Rancangan realiti nyanyian paling berprestij, Gegar Vaganza Musim 2025 (GV12), kembali dengan barisan bintang legenda era ’80-an hingga 2000-an. Berkonsepkan “GV-Verse”, musim ini menampilkan persembahan hebat, komen juri menarik, serta persaingan sengit setiap minggu.
Ikuti markah mingguan dan sorotan persembahan terbaik (LIVE) ketika para peserta berentap merebut gelaran juara sambil menghidupkan semula keindahan muzik tanah air.
Pengenalan
Gegar Vaganza (GV) ialah sebuah rancangan realiti nyanyian popular di Malaysia yang memberi peluang kedua kepada penyanyi-penyanyi lama untuk kembali ke pentas hiburan. Sejak mula disiarkan oleh Astro Ria pada tahun 2014, program ini telah mencetuskan fenomena tersendiri dalam kalangan peminat muzik tempatan.
Ia bukan sekadar pertandingan nyanyian, tetapi juga satu platform yang mengangkat martabat penyanyi-penyanyi berpengalaman dengan memberi penghormatan dan ruang untuk menonjolkan bakat serta pengalaman mereka kepada generasi baharu.
Setiap musim, Gegar Vaganza tampil dengan konsep tersendiri bagi menambah warna dalam dunia hiburan tempatan.
Bagi tahun ini, rancangan realiti nombor satu negara itu kembali dengan Gegar Vaganza Musim ke-12 (GV12), yang meraikan bintang-bintang legenda dari era ’80-an hingga 2000-an dengan sentuhan segar dan penuh gaya.
Menariknya, musim kali ini memperkenalkan konsep eksklusif “GV-Verse”, iaitu sebuah dimensi unik yang diinspirasikan daripada aura dan keunikan para bintang GV12.
Setiap peserta memiliki kelebihan tersendiri yang terus bersinar hingga ke hari ini, menjadikan GV12 bukan sekadar pertandingan, tetapi juga perayaan kehebatan dan warisan muzik Malaysia dalam era moden.
Senarai Peserta Gegar Vaganza 2025 (GV 12)
Berikut adalah 13 peserta yang bakal bertanding dalam Gegar Vaganza 2025 :
- Dato Elaine Kang
- Freshies
- Iskandar Ismail
- Korie
- Krisya
- Mark Adam
- Mell Sakura
- Mendua
- Nubhan
- Rahmat Ekamatra
- Ruri Repvblik
- Shae
- Shy8

























Format Pertandingan Gegarvaganza (GV 2025)
Setiap minggu, para peserta perlu mempersembahkan lagu mengikut tema yang telah ditetapkan. Persembahan mereka akan dinilai oleh barisan juri tetap dan juri jemputan yang terdiri daripada penyanyi, komposer serta pengarah muzik terkenal.
Markah akan dikumpulkan pada setiap minggu, dan peserta yang memperoleh skor paling rendah akan disingkirkan sehingga tinggal seorang peserta yang dinobatkan sebagai juara.
Tema Lagu
Setiap minggu, peserta akan diberikan tema tertentu seperti “Lagu Idola,” “Lagu Cinta,” atau “Lagu Rock,” yang menguji kebolehan mereka dalam pelbagai genre muzik dan memberi kepelbagaian kepada persembahan mereka.
Hadiah dan Pengiktirafan
Pemenang GV akan menerima hadiah wang tunai, trofi, dan pelbagai peluang kerjaya, termasuk undangan untuk menyanyi di konsert dan acara hiburan besar di Malaysia.
Juara gegar vaganza akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.
Barisan Juri & Pengacara GV 2025
Barisan juri masih diketuai Dato’ Ramli MS yang akan didampingi Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang.
Musim ini juga menampilkan gandingan pengacara kegemaran ramai, iaitu Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Senarai Juara Gegar Vaganza Musim 1 – 11
- Musim 1 (Ayai Illusi)
- Musim 2 (Siti Nordiana)
- Musim 3 (Azharina)
- Musim 4 (Aishah)
- Musim 5 (Noryn Aziz)
- Musim 6 (Hady Mirza & Naqiu)
- Musim 7 (Cliff Umar)
- Musim 8 (Aliff Aziz)
- Musim 9 (Jaclyn Victor)
- Musim 10 (Jaclyn Victor)
- Musim 11 (Liza Aziz)
Siaran Langsung (LIVE) Konsert Gegar Vaganza 2025
Anda boleh saksikan Siaran Langsung (LIVE) Konsert Gegar Vaganza 2025 pada MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam.
Anda juga boleh tonton secara langsung di saluran Astro Ria (Saluran 104) atau strim menerusi Astro GO, dan Sooka untuk fleksibiliti tontonan.
Pautan Youtube LIVE Gegar Vaganza 2024 (GV 12) :
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim (FAQ) GV 12
Gegar Vaganza 2025 / GV12 dijadualkan bermula 2 November 2025, setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria (saluran 104) dan juga secara dalam talian melalui platform yang disediakan.
Sherry Alhadad dan Nabil Ahmad kekal sebagai hos GV selama 12 tahun berturut-turut.
Barisan juri tetap terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Menampilkan sekitar 13 pesertadaripada Malaysia, Indonesia dan Singapura—solo dan kumpulan.
Penilaian 100% oleh juri profesional dan setiap minggu melibatkan penyingkiran peserta yang markah terendah. (Ini adalah format asas yang hampir sama seperti musim-sebelumnya)
Konsep “GV-Verse” memberi penekanan kepada revival legasi penyanyi dan kolaborasi serantau.
SENARAI PESERTA GEGAR VAGANZA 12 (RASMI)
Krisya – Malaysia
Mell Sakura Band – Malaysia
Iskandar Ismail – Singapura
Usop Wilcha / Shy8 – Malaysia
Shae – Indonesia
Korie – Malaysia
Nubhan – Malaysia
Freshies (Ejie & Shima) – Malaysia
Mendua (Diana, Pungky & Sasha) – Indonesia
Mark Adam – Malaysia
Dato Elaine Kang – Malaysia
Ruri Republik – Indonesia
Rahmat Ekamatra – Malaysia
Umumnya, GV menjemput penyanyi yang sudah pernah aktif dalam industri dan ingin membuat “comeback” atau menonjolkan kembali bakat mereka. Tidak terbuka kepada pemula mutlak seperti dalam pertandingan nyanyian remaja biasa.
Anda boleh menonton secara langsung di Astro Ria setiap Ahad jam 9 malam. Untuk tonton semula atau On-Demand, boleh melalui platform seperti Astro GO atau Sooka (bergantung pakej Astro anda).
Baca juga:
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru