Permohonan, Semakan Lokasi, Program Ditawarkan


Berita baik buat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila tawaran pendidikan berasaskan kemahiran melalui UP_TVET Perdana Ambilan Januari 2026 telah dibuka menerusi Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS).

Berikut adalah maklumat dan info mengenai institusi pendidikan ini.

Mengenai ILKBS

ILKBS merupakan sebuah pusat pengajian di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Individu warganegara Malaysia yang berkelayakan serta mempunyai minat dalam bidang kemahiran merangkumi sektor perindustrian yang terdapat dalam negara boleh memohon untuk melanjutkan pengajian di sini bagi peringkat Diploma dan Sijil.

Matlamat penubuhan institusi ini adalah seperti berikut:

  • Keutamaan Kepada Belia : Menyediakan peluang latihan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada belia lepasan sekolah mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma dan Diploma Lanjutan
  • Pembangunan Bina Insan : Mengadakan program kepimpinan, kerohanian, dan kenegaraan bagi menerap / membentuk belia yang mempunyai jati diri unggul.
  • Pendedahan Keusahawanan: Memberikan pendedahan keusahawanan dalam bidang kemahiran yang diperolehi.

Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) merangkumi institusi pengajian berikut:

  • Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG)
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)

Konsep Latihan ILKBS

Latihan kemahiran di institusi pendidikan ini terdiri daripada kuliah teori (30%) dan latihan praktikal (70%) iaitu:

i- Pelaksanaan Latihan Kemahiran di ILKBS (60-70%)

  • Teori (30%)
  • Latihan Amali (70%)

ii- Pelaksanaan Latihan Bina Insan di ILKBS (20-30%)

  • Ketatanegaraan
  • Subjek Umum (Keusahawanan, Bahasa Inggeris, Matematik, Teknologi maklumat dan subjek umum teknikal)
  • Kawad
  • Ko-Kurikulum
  • Kerohanian (Pendidikan islam dan moral)
  • Kepimpinan
  • Kemasyarakatan

Senarai Lokasi ILKBS

Berikut merupakan 22 lokasi ILKBS yang merangkumi IKTN/IKBN/AKBG:

  • IKTBN Sepang
  • IKTBN Dusun Tua
  • IKBN Peretak
  • IKBN Kuala Langat
  • IKBN Jitra
  • IKBN Naka
  • IKBN Kuala Perlis
  • IKBN Seri Iskandar
  • IKTBN Temerloh
  • IKBN Pekan
  • IKTBN Bachok
  • IKBN Tanah Merah
  • IKBN Wakaf Tapai
  • IKBN Kemasik
  • IKBN Cehembong
  • IKTBN Alor Gajah
  • IKTBN Pagoh
  • IKBN Bandar Penawar
  • IKTBN Bukit Mertajam
  • IKBN Kinarut
  • IKBN Miri
  • Akademi Kemahiran Belia Gold (AKBG) – KL

Senarai Kursus / Program ILKBS Yang Ditawarkan

program ILKBSprogram ILKBS

Secara umumnya, ILKBS menawarkan program pengajian yang mendapat pengiktirafan berikut:

  • Diploma MQA
  • Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) Tahap 1 hingga 5
  • Persijilan JKKP
  • Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)

Sila rujuk fail PDF di bawah untuk mengetahui senarai program yang ditawarkan oleh ILKBS.

Fail PDF dibawah turut mengandungi maklumat-maklumat lain yang berkaitan antaranya tahap pengajian (Diploma/Sijil), Syarat Kelayakan, Tempoh Pengajian, Lokasi dan sebagainya.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan bagi sesi pengambilan Januari 2026 dibuka mulai 16 Oktober sehingga 16 November 2025.

Kemudahan Yang Disediakan

Kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Elaun diberikan kepada semua pelajar ILKBS.
    – RM100 – Sijil
    – RM200 – Sijil Lanjutan, Diploma & Diploma Lanjutan
    – RM300 – Latihan Industri
  • Asrama dan makan minum disediakan kepada semua pelajar ILKBS.
  • Perpustakaan, kemudahan sukan dan riadah, makmal serta bengkel yang lengkap.
  • Peralatan yang moden dan terkini mengikut keperluan industri.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan ke institusi ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Tamat Tingkatan 5.
  3. Berusia di antara 18 – 30 tahun.
  4. Boleh membaca, menulis dan mengira (3M).
  5. Belum berkahwin/bujang.
  6. Sihat tubuh badan.
  7. Tiada rekod jenayah.

Panduan Permohonan

Bagi anda yang ingin memohon mana-mana program yang ditawarkan di ILKBS, permohonan mestilah dibuat melalui UP_TVET Perdana menerusi pautan

Sila rujuk panduan permohonan di bawah untuk mengetahui cara-cara memohon:

Soalan Lazim

Adakah ILKBS menyediakan asrama untuk pelajar?

Ya, kebanyakan kampus ILKBS menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar.

Adakah saya diberi peluang untuk mengulang jika saya gagal mana-mana subjek dalam peperiksaan akhir?

Ya, pelajar yang mendapat keputusan gagal sesuatu subjek semasa dalam tempoh peperiksaan akhir setiap sesi adalah dibenarkan untuk menduduki Ulang Nilai Peluang (UNP) atas budi bicara Pegawai Pengesah Luaran (PPL) mengikut badan persijilan.

Adakah kursus yang saya pelajari di ILKBS sesuai sekiranya saya berminat menjadi seorang usahawan?

Sesuai. Terdapat subjek umum keusahawanan yang akan diajar pada 3 semester sepanjang pengajian sehingga diploma. Modul keusahawanan digital ini  dibangunkan dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Adakah ILKBS mempunyai kerjasama dengan industri?

Ya, ILKBS mempunyai hubungan yang rapat dengan pelbagai syarikat dan industri untuk memastikan latihan yang diberikan adalah relevan dengan keperluan pasaran kerja.

Pertanyaan & Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai menghadapi masalah semasa pendaftaran atau permohonan kemasukan ataupun ingin membuat sebarang pertanyaan lain yang berkaitan, sila hubungi talian 03-8871 3646 atau emel ke [email protected].

Baca juga: Semakan Keputusan SVM 2025 (Sijil Vokasional Malaysia)



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru