Kementerian Pendidikan (KPM) Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa graduan (Bukan Pendidikan) yang berkelayakan untuk memohon sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (CoS) di Sekolah Rendah yang boleh dipohon menerusi
Pengambilan ini akan menyaksikan sebanyak 20,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau guru gred DG9 baharu bagi memenuhi keperluan guru di sekolah-sekolah seluruh negara.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai pengambilan ini.

Pengenalan Pengambilan Guru Gred DG9
Pengambilan 20,000 guru tersebut merupakan inisiatif pengambilan guru besar-besaran itu sebagai persiapan awal Kementerian Pendidikan (KPM) bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 selain menyokong kemasukan kanak-kanak enam tahun ke tahun satu secara sukarela tahun 2027.
Ini bagi memastikan keperluan tenaga pengajar yang mencukupi serta meningkatkan mutu pendidikan negara.
Bagi calon yang terpilih, mereka akan diwajibkan menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan sebelum ditempatkan di sekolah.


Taraf Perjawatan
Taraf perjawatan bagi mereka yang terpilih adalah secara Contract of Service (CoS).
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan akan dibuka pada 2-20 Mac 2026 menerusi laman web SPP iaitu
Hanya calon layak akan dipanggil UKCG & temu duga dan calon berjaya WAJIB mengikuti latihan perguruan di IPG (pembiayaan sendiri) dalam tempoh kontrak.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Kepujian Bahasa Melayu SPM/SVM
- Graduan bukan bidang pendidikan
Cara Mendaftar SPP
Untuk mendaftar mySPP bagi tujuan memohon jawatan ini, sila ikuti langkah berikut:
- Layari laman web rasmi mySPP melalui pautan
- Klik pada ‘Daftar Akaun Baharu’
- Sila pastikan semua medan bertanda * diisi.
- Klik butang ‘Daftar’.
- Kemudian, penghantaran pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.
- Log masuk ke Portal mySPP menggunakan MyID dan kata laluan yang didaftarkan.


Tarikh-Tarikh Penting
Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:
| Perkara | Tarikh |
| Hebahan Panggilan Guru | 23 Februari 2026 |
| Permohonan Dibuka | 2-20 Mac 2026 |
| Proses Saringan Temu Duga | 27 April – 14 Mei 2026 |
Soalan Lazim
DG9 secara Contract of Service.
Graduan selain ijazah pendidikan yang dilantik secara kontrak dan akan mengikuti program pengajian perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG).
Diploma Pascasiswazah Pendidikan Sekolah Rendah.
2 hingga 20 Mac 2026.
Syarat Umum:
• Warganegara Malaysia;
• Sihat tubuh badan;
• Aktif kokurikulum pada peringkat universiti;
• Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan; dan
• Memiliki BMI semasa tidak melebihi 32.5.
Syarat Akademik:
• Memiliki ijazah sarjana muda dari mana-mana universiti awam atau swasta atau luar negara yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
• Pencapaian PNGK sekurang-kurangnya 2.50; dan
• Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
• Portal permohonan boleh dilayari melalui pautan berikut:
https://mypdpp.moe.gov.my pada tarikh yang ditetapkan.
• Calon akan diberi tarikh menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) setelah lengkap mengisi permohonan secara dalam talian.
• UKCG akan dilaksanakan secara dalam talian.
• Semakan panggilan temu duga akan dimaklumkan pada 22 April 2026.
• Calon yang berjaya akan dipanggil untuk menghadiri temu duga secara bersemuka.
• Saringan kesihatan perlu dimuat naik pada pautan yang ditetapkan sebelum 30 Mei 2026.
Pengajian akan dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan yang ditetapkan di seluruh Malaysia.
Tempoh pengajian adalah selama satu tahun.
• Interaksi bersemuka dijalankan pada hujung minggu dan cuti sekolah.
• Interaksi dalam talian dilaksanakan sepanjang minggu pengajian.
Calon dalam kategori berikut TIDAK LAYAK memohon:
• Graduan Pendidikan termasuk individu yang sedang mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI) atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP);
• Guru Lantikan Kontrak Interim (LKI);
• Guru Kontrak (Lantikan SPP);
• Calon yang pernah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam; dan
• Seorang bankrap dan belum dilepaskan.
Ya. Pengambilan adalah bagi memenuhi keperluan guru sekolah rendah di seluruh negara.
KPM:
• Mengurus dan melaksanakan proses temuduga serta latihan perguruan melalui IPGM.
SPP:
• Mengurus pengambilan dan pelantikan guru baharu.
Ya. Peluang sentiasa terbuka untuk calon simpanan dan graduan bidang pendidikan menjadi guru. KPM dan SPP sentiasa bekerjasama erat untuk melaksanakan pengambilan guru dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan pendidikan negara.












Info Lanjut
Info lanjut mengenai pengambilan guru ini, sila rujuk pautan berikut:
Baca juga: Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2027 KPM (idme.moe.gov.my)
News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Cek Ongkir Cargo
Download Film