Pasang solar di rumah boleh tuntut rebat tunai? Ya, betul. Program SuRIA Home menawarkan rebat tunai kerajaan sehingga RM3,000 untuk pemasangan sistem solar PV di rumah anda.
Inisiatif di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ini diperkenalkan khusus untuk menggalakkan rakyat Malaysia beralih kepada tenaga hijau.
Langkah ini bukan sahaja membantu kita menghadapi cabaran kenaikan kos tenaga global, malah menyokong sasaran negara untuk mencapai 70% kapasiti tenaga boleh baharu menjelang 2050.
Dengan memasang sistem solar di rumah, anda boleh menikmati penjimatan bil elektrik dalam kehidupan seharian.
Jom rujuk cara semak kelayakan Rebat Solar SuRIA Home, cara mohon dan manfaatnya di bawah.

Apa itu SuRIA Home?
SuRIA Home ialah inisiatif baharu PETRA yang diperkenalkan untuk membantu dan menggalakkan rakyat mengurangkan kos elektrik melalui pemasangan sistem solar bumbung kediaman mereka.
Inisiatif ini telah diumumkan oleh YAB Datuk Amar Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Peralian Tenaga dan Transformasi Air semasa Perhimpunan Bulanan PETRA di Menara PETRA pada 22 Mei 2026.
Program ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada langkah Kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi cabaran krisis bekalan global (KBG) berikutan peningkatan kos tenaga dan ketidaktentuan pasaran tenaga global akibat konflik geopolitik di Asia Barat.
Selain itu, inisiatif ini juga diperkenalkan untuk mempercepatkan agenda peralihan tenaga negara seperti yang disarankan oleh pihak Kerajaan.
Pelaksanaan inisiatif rebat solar ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta yang akan diberikan kepada mereka yang memasang sistem solar bumbung di rumah mereka.
Umumnya, pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan dalam memastikan manfaat peralihan tenaga dapat dirasai secara langsung oleh rakyat, selaras dengan prinsip keterangkuman, kemampanan dan keterjaminan tenaga negara.




Maklumat Rebat Solar SuRIA Home
- Rebat tunai sekali sahaja: RM600/kWac sehingga maksimum RM3,000 (tertakluk kepada terma dan syarat SuRIA Home).
- Pemberian rebat adalah berdasarkan prinsip “first come, first served” bagi pemasangan Solar ATAP yang berjaya memulatugas sehingga 31 Disember 2026 atau sehingga kuota rebat RM150 juta habis diagihkan, yang mana terdahulu.
- Pelanggan yang layak akan menerima notifikasi melalui e-mel berdaftar dengan TNB secara berperingkat mulai 1 Jun 2026 untuk menghantar maklumat akaun bank tempatan pilihan.
- Rebat akan dikreditkan ke dalam akaun bank tempatan pilihan pelanggan selepas pengesahan oleh TNB.
Berapa Nilai Rebat Solar Ditawarkan?
Pengguna Domestik yang memasang sistem Solar ATAP serta memenuhi kriteria kelayakan boleh menerima rebat sebanyak RM600 bagi setiap 1kWac pemasangan solar sehingga maksimum RM3,000 bersamaan 5kWac.
Ini dijangka memberi manfaat kepada antara 45,000 hingga 50,000 rumah dengan kapasiti solar terkumpul sekitar 250MW.
Tarikh Pelaksanaan Rebat Solar Suria Home
Pelaksanaan rebat ini bermula pada 1 Jun 2026 dan ianya tertakluk kepada prinsip first come, first served.
Inisiatif ini dibuka kepada pemasangan solar yang di bawah program Solar ATAP yang mula beroperasi bagi tempoh sehingga 31 Disember 2026 atau sehingga kuota 250MW dipenuhi, yang mana terdahulu.
Bagi pelanggan yang layak, notifikasi e-mel akan dihantar secara berperingkat mulai 1 Jun 2026.


Siapa Boleh Tuntut Rebat SuRIA Home?
Untuk menuntut Rebat SuRIA Home, pengguna mestilah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- Pelanggan individu TNB di bawah tarif Domestik (tidak termasuk syarikat)
*Setiap pelanggan layak menerima SATU rebat sahaja - Pemasangan Solar ATAP yang berjaya memulatugas sehingga 31 Disember 202
- Warganegara Malaysia
- Tiada rebat tunai terdahulu yang diterima di bawah program SolaRIS
Apa Manfaat Pemasangan Solar?
- Pulangan pelaburan yang lebih pantas bagi pemasangan solar PV
- Melindungi alam sekitar dengan mengurangkan pelepasan karbon


Cara Semak Kelayakan
Untuk membuat semakan kelayakan, anda boleh terus ke laman sesawang SuRIA Home.
Klik “Semak Kelayakan” dan isi borang yang disediakan seperti di bawah.




Anda akan dihubungi dalam masa 24 jam bagi penilaian SuRIA Home peribadi.
Cara Penyaluran Rebat
Pengguna yang layak akan diberi notifikasi menerusi email berdaftar dengan TNB untuk menghantar butiran akaun bank.
Pembayaran rebat akan disalurkan terus ke akaun bank tempatan di bawah nama pelanggan TNB yang berdaftar selepas pengesahan permohonan dibuat oleh pihak TNB
Baca juga: 15 Lampu Solar Luar Rumah Tahan Lama untuk Semua Cuaca
Cara Mohon Rebat Tunai Solar 2026 – SuRIA Home
Untuk memohon rebat tunai solar SuRIA Home, rujuk cara-caranya di bawah:
Langkah 1: Pelanggan merancang untuk memasang sistem solar fotovoltaik (PV) di premis kediaman.
Langkah 2: Pelanggan melantik Pembekal Perkhidmatan Solar PV Berdaftar (RPVSP) untuk pemasangan solar PV dan permohonan Solar ATAP bagi pihak pelanggan. Untuk maklumat lanjut: www.seda.gov.my/rpvsp
Langkah 3: RPVSP memasang sistem solar PV untuk pelanggan.
Langkah 4: Pelanggan menandatangani kontrak Solar ATAP setelah pemasangan solar PV selesai (Penukaran meter TNB akan dilakukan jika berkenaan).
Langkah 5: Pelanggan menerima e-mel daripada TNB sebagai pengesahan menyertai program Solar ATAP.
Langkah 6: Pelanggan menerima e-mel daripada TNB mengenai permohonan SuRIA Home, manakala RPVSP dimaklumkan mengenai kelayakan pelanggan.
Langkah 7: Pelanggan mengisi butiran dalam borang yang disediakan, iaitu:
- Nama Penuh
- Nombor Kad Pengenalan
- Nama Bank
- Nombor Akaun Bank*
- Pengesahan Pelanggan & Terma dan Syarat
- *Butiran akaun bank yang diisi mesti atas nama pelanggan TNB yang berdaftar.
Langkah 8: Pelanggan menerima e-mel pengesahan rebat tunai SuRIA Home setelah penyerahan butiran. Rebat tunai akan dipindahkan ke akaun bank tempatan pilihan pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja, tertakluk kepada masa pemprosesan bank.
Langkah 9: Pelanggan menerima notifikasi e-mel mengenai pemindahan rebat tunai telah berjaya.


Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut mengenai SuRIA Home dan rebat tunai solar yang ditawarkan, sila rujuk:
- Laman sesawang SuRIA Home
- Laman sesawang Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)
- Laman sesawang myTNB
- Facebook TNB CareLine
Untuk pertanyaan rebat, anda juga boleh menghubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454.
Rujuk juga panduan rasmi berikut:
Soalan Lazim Rebat Solar Suria Home








SuRIA Home merupakan inisiatif baharu PETRA yang diperkenalkan untuk membantu dan menggalakkan rakyat mengurangkan kos elektrik melalui pemasangan sistem solar bumbung kediaman.
Antara matlamat program ini adalah membantu rakyat menghadapi cabaran krisis bekalan global (KBG) berikutan peningkatan kos tenaga dan ketidaktentuan pasaran tenaga global akibat konflik geopolitik di Asia Barat selain mempercepatkan agenda peralihan tenaga negara.
Rebat yang ditawarkan adalah RM600 bagi setiap 1kWac pemasangan solar sehingga maksimum RM3,000 bersamaan 5kWac.
Pelaksanaan rebat ini bermula pada 1 Jun 2026 dan ianya tertakluk kepada prinsip first come, first served.
– Warganegara Malaysia.
– Merupakan pengguna individu Domestik Voltan Rendah (LV).
– Telah berjaya memulatugas sistem solar ATAP dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
– Tidak pernah menerima bantuan atau rebat solar sebelum ini.
Pembayaran rebat akan disalurkan terus ke akaun bank tempatan di bawah nama pelanggan TNB yang berdaftar.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.