Skop, Senarai Hospital & Cara Memohon


Bagi penduduk di Negeri Selangor yang ingin mendapatkan perkhidmatan ambulans ke hospital, Kerajaan Negeri Selangor kini memperkenalkan Ambulans Kita Selangor untuk ke hospital yang terpilih.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkhidmatan ini.

Mengenai Ambulans Kita Selangor

Program Ambulans Kita Selangor ialah satu inisiatif oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan perkhidmatan ambulans secara percuma kepada rakyat Selangor.

Secara dasarnya, perkhidmatan ini adalah bagi tujuan pengangkutan bukan kecemasan seperti hadir temu janji dan sesi rawatan susulan atau berkala di hospital dan pusat rawatan yang diiktiraf.

Kemudahan ini akan memberi keutamaan kepada pesakit yang memerlukan bekalan gas oksigen sepanjang perjalanan atau terlantar.

Pada tahun ini, program ini akan dilaksanakan secara berfasa di tiga (3) daerah iaitu Petaling, Kuala Langat dan Kuala Selangor bermula pada bulan September tahun 2025. 

Pelaksanaan peluasan meliputi keseluruhan kawasan DUN akan diperhalusi berdasarkan prestasi pelaksanaan program pada tahun 2025 dan 2026 serta komitmen Belanjawan Negeri.

Peruntukan bagi pelaksanaan perkhidmatan ini pada tahun 2025 adalah sebanyak RM1 juta yang diumumkan menerusi Belanjawan Selangor 2025.

Skop Ambulans Kita Selangor

Skop ambulans ini adalah meliputi:

  • Dari rumah ke hospital kerajaan
  • Dari hospital kerajaan ke rumah
  • Dari hospital kerajaan ke hospital kerajaan lain

Syarat Kelayakan

Perkhidmatan ini ditawarkan kepada rakyat Selangor dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan, dan memenuhi sekurang-kurangnya satu (1) daripada kriteria berikut:

  • Memerlukan bekalan gas oksigen sepanjang perjalanan; atau
  • Pesakit terlantar dan memerlukan bantuan pergerakan sepenuhnya

Hospital Terlibat

Hospital yang terlibat dalam perkhidmatan ini adalah seperti berikut:

  • Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam
  • Hospital Tanjong Karang
  • Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM Puncak Alam
  • Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM Serdang
  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang
  • Hospital Shah Alam
  • Hospital Banting
  • Hospital Cyberjaya
  • Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN), Kajang
  • Hospital Ampang
  • Hospital Sungai Buloh
  • Hospital Selayang
  • Hospital Orang Asli Gombak
  • Hospital Kuala Kubu Bharu
  • Hospital Kuala Lumpur
  • Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang
  • Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur
  • Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), UKM
  • Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
  • Hospital Putrajaya
  • Institut Kanser Negara (IKN)
  • Hospital Slim River, Perak
  • Hospital Teluk Intan, Perak

DUN Yang Terlibat

DUN yang terlibat dalam perkhidmatan ini adalah seperti berikut:

  • N08 Sungai Burong
  • N09 Permatang
  • N10 Bukit Melawati
  • N11 Ijok
  • N12 Jeram
  • N28 Seri Kembangan
  • N29 Seri Serdang
  • N30 Kinrara
  • N31 Subang Jaya
  • N32 Seri Setia
  • N33 Taman Medan
  • N34 Bukit Gasing
  • N35 Kampung Tunku
  • N36 Bandar Utama
  • N37 Bukit Lanjan
  • N38 Paya Jaras
  • N39 Kota Damansara
  • N40 Kota Anggerik
  • N41 Batu Tiga
  • N50 Kota Kemuning
  • N51 Sijangkang
  • N52 Banting
  • N53 Morib
  • N54 Tanjung Sepat
  • N55 Dengkil
  • N56 Sungai Pelek

Cara Memohon

Untuk memohon perkhidmatan ini, sila hubungi muat turun borang permohonan di pautan

Isi borang tersebut dengan lengkap dengan dokumen sokongan iaitu:

  • Salinan kad pengenalan
  • Surat temujanji/discaj hospital
  • Penyata pendapatan / surat pengesahan pendapatan

Kemudian, serahkan borang dan dokumen sokongan kepada ADUN/Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) untuk pengesahan.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan Ambulans Kita Selangor?

Perkhidmatan ini ialah inisiatif perkhidmatan mobiliti kesihatan secara percuma iaitu perkhidmatan ambulans kepada penduduk di Negeri Selangor bagi memastikan perkhidmatan dan akses kepada rawatan kecemasan lebih cepat dan mudah kepada golongan sasar itu dilaksanakan.

Apakah skop perkhidmatan ambulans ini?

Skop perkhidmatan ambulans ini meliputi:
– Dari rumah ke hospital kerajaan
– Dari hospital kerajaan ke rumah
– Dari hospital kerajaan ke hospital kerajaan lain

Apakah syarat kelayakan bagi perkhidmatan ambulans ini?

Mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan ambulans ini mestilah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan, dan memerlukan bekalan gas oksigen sepanjang perjalanan; atau
pesakit terlantar serta memerlukan bantuan pergerakan sepenuhnya.

Bagaimanakah saya boleh memohon perkhidmatan ambulans ini?

Perkhidmatan ambulans ini boleh dipohon dengan mengisi borang permohonan yang disediakan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari pautan

Baca juga: Hepatitis A: Maksud, Simptom & Individu Berisiko



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru