Jangan Picit Jerawat di Hidung! Ini adalah satu amaran penting untuk menggelakkan kesan kesihatan yang buruk berlaku. Anda boleh layari Public Health Malaysia untuk bacaan lanjut dan mengetahui lebih banyak info kesihatan.
Tidak dinafikan, keinginan untuk memicit jerawat pasti membuak-buak namun tindakan tersebut boleh membawa kesan yang jauh lebih buruk daripada sekadar parut hitam.
Jadi, apa kesan bila kita picit jerawat di wajah? Kalau nak tahu, jom baca perkongsian di bawah.
Segitiga Maut di Wajah
Dalam dunia perubatan, kawasan hidung dan sekitarnya dikenali sebagai “The Triangle of Death” atau Segitiga Maut.
Ia merangkumi kawasan bermula dari pangkal hidung (di antara kening) sehinggalah ke sudut mulut. Kawasan ini dianggap sangat kritikal kerana struktur saluran darahnya yang unik.

Berbeza dengan bahagian badan yang lain, urat (vena) di kawasan inibersambung TERUS ke bahagian dasar otak yang dipanggil ‘Cavernous Sinus’; sebuah ruang besar di dasar otak yang menampung saraf-saraf penting.
Lebih menakutkan, salur darah di sini tiada “injap” (valveless). Ini bermakna, jika anda picit jerawat dan kuman masuk ke dalam salur darah, kuman itu boleh mengalir laju terus ke otak tanpa sebarang halangan dan menyebabkan jangkitan kuman.


Apabila terkena jangkitan kuman, ia boleh menyebabkan:
- Cavernous Sinus Thrombosis (Darah beku di selaput otak).
- Masalah Penglihatan (Buta) atau Strok.
- Meningitis (Radang otak).
- Abses Otak (Nanah dalam otak).
Ingat tau, kalau ada jerawat di kawasan segitiga ni:
❌ JANGAN picit.
❌ JANGAN cabut bulu hidung secara kasar (ini juga laluan kuman).
✅ Guna ‘acne patch’ atau ubat jerawat.
Risiko Picit Jerawat di Hidung
1. Risiko Jangkitan ke Otak
Apabila memicit jerawat di hidung atau kawasan segitiga maut tersebut, anda sebenarnya berisiko ‘menolak’ bakteria dan nanah masuk lebih dalam ke dalam kulit.
Disebabkan saluran darah di kawasan hidung tidak mempunyai “injap” (valve) sehala, jangkitan tersebut boleh mengalir ke arah belakang dan masuk ke dalam ruang otak.
Ini boleh menyebabkan komplikasi maut seperti Meningitis (radang selaput otak).
2. Trombosis Sinus Kavernosus (CST)
Ini adalah komplikasi yang paling ditakuti. Jangkitan daripada jerawat boleh menyebabkan terbentuknya gumpalan darah di Sinus Kavernosus.
Keadaan ini sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan strok, kehilangan penglihatan, malah kematian jika tidak dirawat dengan segera.
3. Parut Kekal yang Sukar Hilang
Kulit di bahagian hidung cenderung lebih nipis. Memaksa jerawat pecah akan merosakkan tisu kulit secara mendalam, meninggalkan parut berlubang atau bintik hitam (hiperpigmentasi) yang sangat sukar untuk dipulihkan.


Tindakan
Jika anda sudah terlanjur memicit jerawat di hidung dan mengalami simptom berikut, segera dapatkan rawatan kecemasan:
- Demam tinggi secara tiba-tiba.
- Sakit kepala yang sangat kuat.
- Bengkak yang meluas di sekitar mata atau kemerahan yang merebak cepat.
- Penglihatan menjadi kabur atau mata sukar digerakkan.
Cara Hilangkan Jerawat Di Hidung Dengan Selamat
Anda boleh cuba cara di bawah untuk merawat dan menghilangkan jerawat di hidung dan kawasan segitiga maut tersebut:
- Tuam Hangat: Gunakan kain bersih dan air suam selama 10 minit untuk membantu jerawat “masak” dan pecah secara semula jadi.
- Picit Jerawat (Acne Patch): Gunakan pelekat jerawat untuk menyerap kotoran tanpa perlu menyentuh kulit dengan jari.
- Gunakan Krim Rawatan: Sapukan krim yang mengandungi Salicylic Acid atau Benzoyl Peroxide untuk membunuh bakteria.
Maklumat Lanjut
Untuk dapatkan info terkini mengenai kesihatan, anda boleh ikuti Facebook rasmi Public Health Malaysia.
Soalan Lazim Jangan Picit Jerawat di Hidung
Ya, secara teori ia boleh berlaku. Walaupun jarang, jangkitan kuman daripada jerawat di kawasan “Segitiga Kematian” boleh bergerak melalui saluran darah terus ke otak, menyebabkan komplikasi serius seperti radang selaput otak atau gumpalan darah beku yang boleh membawa maut.
Biasanya, jerawat akan sembuh dalam masa 3 hingga 7 hari bergantung kepada jenisnya. Menggunakan acne patch atau krim jerawat boleh mempercepatkan proses ini tanpa merosakkan tisu kulit.
Memicit bintik hitam secara kasar juga berisiko menyebabkan luka dan jangkitan kuman. Sebaik-baiknya, gunakan kaedah double cleansing atau produk berasaskan Salicylic Acid (BHA) untuk melarutkan bintik hitam secara selamat.
Segitiga ini terbentuk bermula dari titik di antara dua kening (pangkal hidung), turun ke kedua-dua belah tepi hidung, dan berakhir di sudut mulut. Ringkasnya, ia merangkumi keseluruhan hidung dan kawasan bibir atas.
Nama ini diberikan kerana keunikan sistem saluran darahnya. Di kawasan ini, urat (vena) bersambung secara terus ke Sinus Kavernosus (saluran darah besar di bawah otak). Jika jangkitan berlaku di sini, bakteria boleh “berenang” masuk ke otak dengan sangat cepat tanpa sebarang halangan.
Ya, sangat berbahaya. Mencabut bulu hidung hingga ke akarnya boleh menyebabkan luka kecil (mikro) di dalam liang bulu. Bakteria boleh masuk melalui luka tersebut dan menyebabkan jangkitan yang merebak ke otak melalui laluan saraf yang sama dalam Segitiga Maut. Sebaik-baiknya, gunakan gunting khas untuk merapikan bulu hidung.
News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Cek Ongkir Cargo
Download Film