Semakan Keputusan SPMU 2025 (myresultspmu.moe.gov.my)


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2025 akan dikeluarkan mulai 21 Ogos 2025 (Khamis). Seramai 10,049 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan ini yang berlangsung di 186 pusat peperiksaan di seluruh negara. Semakan boleh dibuat melalui laman web rasmi

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kenyataan media KPM dan cara membuat semakan online keputusan SPMU 2025.

Apakah Sijil Peperiksaan Malaysia Ulangan (SPMU)?

SPMU (Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan) adalah peluang kedua bagi calon yang ingin memperbaiki keputusan SPM mereka, khususnya untuk mata pelajaran yang penting seperti Bahasa Melayu dan Matematik. Peperiksaan ini memberi ruang kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik serta membuka lebih banyak peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

Pendaftaran

Pendaftaran peperiksaan SPM Ulangan lazimnya akan dibuka selepas pengumuman keputusan SPM.

Sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri yang berhampiran untuk urusan pendaftaran, bayaran dan untuk mendapatkan panduan selanjutnya. 

Cara mendaftar bagi peperiksaan ini adalah seperti berikut:

PENDAFTARAN ONLINE:

Pendaftaran SPMU – Pendaftaran secara online melalui portal

Sila rujuk manual di bawah:

  • Pemohon boleh mendapatkan borang pendaftaran di Jabatan Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri terdekat semasa waktu pejabat.
  • Bayaran untuk calon adalah RM32. Calon mesti membayar JPN atas nama pengarah peperiksaan / pendidikan negeri tempat kiriman wang / pesanan pos didaftarkan.
  • Selain borang pendaftaran dan pembayaran calon SPMU, dokumen yang perlu dibawa termasuk salinan sijil SPM (untuk calon berulang), salinan kad pengenalan / pasport (jika bukan warganegara), salinan kad OKU / sijil doktor (jika berkenaan), pos Sampul surat sampul surat dan 4 setem.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 03-88843787 / 03-88843745 / 03-88843785 atau rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:

Cara Semakan Keputusan SPMU 2025 (myresultspmu.moe.gov.my)

Calon boleh membuat semakan keputusan SPMU 2025 bermula 21 Ogos hingga 27 Ogos 2025 (Khamis – Rabu) dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Terdapat dua cara untuk membuat semakan:

  1. Semakan Online
  2. Semakan Melalui SMS
    • Taip: SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran
    • Hantar ke 15888
    • Contoh: SPMU 010101011234 AB1234
keputusan spmu semakan

Untuk maklumat lanjut, talian Jabatan Pendidikan Negeri boleh dihubungi melalui nombor berikut:

semakan spmusemakan spmu

Semakan Semula Keputusan SPMU

Penyemakan semula keputusan dan Kes T Peperiksaan SIjil Pelajaran Malaysia Ulangan (SMPU) 2025 boleh dibuat dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan peperiksaan.

Caj adalah RM100 bagi setiap mata pelajaran. Pulangan bayaran akan diberikan jika keputusan BERUBAH.

Semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web e-Lembaga Peperiksaan (https://elp.moe.gov.my)

Syarat Permohonan: Calon hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

Perkhidmatan Patching Sijil SPM

Bagi anda yang telah menduduki semula peperiksaan SPM dan ingin menggabungkan keputusan terbaik dalam satu sijil, anda boleh mendapatkan perkhidmatan patching sijil SPM melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Rujuk caranya di sini: Perkhidmatan Patching Sijil SPM – Lembaga Peperiksaan Malaysia

Baca juga:



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru