Sambutan Ambang Merdeka 2025 & Bunga Api Setiap Negeri


Bunga api malam merdeka diadakan sebagai simbol kegembiraan rakyat menyambut Hari Kebangsaan. Letupan cahaya berwarna-warni di langit tepat jam 12 tengah malam menandakan masuknya tarikh 31 Ogos, iaitu hari kemerdekaan negara. Selain mencipta suasana meriah, ia juga mengumpulkan rakyat daripada pelbagai kaum untuk meraikan ambang merdeka bersama, sekaligus melambangkan perpaduan dan kebanggaan sebagai rakyat Malaysia.

Dekat mana nak tengok bunga api malam Merdeka nanti?

Senarai Lokasi Sambutan Ambang Merdeka 2025 Setiap Negeri

Berikut adalah senarai lokasi Sambutan Ambang Merdeka 2025 yang telah diumumkan sehingga kini untuk beberapa negeri di Malaysia:

1. Kuala Lumpur – Dataran Merdeka

Sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka Kuala Lumpur!

Jom ramai-ramai turun ke Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2025, dari jam 5 petang hingga 12 malam untuk meraikan semangat kemerdekaan bersama artis-artis hebat & persembahan budaya!

Persembahan oleh: Hael Husaini, Bella Astillah, Nadeera Zaini, Daus Eli, Mel, Hariharan, Avon, Liza Abdullah, Mubarak Majid & banyak lagi!

2. Selangor

Semarakkan semangat MERDEKA!
Jom raikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Peringkat Negeri Selangor

  • Dataran Kemerdekaan Shah Alam
  • Sabtu | 30 Ogos 2025 | 8.00 malam

Antara yang menanti :

  • Bunga api
  • Perarakan meriah
  • Persembahan kesenian
  • Artis ternama
  • Pameran menarik
  • Tarikh : 30 Ogos 2025
  • Masa : 8.00 malam – 12.00 malam
  • Tempat : Stadium Sungai Besar, Sungai Besar

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti :-

  • Ambang Merdeka
  • Persembahan Artis

Sebarang pertanyan boleh hubungi MDSB ditalian 03-32241655.

3. Melaka – Banda Hilir

  • Tarikh & Masa: 30 Ogos 2025, dari 8:00 pm hingga 11:30 pm
  • Lokasi: Persiaran Jalan Merdeka, Banda Hilir, Melaka

Acara penuh gilang-gemilang menanti anda:

  • Perbarisan & perarakan kontijen
  • Pertunjukan aset udara & penerjunan bebas
  • Perarakan bot & kereta berhias
  • Persembahan artis jemputan & kebudayaan
  • Persembahan Human Graphic
  • Kemunculan Istimewa Ratu Rock ELLA “Standing in the Eyes of the World”

Sumber: Kerajaan Negeri Melaka

4. Kedah

Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Kedah Darul Aman akan diadakan di:

  • Taman Jubli Emas, Suka Menanti, Alor Setar
  • Mulai jam 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam, 30 Ogos 2025

Antara aktiviti menarik:

  • Persembahan Kugiran Badan Kesenian Negeri Kedah
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat, PDRM
  • Persembahan Kemerdekaan Pasukan PDRM
  • Tarian kebudayaan pelbagai kaum
  • Pertunjukan seni bela diri Melayu, Cina & India
  • Deklamasi sahak kemerdekaan
  • Persembahan Dato’ Awie
  • Penampilan kumpulan motosikal MNGS Asean
  • Pertunjukan Bunga api….
  • … dan banyak lagi!

5. Johor

Sempena Sambutan Malam Ambang Hari Kebangsaan Ke-68

Sabtu, 30 Ogos 2025
5.00 petang – 12.00 malam
Dataran Bandaraya Johor Bahru

Ayuh warga Johor Bahru!
Bersama kita raikan semangat HARI KEBANGSAAN dengan penuh warna, irama & keharmonian dalam program istimewa Gema 68 JB Muzika!

  • Persembahan artis & orkestra
  • Flash mob tarian pelbagai bangsa
  • Persembahan bunga api
  • Cultural Drum
  • Kuiz Hari Kebangsaan
  • Pelbagai aktiviti jualan menarik untuk seisi keluarga!

Jom gegarkan Malam Ambang Hari Kebangsaan bersama!

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA “SEGAMAT BERMUNAJAT” SEMPENA HARI KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH SEGAMAT TAHUN 2025 | 28 OGOS 2025 | KHAMIS

Marilah kita bersama-sama menyambut Ambang Merdeka dengan penuh rasa kesyukuran. Pada 30 Ogos 2025, jam 6.30 petang di Dataran Segamat, Majlis Perbandaran Segamat akan menganjurkan program “Segamat Bermunajat” sempena Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Segamat Tahun 2025.

Peserta digalakkan hadir dalam keadaan berwuduk, serta membawa sejadah dan kelengkapan solat masing-masing.

Ayuh, mari kita hadir beramai-ramai, semoga pertemuan ini membawa keberkatan kepada semua.

sambutan ambang merdeka 2025 bunga apisambutan ambang merdeka 2025 bunga api

6. Perak

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2025 X FESTIVAL BULATAN SULTAN AZLAN SHAH 2025

  • 29-31 OGOS 2025
  • 10.00 PAGI HINGGA 12.00 MALAM
  • BULATAN SULTAN AZLAN SHAH, MERU

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2025

  • PERTUNJUKAN BUNGA API AMBANG MERDEKA
  • PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN PELBAGAI KAUM
  • PERSEMBAHAN ARTIS JEMPUTAN
  • LARIAN BULATAN SULTAN AZLAN SHAH 2025
  • GERAI-GERAI JUALAN MAKANAN DAN MINUMAN
  • JUALAN RAHMAH KPDNKK
  • HORSE RIDING
  • MINI PETTING ZOO
  • RUMAH HANTU TANTIRANA
  • SOOPA DOOPA
  • MERDEKA PENALTY LEAGUE 2025
  • PENTAS GEGAR KOSMIK 2.0
  • FIRE SHOW – BUDAK API IPOH

JANGAN LUPA DATANG DAN MERIAHKAN LAGI SAMBUTAN AMBANG MERDEKA DAN FESTIVAL BULATAN SULTAN AZLAN SHAH 2025.

sambutan ambang merdeka 2025 bunga apisambutan ambang merdeka 2025 bunga api

7. Putrajaya

Sambutan “Riuh Merdeka 30 Jam Tanpa Henti” di Putrajaya

  • Tarikh : 30 Ogos 2025 (Sabtu)
  • Lokasi : Parkir Monumen Alaf baru, Presint 2, Putrajaya
  • Waktu: Bermula 12.00 tengah hari, 30 Ogos hingga 6.00 petang, 31 Ogos 2025
sambutan ambang merdeka 2025 bunga apisambutan ambang merdeka 2025 bunga api

8. Terengganu

Majlis Sambutan Malam Ambang Kemerdekaan Peringkat Negeri Terengganu 2025

  • 30 Ogos 2025 (Sabtu)
  • 9:00 malam
  • Dataran Muara Utara, Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Mari bersama, kita satukan jiwa merdeka demi Malaysia yang terus teguh di persada dunia.

sambutan ambang merdeka 2025 bunga apisambutan ambang merdeka 2025 bunga api

9. Pahang

PAHANG BERSELAWAT AMBANG MERDEKA 2025

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2025 Masihi / 1447 Hijrah

  • Sabtu, 30hb Ogos 2025
  • 06:00ptg – 12:00mlm
  • Masjid Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang
sambutan ambang merdeka 2025 bunga apisambutan ambang merdeka 2025 bunga api
sambutan ambang merdeka 2025 bunga apisambutan ambang merdeka 2025 bunga api

Jom Tengok Bunga Api Merdeka Malam Ini di Kuantan 188!!

Bunga api Merdeka malam ini akan menyinari langit, dan tempat terbaik untuk menontonnya adalah Kuantan 188!

  • Masa: 11.30 malam
  • Tempat: Kuantan 188

Ajak kawan-kawan, datang sama-sama, dan saksikan keindahan bunga api sempena menyambut kemerdekaan negara kita!

10. Pulau Pinang

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KALI KE 68 PALING MERIAH DI PULAU PINANG TAHUN NI

“Acara Tahunan Palik Rare & Paling Sempoi”

  • Lokasi: Bertam Street Market,Sunshine Bertam, Penang.
  • 28 Ogos 2025 – 31 Ogos 2025, (Khamis – Ahad)
  • Masa: 2 Pm – 12 Am
sambutan ambang merdeka 2025 bunga apisambutan ambang merdeka 2025 bunga api
sambutan ambang merdeka 2025 bunga apisambutan ambang merdeka 2025 bunga api

Antara Aktiviti Menarik:

  • Konsert InTeam
  • Malam Sejuta Selawat Bersama Ustaz Don Daniyal
  • Himpunan Bani Melayu
  • Merdeka Sarong Day
  • Merdeka Night Fun Run 2025
  • Tembakan Bunga Api
  • Konsert Merdeka Hazama, Ara Johari & Haqiem Rusli
  • Street Food Festival
  • Soopa Doopa, Kereta Api Viral & London Bas Viral

DAN PELBAGAI LAGI AKTIVITI MENARIK…

“Jemput Datang Beramai – Ramai”

11. Negeri Sembilan

Kita gegarkan Stadium Bola Ngoca
@ Perkampungan Budaya Terachi
sempena
Majlis Penutupan KEMBARA MERDEKA AKAR UMBI 2.0 dan Sambutan Ambang Merdeka

Sabtu | 30 Ogos 2025
6.00 petang hingga 12.00 malam
Perkampungan Budaya Terachi

sambutan ambang merdeka 2025 bunga apisambutan ambang merdeka 2025 bunga api

APA YANG MENANTI ANDA?
Persembahan LIVE daripada TOMOK, AZLAN, WARIS & The Penganan Band
Pertunjukan bunga api gempak
Pelbagai gerai menarik: Pasar Malam Budaya, Jualan
Nismilan Prihatin, Jualan Rahmah
Cabutan bertuah (hadiah utama MOTOSIKAL!)
Tema 𝙉𝙊𝙎𝙏𝘼𝙇𝙂𝙄𝘼 𝙕𝘼𝙈𝘼𝙉 50-𝘼𝙉
– datang Terachi pakai retro sikit, baru rare!

Jangan lepaskan peluang meriahkan sambutan merdeka cara orang kampung kita; penuh warna, penuh budaya, penuh kenangan!

Ayuh! Kita hidupkan semangat MERDEKA bersama-sama!

12. Perlis

sambutan ambang merdeka 2025 bunga apisambutan ambang merdeka 2025 bunga api



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru