Belanjawan Terengganu 2026 yang bertemakan “Memacu Potensi, Melonjak Prestasi” menumpukan kepada tadbir urus berkesan, daya tahan ekonomi dan kesejahteraan rakyat menuju negeri Maju, Berkat dan Sejahtera. Ia turut menggariskan tujuh pemacu utama untuk melonjakkan prestasi setiap potensi yang direncanakan.
Belanjawan Terengganu 2026 telah dibentangkan oleh Datuk Seri Ir Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu secara langsung menerusi live streaming di Facebook pada 10 November 2025.
Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman semua, khususnya warga Terengganu.
Belanjawan Terengganu 2026
Belanjawan Terengganu 2026 merupakan dokumen kewangan tahunan kerajaan negeri yang digubal bagi mengimbangi keperluan rangsangan ekonomi, pembangunan sosial serta pengukuhan tadbir urus negeri.
Belanjawan ini disifatkan sebagai sebuah dokumen strategik yang bukan sahaja mengurus perbelanjaan dan hasil, tetapi juga merangka masa depan pertumbuhan Terengganu secara lebih mampan dan inklusif.
Untuk tahun 2026, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.938 bilion bagi perbelanjaan mengurus, termasuk RM450 juta khusus bagi perbelanjaan pembangunan.
Anggaran hasil negeri pula dijangka mencecah RM1.998 bilion, menunjukkan komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh kedudukan fiskal sambil memastikan manfaat ekonomi dirasai oleh seluruh rakyat.
Belanjawan ini memfokuskan pelaksanaan dasar fiskal serta program dan projek yang dapat merangsang pertumbuhan ekonomi dan sosial secara seimbang, demi menjamin kesejahteraan menyeluruh rakyat Terengganu.



Fokus Strategik Utama Belanjawan Terengganu 2026
Belanjawan ini digerakkan melalui tiga fokus strategik utama:
- Memperkemas tadbir urus kerajaan bagi meningkatkan keberhasilan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
- Menstruktur daya tahan ekonomi untuk memacu pertumbuhan jangka sederhana dan panjang.
- Melestarikan keperluan sosial demi menjamin kesejahteraan rakyat secara inklusif dan berterusan.


Fokus 1 : Memperkemas Tadbir Urus Kerajaan Bagi Meningkatkan Keberhasilan






Fokus 2: Menstruktur Daya Tahan Ekonomi Bagi Memacu Pertumbuhan




Fokus 3: Melestarikan Keperluan Sosial Bagi Menjamin Kesejahteraan Inklusif






Tujuh Pemacu Utama Kejayaan Belanjawan 2026
Bagi memastikan setiap dasar dan projek mencapai hasil optimum, tujuh pemacu utama dirangka:
- Penekanan terhadap impak dan keberkesanan setiap inisiatif.
- Penubuhan jawatankuasa pelaksanaan bagi memantau projek utama.
- Pembangunan data rakyat dan usahawan untuk dasar lebih tepat dan bersasar.
- Pengukuhan kerjasama merentas agensi bagi penyelarasan lebih efisien.
- Memperkasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam pembangunan komuniti.
- Memperluas Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) sebagai pemangkin tenaga kerja mahir.
- Menggalakkan digitalisasi dan automasi dalam tadbir urus kerajaan negeri.


Intipati Bantuan Untuk Rakyat Terengganu 2026
Berikut adalah antara intipati penting bagi Bantuan Untuk Rakyat Terengganu 2026:
- Pemberian bonus sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri
- Pelaksanaan Skim Bekalan Air Kuala Terengganu Utara (KTU) akan memastikan agihan air yang lebih stabil bagi memenuhi keperluan rakyat dan industri
- Mempertimbangkan subsidi bekalan air untuk sekolah tahfiz dan pondok
- Penekanan kepada kemudahan asas, perumahan mampu milik, peluang ekonomi desa dan kesejahteraan sosial agar jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar dapat dirapatkan
- Pelbagai projek strategik berimpak tinggi seperti pembangunan berorientasikan transit (Transit-Oriented Development – TOD) di kawasan stesen ECRL, pembinaan laluan alternatif dari Stesen ECRL Chukai ke Pelabuhan Kemaman, serta pembesaran Pelabuhan Kemaman
- Sokongan kepada usahawan belia, B40 & asnaf
- Program Anak Terengganu Certificate
- Simposium kepimpinan belia dan beliawanis
- Pemantapan kursus praperkahwinan & program pasca perkahwinan














Baca juga: Belanjawan Johor 2026 : Intipati, Insentif & Bantuan Rakyat Johor
Video Pembentangan Belanjawan Terengganu 2026
Anda boleh saksikan siaran langsung Pembentangan Belanjawan Terengganu 2026 di pautan ini:
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lengkap tentang Belanjawan Terengganu 2026, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Negeri Terengganu di pautan berikut:
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru