+ dengan torque converter (untuk varian Premium)
Ya. Model ini dilengkapi dengan 9 ciri keselamatan pintar ADAS (Advanced Driver Assistance System) seperti:
– Brek kecemasan automatik (AEB)
– Amaran pelanggaran depan (FCW)
– Amaran keluar lorong (LDW)
– Bantuan tukar lorong (LCA)
– Amaran lintasan belakang (RCTA)
– Amaran pelanggaran belakang (RCW)
– Amaran buka pintu (DOW)
– Kawalan lampu tinggi pintar (IHBC)
– Amaran kereta depan bergerak (FDA)
Proton Saga MC3 2026 menerima penarafan 4-bintang ASEAN NCAP di bawah protokol ujian 2021–2025.
Tiga varian utama:
– Standard (4AT)
– Executive (4AT)
– Premium (CVT2+)
Warna ditawarkan: Space Grey, Deep Marine Blue, Solid White, Ruby Red, dan Armour Silver.
Harga Proton Saga MC3 2026 bermula dari RM40,000 hingga RM55,000, bergantung kepada varian.
Ya. Proton Saga MC3 2026 mengekalkan ciri mampu milik, reka bentuk moden dan ruang kabin luas menjadikannya sesuai untuk pemandu pertama kali membeli kereta serta keluarga kecil yang mahukan sedan selesa dan bergaya.
Tempahan boleh dibuat melalui laman web rasmi Proton atau mana-mana pusat 3S/4S Proton di seluruh negara selepas pelancaran rasmi. Program test drive juga akan dibuka kepada orang ramai sebaik model ini dilancarkan.
Baca juga:
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru