Diskaun Saman 50% Hari Kebangsaan 2025 (31 Ogos-16 Sept)


Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan 50% pengurangan saman trafik melalui aplikasi MyBayar PDRM () dengan log masuk menggunakan MyDigital ID (https://www.digital-id.my/) bermula 31 Ogos hingga 16 September 2025.

Jom ketahui lebih lanjut untuk mendapatkan manfaat daripada pengurangan saman ini.

Diskaun Saman Polis 50% (31 Ogos-16 Sept 2025) Sempena Hari Kebangsaan

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia ke-62, Kementerian Dalam Negeri bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama MyDigital ID melancarkan Kempen Diskaun Saman Kebangsaan dengan tawaran pengurangan saman trafik PDRM sebanyak 50%.

Tawaran ini sah untuk pembayaran melalui aplikasi MyBayar PDRM menggunakan log masuk MyDigital ID, sekaligus memastikan kemudahan ini khusus kepada rakyat Malaysia. Kempen berlangsung mulai 31 Ogos 2025 sehingga 2025. Justeru, semua rakyat dipelawa mengambil tawaran keemasan pengurangan saman bagi melangsaikan tunggakan saman trafik PDRM.

Dengan pelaksanaan ini, kerajaan melalui KDN dan PDRM menzahirkan komitmen untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan, di samping mengangkat agenda digitalisasi negara seiring dengan semangat kemerdekaan dan kemajuan Malaysia.

Semakan Online @ MyBayar Saman

Bagi mengelakkan kesesakan dan mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar, orang ramai yang ingin membuat bayaran saman boleh membuat semakan terlebih dahulu melalui Portal MyBayar Saman.

mybayar samanmybayar saman

Anda perlu mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :

Rujuk cara buat semakan saman online: MyBayar Saman – Semakan & Bayaran Saman PDRM Online

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pengurangkan saman ini, sila rujuk soalan lazim berikut:

Apakah My Digital ID?

My Digital ID Sdn Bhd ialah sebuah agensi strategik kerajaan yang ditubuhkan pada 15 Januari 2024, di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri. Organisasi ini diasaskan dengan visi untuk mentransformasi pengurusan identiti digital di Malaysia. Ia menguruskan pelaksanaan inisiatif kerajaan, MyDigital ID, yang bertujuan untuk menyediakan penyelesaian identiti digital yang selamat, dipercayai dan mudah digunakan untuk pengurusan identiti digital dalam era digital yang semakin berkembang.

Bilakah tempoh diskaun saman sempena Hari Kebangsaan 2025?

Tempoh diskaun saman bermula 31 Ogos hingga 16 September 2025.

Adakah syarat mendapat pengurangan 50% sempena Hari Kebangsaan ini?

Pengguna perlu log masuk ke MyBayar Saman melalui My Digital ID.

Bagaimana mendapat diskaun saman dengan MyDigital ID?

Pergi ke laman web dan login menggunakan MyDigital ID. Anda akan mendapat pengurangan saman secara automatik.

BACA JUGA:



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru