Bermula 1 Julai 2025 (Selasa), setiap bank di Malaysia akan mengenakan cukai sebanyak lapan (8) peratus bagi perkhidmatan-perkhidmatan tertentu.
Untuk mengetahui lebi lanjut tentang perkara ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu Cukai Bank?
Cukai merupakan bayaran wajib yang dikenakan oleh kerajaan ke atas individu atau syarikat untuk membiayai perbelanjaan awam dan menjalankan tugas-tugas pemerintahan.
Cukai ini dikutip berdasarkan undang-undang dan tidak memberikan balasan langsung kepada pembayar, tetapi digunakan untuk membiayai perkhidmatan dan pembangunan negara secara keseluruhan.
Mulai 1 Julai 2025, semua bank di Malaysia akan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus (8%) ke atas perkhidmatan kewangan tertentu yang berasaskan yuran dan komisen.
Perkara ini merupakan sebahagian daripada peluasan skop cukai perkhidmatan yang telah diumumkan kerajaan sewaktu belanjawan 2025 yang lepas, untuk memperkukuh pendapatan negara dan menyokong konsolidasi fiskal jangka sederhana.

Perkhidmatan Terlibat
Cukai 8% ini akan dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan yang berasaskan yuran dan komisen, antaranya:
- Pemindahan dana rentas sempadan.
- Transaksi pelaburan.
- Pengeluaran laporan khas.
- Perkhidmatan nasihat tertentu.
- Yuran perkhidmatan arranger/facility agent, yuran agensi, dan caj pentadbiran dalam pasaran hutang
Baca juga: Senarai Barang Asas yang Tak Dikenakan Cukai Jualan [TERKINI]
Perkhidmatan Terkecuali
Namun seperti yang dijelaskan di bahagian sebelum ini, bukan semua perkhidmatan akan dikenakan cukai sebanyak 8% tersebut. Berikut merupakan perkhidmatan yang mendapat pengecualian cukai:
- Perkhidmatan asas akaun simpanan dan akaun semasa, termasuk untuk perbankan konvensional dan Islam, seperti:
- Urus niaga pasaran modal seperti keuntungan pertukaran asing
- Yuran penalti dan caj tertentu, contohnya:
- Caj penalti
- Kiriman wang keluar
- Caj pemindahan masuk kepada ejen kiriman wang asing
- Pembiayaan berkaitan eksport
- Pembrokeran atau penaja jamin insurans hayat, perubatan, keluarga atau takaful
- Transaksi perniagaan-ke-perniagaan (B2B)
- Perkhidmatan patuh syariah untuk Bursa Malaysia dan Labuan
- Yuran kad kredit yang sedia ada dikenakan cukai SST RM25 tanpa tambahan cukai perkhidmatan baru
Pengecualian ini bertujuan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah tidak terbeban dan mengelakkan kesan berganda ke atas harga pengguna.






Sumber: Mingguan Wanita
.
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru