Oppo Malaysia secara rasmi melancarkan telefon pintar lipat terbaharunya, Oppo Find N6, yang hadir dengan inovasi skrin hampir tanpa kesan lipatan dan sistem kamera Hasselblad 200MP yang ditawarkan pada harga RM8,699 di pasaran tempatan.
Sebagai penerus kepada legasi Find N5, peranti ini bukan sahaja membawa peningkatan ketara dari segi reka bentuk dan ketahanan, malah turut memperkenalkan pelbagai ciri kecerdasan buatan (AI) baharu yang direka untuk memaksimumkan produktiviti pengguna dalam format skrin lipat.
Dengan harga yang kompetitif dalam pasaran premium, Find N6 bersedia untuk mencabar dominasi pesaing lain.
Rekabentuk

Oppo Find N6 menonjol dengan reka bentuk yang sangat halus dan premium. Ketika dilipat, peranti ini hanya setebal 8.93 milimeter dan apabila dibuka, ia menjadi sangat nipis iaitu 4.2 milimeter, dengan berat sekitar 225 gram sahaja.
Rangkanya diperbuat daripada aluminium siri 7000 dan engsel titanium gred tinggi yang bukan sahaja kukuh malah menjadikan peranti ini terasa ringkas di tangan.
Engsel baharu 2nd Generation Titanium Flexion Hinge ini juga telah diuji mampu bertahan sehingga 600,000 kali lipatan, memastikan ketahanan jangka panjang.
Dari segi ketahanan terhadap elemen luaran, Find N6 dilengkapi dengan pensijilan IP56, IP58, dan IP59, bermakna ia bukan sahaja tahan percikan air tetapi juga tahan terhadap semburan air bertekanan tinggi.
Salah satu ciri reka bentuk paling mengagumkan pada Oppo Find N6 adalah skrinnya yang memaparkan teknologi “Zero-Feel Crease”.
Melalui penggunaan teknik pencetakan 3D pada engsel dan Auto-Smoothing Flex Glass, Oppo berjaya mengurangkan kedalaman lipatan pada skrin dalam sehingga 82% berbanding generasi sebelumnya.
Hasilnya, lipatan di bahagian tengah skrin hampir tidak dapat dilihat atau dirasai, memberikan pengalaman visual yang lebih mengasyikkan ketika menonton video atau membaca.
Spesifikasi


Pengalaman visual pada Oppo Find N6 dijana oleh dua skrin AMOLED berkualiti tinggi. Skrin luar bersaiz 6.62 inci dengan resolusi 2,616 x 1,140 piksel dan bezel simetri yang sangat nipis manakala skrin dalam yang boleh dilipat bersaiz besar 8.12 inci dengan resolusi 2,480 x 2,248 piksel.
Kedua-dua skrin menyokong kadar segar semula adaptif LTPO 120Hz dan kecerahan puncak 1,800 nits, dengan skrin dalam mampu mencapai sehingga 2,500 nits untuk kandungan HDR.
Sokongan HDR10+, Dolby Vision dan PWM dimming 2,160Hz turut disertakan untuk memastikan warna tepat dan keselesaan mata walaupun penggunaan berpanjangan.
Di bawah kulitnya, Oppo Find N6 dikuasakan oleh cip terkini Snapdragon 8 Elite Gen 5, yang dipadankan dengan RAM sebesar 16GB LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.1.
Konfigurasi ini memastikan prestasi lancar untuk pelbagai tugasan berat, termasuk permainan, penyuntingan video dan multitasking.
Bateri silikon-karbon berkapasiti 6,000mAh pula membolehkan peranti bertahan sepanjang hari dan ia menyokong pengecasan pantas 80W serta pengecasan tanpa wayar 50W AirVOOC, memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk mengecas dengan pelbagai cara.
Afrtikel bekaitan: Poco X8 Pro & X8 Pro Max – Spesifikasi, Rekabentuk, Harga
Kamera dan Fotografi


Bagi penggemar fotografi, sistem kamera yang ditala oleh Hasselblad menjadi daya tarikan utama Oppo Find N6.
Ia dilengkapi tiga kamera belakang iaitu kamera utama 200MP, kamera ultra lebar 50MP dan kamera telefoto periskop 50MP dengan zum optik 3x dan keupayaan tele-makro.
Kedua-dua kamera swafoto (di skrin luar dan dalam) menggunakan sensor 20MP.
Dengan kerjasama Hasselblad, pengguna dapat menikmati mod potret dengan bokeh natural, mod Master untuk kawalan manual, dan mod XPAN ikonik untuk tangkapan panorama sinematik.
Semua kamera belakang juga menyokong rakaman video 4K 60fps Dolby Vision malah kamera utama mampu merakam sehingga 4K 120fps, menjadikannya alat yang sangat berkuasa untuk pencipta kandungan.
Varian dan Harga


Pengguna boleh memilih dua pilihan warna elegan iaitu Stellar Titanium yang memberi rona logam moden dan Blossom Orange dengan aksen emas pada engsel yang mewah.
Di Malaysia, Oppo Find N6 hanya ditawarkan dalam satu varian memori iaitu 16GB RAM dengan storan 512GB dan harga jualan rasmi untuk varian ini ditetapkan pada RM8,699.
Walaupun terdapat sedikit peningkatan harga berbanding pendahulunya, Oppo menawarkan tawaran pratempahan yang sangat menarik bagi mereka yang berminat.
Tempahan untuk Oppo Find N6 telah dibuka bermula 9 Mac sehingga 19 Mac 2026 manakala jualan umum akan bermula pada 20 Mac 2026.
Pembeli yang membuat tempahan awal berpeluang menerima hadiah bernilai sehingga RM2,297, yang merangkumi pilihan antara jam pintar Oppo Watch S, robot vakum LeFant M320 dan sudah tentu kit Oppo AI Pen.
Kit AI Pen ini bernilai RM599 dan merupakan aksesori penting untuk melancarkan ciri produktiviti peranti.
Tempahan boleh dilakukan melalui pelbagai saluran rasmi termasuk laman web Oppo, kedai fizikal Oppo Space, dan stor rasmi di platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, dan TikTok Shop.
Untuk maklumatlanjut, layari laman web OPPO Malaysia.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.