Bintang Di Langit Syawal ialah drama penuh emosi tentang perjalanan seorang anak yatim bernama Syawal dalam mencari kasih dan identiti diri. Dibintangi oleh Adam Lee, Azhar Sulaiman dan Scha Elinnea, drama ini menawarkan kisah penuh misteri, konflik dan kasih sayang yang menyentuh hati.
Untuk artikel kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda serba sedikit info mengenai Bintang Di Langit Syawal yang sedang trending ketika ini.
Sinopsis Bintang Di Langit Syawal
Mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang anak yatim bernama Syawal (Adam Lee), yang sering dihantui kekosongan dan kerinduan terhadap kasih seorang bapa.
Segalanya mula berubah apabila seorang lelaki misteri bernama Latif (Azhar Sulaiman) muncul di rumah kebajikan tempat Syawal dibesarkan, meninggalkan sejumlah wang tanpa sebarang penjelasan.
Lawatan yang sepatutnya dirahsiakan itu akhirnya diketahui oleh Syawal, menimbulkan persoalan dan mendorongnya untuk mencari kebenaran di sebalik identiti lelaki tersebut.
Didorong oleh rasa ingin tahu dan keyakinan bahawa Latif mungkin ayah kandungnya, Syawal nekad melarikan diri dari rumah kebajikan.
Dalam pengembaraannya, dia bertemu Jess (Scha Elinnea) seorang gadis yang menjadi sahabat setia serta sumber kekuatan dalam menempuh kehidupan yang penuh luka dan rahsia.
Namun, pencarian yang disangka akan mempertemukannya dengan kasih seorang bapa akhirnya membawa Syawal ke sisi gelap kehidupan yang menggugat kepercayaannya terhadap makna sebenar sebuah keluarga. Pertemuan yang dinanti-nantikan itu sebaliknya membuka lebih banyak persoalan daripada jawapan.
Kini, persoalan demi persoalan menghantui Syawal. Apakah tujuan sebenar Latif muncul di tempat itu? Mengapa kehidupannya terikat dengan dunia yang penuh kejahatan dan penipuan?
Mungkinkah pertemuan ini akan menjadi sinar yang selama ini Syawal cari atau hanya menambah derita dalam pencarian kasih dan identiti dirinya yang sebenar?

Senarai Pelakon & Lagu Tema
Drama Bintang Di Langit Syawal terbitan Sha’s Media Sdn Bhd diarahkan oleh Bahri Uma. Drama 15 episod ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti berikut:
- Adam Lee sebagai Syawal
- Azhar Sulaiman sebagai Latif
- Scha Elinnea sebagai Jess
- Syahmie Thsaqeef sebagai Andi
- Shalma Eliana sebagai Anis
- Fezrul Khan sebagai Hassan
- Jasmin Hamid sebagai Datin Elyana
- Arash Mohd sebagai Datuk Mahfuz
- Razzuan Rosli sebagai Zaidi
- Alif Ali sebagai Aiman
- Zaidi Omar sebagai Ustaz Fadhil
- Wanie Ooi sebagai Alia
- Taqim Zaki sebagai Ezza
- Ieda Moin sebagai Mak Min
- Azlina Mad Nor sebagai Mak Siti
- Fadhil Hanif sebagai Ghani
- Amirul Faqim sebagai Amirul
- Farhan Yusoff
- Aliff Zulkarnain
LAGU TEMA
- Tajuk : Masih Ada Kau Lagi
- Penyanyi : Shazriq Azeman
- Lirik : Shazriq Azeman & Omar K
LIRIK LAGU
Verse 1
Bukankah kau bilang,
Bilang takkan hilang,
Kerna kau perlu cintaku.
Bukankah kau janji,
Janji takkan pergi,
Tinggalkan ku sendiri.
Pre-Chorus
Masihkah ada rasa di hatimu,
Yang kau beri ku,
Atau ditinggal waktu?
Chorus
Mengapa,
Duniaku dicuri,
Ku tak mengerti,
Derita ini,
Hanya aku sendiri.
Mengapa,
Semuanya terjadi,
Andai kisah ini satu mimpi,
Masih ada kau lagi.
Verse 2
Benarkah kau sedar,
Sedar yang kau ingkar,
Lukakan aku selalu.
Benarkah kau erti,
Erti yang ku perih,
Dihancurkan begini.
(Repeat Pre-Chorus & Chorus)
Bridge
Biar aku simpan,
Segala kenangan kita rasakan.
Biarpun aku yang tersakiti,
Biar ku melangkah pergi mencari,
Takdir yang tersembunyi.
(Repeat Chorus)
Tarikh Tayangan
Drama Bintang Di Langit Syawal telah ditayangkan bermula 23 Oktober 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Samarinda TV3 / Tonton.
Untuk tontonan digital, semua episod boleh distrim secara eksklusif di portal serta aplikasi Tonton Malaysia.
Anda boleh menonton bila-bila masa sama ada secara live atau ulangan. Klip highlight dan episod pendek juga tersedia di saluran rasmi YouTube Drama Sangat dan TV3.
EPISOD 1
Maklumat Lanjut
Info lanjut mengenai update terkini drama TV3 Bintang Di Langit Syawal , sila ikuti saluran berikut:
Jangan lupa saksikan setiap episod Bintang Di Langit Syawal untuk mengetahui pengakhiran kisah Syawal, Latif dan Jess. Selamat menonton!
Baca juga:
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru