Bukan Sekadar Putih? Fakta Warna Kain Jenazah di Masjidil Haram


Ramai beranggapan kain jenazah di Masjidil Haram hanya berwarna putih, namun hakikatnya terdapat beberapa warna berbeza yang digunakan, masing-masing dengan fungsi dan maksud tertentu.

Perbezaan warna ini bukan berkaitan hukum ibadah, sebaliknya merupakan sebahagian daripada sistem pengurusan jenazah yang tersusun dan efisien di Masjidil Haram.

Apa itu Kain Penutup Jenazah

Kain penutup jenazah ialah kain khas yang digunakan untuk menutupi jenazah selepas selesai proses pemandian dan pengurusan jenazah sebelum dibawa ke solat jenazah atau pengebumian.

Di Masjidil Haram, kain penutup jenazah ini mempunyai warna yang berbeza-beza, dan setiap warna membawa maksud tertentu berdasarkan sistem pengurusan yang ditetapkan.

Namun, penting untuk difahami bahawa kain penutup jenazah bukanlah kain kafan. Kain kafan merupakan kain putih yang digunakan untuk mengkafankan jenazah mengikut syariat Islam, manakala kain penutup jenazah hanyalah lapisan luar yang berfungsi untuk menutup dan melindungi jenazah setelah proses pengurusan asas selesai dilakukan oleh pihak yang terlibat.

Perbezaan warna kain penutup jenazah ini tidak berkaitan dengan hukum agama atau amalan ibadah, sebaliknya digunakan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan. Warna kain boleh berbeza mengikut lokasi, kemudahan serta pihak yang menguruskan pemandian jenazah, termasuk pengurusan oleh hospital atau pihak berkuasa tertentu.

Selain warna, perbezaan yang paling ketara dapat dilihat pada struktur kain penutup jenazah.

Jenazah kanak-kanak kebiasaannya menggunakan kain penutup yang mempunyai bumbung, bertujuan memberi perlindungan tambahan serta memudahkan pengecaman. Manakala jenazah dewasa pula lazimnya menggunakan kain penutup tanpa bumbung.

Jenis Warna Warna Kain Jenazah Masjidil Haram

Pengurusan jenazah di Masjidil Haram dilaksanakan secara tersusun dan profesional. Salah satu kaedah pengecaman yang digunakan ialah warna kain jenazah yang berfungsi untuk membezakan kategori jenazah dengan cepat dan teratur.

Secara keseluruhan, terdapat enam warna utama yang digunakan, masing-masin membawa maksud tertentu.

1. Putih

Kain penutup berwarna putih digunakan untuk jenazah yang meninggal dunia dalam keadaan ihram.

Warna putih melambangkan kesucian dan kepatuhan kepada ibadah, selari dengan keadaan ihram yang menuntut kebersihan fizikal dan spiritual. Jenazah dalam ihram juga mempunyai kaedah pengurusan khusus mengikut hukum Islam.

2. Coklat

Warna coklat digunakan bagi jenazah lelaki dewasa. Penggunaan warna ini membantu pihak pengurusan dan petugas masjid mengenal pasti kategori jenazah dengan mudah, terutama ketika proses pengurusan yang melibatkan jumlah jenazah yang ramai.

3. Hitam

Kain penutup berwarna hitam dikhaskan untuk jenazah perempuan dewasa. Perbezaan warna ini bukan bersifat simbolik dari sudut hukum, tetapi lebih kepada sistem pentadbiran dan pengurusan bagi memastikan kelancaran proses pengebumian.

4. Hijau dan Berbumbung

Bagi jenazah kanak-kanak, kain penutup berwarna hijau digunakan dan biasanya disertakan dengan struktur berbumbung.

Ini bertujuan memberi perlindungan tambahan serta menandakan dengan jelas kategori usia jenazah tersebut. Warna hijau sering dikaitkan dengan kelembutan dan ketenangan.

5. Biru

Warna biru digunakan untuk jenazah yang diuruskan oleh pihak hospital, khususnya melibatkan kematian di fasiliti kesihatan sekitar Makkah.

Warna ini memudahkan koordinasi antara pihak hospital dan pengurusan Masjidil Haram.

6. Kuning

Kain penutup berwarna kuning dikhaskan untuk jenazah individu berstatus khas, seperti pemimpin, tokoh penting atau individu tertentu.

Penggunaan warna ini membantu pengecaman segera serta memastikan pengurusan yang lebih teratur mengikut protokol khas.

Warna Kain Jenazah Masjidil Haram

Kelebihan Meninggal Dunia di Tanah Suci

Tidak dapat dinafikan bahawa Tanah Suci Makkah dan Madinah mempunyai kelebihan yang besar berbanding tempat lain. Kedua-dua kota ini menyimpan sejarah agung Rasulullah SAW, menjadi saksi kebangkitan Islam serta pusat penyebaran dakwah yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Keistimewaan Tanah Suci bukan sahaja terletak pada ibadah yang dilaksanakan di sana, malah turut merangkumi kelebihan bagi mereka yang meninggal dunia di bumi yang mulia ini.

Terdapat riwayat yang menunjukkan bahawa Rasulullah SAW memuji mereka yang meninggal dunia di Tanah Suci, khususnya di Madinah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Sekiranya terdapat dalam kalangan kamu yang terpilih meninggal dunia di Madinah, maka bergembiralah. Sesungguhnya sesiapa yang terpilih untuk mati di Madinah, aku akan menjadi saksi dan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat kelak.”
(Riwayat al-Tabrani: Hasan Sahih)

Hadis ini secara jelas menunjukkan bahawa terdapat kelebihan dan kemuliaan bagi mereka yang meninggal dunia di Tanah Suci seperti Madinah dan Makkah. Namun begitu, galakan ini tidak boleh disalah tafsir sehingga mendorong perbuatan terlarang seperti membunuh diri semata-mata ingin mati di sana.

Menurut penjelasan al-Tabrani, kematian yang dimaksudkan oleh Nabi SAW ialah kematian yang tidak dirancang atau disengajakan, sebaliknya berlaku kerana sakit, musibah, kemalangan atau sebab-sebab semula jadi yang diizinkan Allah.

Berhubung persoalan sama ada dibenarkan untuk berdoa agar pengakhiran hidup di Tanah Suci, para ulama menjelaskan bahawa ia dibolehkan. Umat Islam digalakkan berdoa agar dikurniakan husnul khatimah dan jika diizinkan Allah, meninggal dunia di Tanah Suci sama ada ketika mengerjakan umrah atau haji.

Hal ini dapat dilihat melalui doa Saidina Umar bin al-Khattab RA yang bermaksud:

“Ya Allah, kurniakanlah kepadaku syahid di jalan-Mu dan jadikanlah kematianku di negeri Rasul-Mu SAW.”
(Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan doa ini, Imam Nawawi berpendapat bahawa memohon agar dimatikan di tempat yang mulia adalah sesuatu yang digalakkan, malah ia termasuk dalam amalan dan sunah Khulafa al-Rasyidin.

1. MAKSUD KELEBIHAN MENINGGAL DI MADINAH – MUFTI MENK

Kredit: Ustaz Azhar Idrus Official

2. ADAKAH KITA TERLEPAS SEKSAAN KUBUR JIKA MATI DI MEKAH – USTAZ AZHAR IDRUS

Kredit: Ustaz Azhar Idrus Official

Semoga perkongsian ini dapat menambah kefahaman anda tentang pengurusan jenazah, khususnya berkaitan proses pengkafanan.

Bagi mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam, anda juga disarankan untuk menghadiri kursus pengurusan jenazah atau mendapatkan panduan daripada ahli agama serta pengurus jenazah yang berpengalaman.

Baca juga:


News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Cek Ongkir Cargo
Download Film