Senarai Barang SST 2025: Apa Yang Dikenakan dan Dikecualikan Cukai


Senarai Barang SST merujuk kepada barangan dan perkhidmatan yang tertakluk di bawah sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan semula oleh kerajaan Malaysia bagi menggantikan GST.

Bermula 1 Julai 2025, peluasan asas percukaian SST akan dilaksanakan secara berperingkat dengan penekanan agar tidak membebankan rakyat.

Dalam pelaksanaan ini, kerajaan mengekalkan pengecualian cukai ke atas barangan keperluan harian seperti makanan asas bagi memastikan harga kekal mampu milik.

Artikel ini akan menyediakan senarai barang SST yang termasuk dan tidak termasuk dalam cukai, agar pengguna lebih faham dan bersedia dengan perubahan yang bakal dilaksanakan.

Baca juga: Senarai Barang Asas yang Tak Dikenakan Cukai Jualan [TERKINI]

Penjelasan Peluasan Asas Percukaian SST Mulai Julai 2025

Peluasan Asas Percukaian SST yang akan bermula pada 1 Julai 2025 dilaksanakan secara progresif dan dirancang dengan teliti agar tidak membebankan rakyat.

Dalam pelaksanaan ini, kerajaan memastikan bahawa barang keperluan harian seperti makanan asas tidak akan dikenakan cukai, sekali gus menjamin harga barangan asas kekal mampu milik dan mudah diakses oleh semua golongan.

Langkah ini merupakan satu inisiatif kerajaan untuk menambah hasil negara tanpa mengorbankan kesejahteraan rakyat, selaras dengan komitmen untuk menjaga kestabilan ekonomi dan kebajikan masyarakat.

Senarai Barang SSTSenarai Barang SST

Senarai Barang SST dan Kadar Cukai

Berikut adalah senarai barang SST dan kadar cukai yang telah ditetapkan oleh kerajaan:

1. Barangan Berkadar 0%

    Jenis Barang Contoh Barang
    Barang belum diproses Daging ayam
    Daging itik
    Daging lembu
    Daging kambing
    Daging ayam belanda
    Ikan keli / tilapia / tongkol
    Ikan bilis
    Telur ayam / itik / puyuh
    Ubi kentang
    Tomato
    Kobis
    Timun
    Kerang
    Tilapia
    Udang
    Sotong
    Sayur dan buah-buahan tempatan
    Beras
    Barli
    Bawang
    Kelapa muda
    Kelapa tua
    Biji kopi
    Teh
    Lada hitam
    Rempah ratus
    Halia
    Gandum
    Buah epal
    Oren
    Limau mandarin
    Kurma
    Barang telah diproses Tepung gandum / tepung beras / tepung sagu
    Beras
    Biji jagung
    Sardin dalam tin
    Susu segar
    Oat
    Gandum
    Gula
    Garam
    Roti putih
    Pasta
    Bihun
    Mi segera
    Susu (Milo, Vico, Nestum)
    Minyak masak
    Barang-barang lain Ubat dan peranti perubatan
    Buku/surat khabar
    Makanan ternakan
    Bahan binaan asas (semen, batu, pasir)
    Baja dan racun
    Jentera pertanian & penternakan
    Senarai Barang SSTSenarai Barang SST

    2. Barangan Berkadar 5%

    Jenis Barang Contoh Barang
    Contoh barangan kekal pada kadar 5% Abalone dan lobster
    Quinoa
    Keju
    Jem buah-buahan
    Telefon pintar
    Contoh barangan yang dinaikkan ke kadar 5% Jentera industri
    King crab
    Salmon & kod
    Cendawan truffle
    Strawberry import
    Essential oil
    Sutera

    3. Barangan Berkadar 10%

    Jenis Barang Contoh Barang
    Contoh barangan kekal pada kadar 10% Kaviar
    Sirip ikan yu
    Minuman beralkohol
    Rokok dan cerut
    Barangan kulit
    Contoh barangan yang dinaikkan ke kadar 10% Lukisan tangan antik
    Sisa skrap tungsten
    Basikal lumba

    Baca juga: Senarai Perkhidmatan Bank Dikenakan Cukai SST 8% Mulai 1 Julai 2025

    Cukai Perkhidmatan – Skop Baharu

    Soalan Lazim (FAQ) SST 2025

    Dimanakah saya boleh merujuk senarai barang yang terlibat dengan perubahan kadar cukai jualan yang baharu?

    Senarai barang yang terlibat dengan perubahan kadar cukai
    jualan adalah seperti berikut:

    i. Kadar 5% dan kadar spesifik boleh dirujuk di bawah Perintah
    Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2025
    ii. Barang yang dikecualikan boleh dirujuk di bawah Perintah

    Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualikan Daripada Cukai) 2025. Jika barang tersebut tiada dalam kedua-dua perintah di atas, maka barang tersebut adalah berkadar 10%. Kedua-dua
    perintah ini boleh dirujuk di pautan

    Bagaimanakah saya boleh mengetahui aktiviti pengilangan sayaadalah memenuhi maksud mengilang di bawah Akta Cukai Jualan 2018?

    Berdasarkan seksyen 3, Akta Cukai Jualan 2018 maksud mengilang adalah penukaran secara manual atau mekanikal bahan-bahan organik atau bukan organik kepada suatu produk baharu dengan mengubah saiz, bentuk, komposisi, sifat atau kualiti bahan-bahan itu dan termasuklah pemasangan bahagian-bahagian ke dalam suatu jentera atau produk lain, tetapi tidak termasuk pemasangan jentera atau kelengkapan bagi maksud pembinaan. Sebarang pertanyaan lanjut, syarikat boleh merujuk ke Bahagian Cukai Dalam Negeri di negeri.

    Adakah saya perlu berdaftar sebagai pengilang berdaftar sekiranya barang siap yang dikilangkan tertakluk kepada perubahan kadar cukai jualan baharu dari barang yang dikecualikan cukai jualan kepada barang bercukai berkadar 5% atau 10%?

    Ya, syarikat tuan perlu berdaftar di bawah seksyen 13, Akta Cukai Jualan 2018 sekiranya jumlah nilai jualan barang bercukai melebihi nilai ambang sebanyak RM 500,000 dalam tempoh 12 bulan.

    Bagaimanakah saya boleh berdaftar sebagai pengilang berdaftar di bawah Akta Cukai Jualan 2018?

    Pendaftaran boleh dibuat atas talian melalui sistem MySST. Orang yang telah didaftarkan akan menerima pemakluman pendaftaran melalui emel yang telah didaftarkan.

    Bolehkah saya berdaftar secara sukarela di bawah Akta Cukai Jualan 2018?

    Pendaftaran secara sukarela dibenarkan di bawah seksyen 14, Akta Cukai Jualan 2018 sekiranya tuan mengilang barangbarang bercukai dan tidak mencapai nilai ambang RM500,000.00.

    Bagaimanakah saya boleh mendapatkan pengesahan sama ada kod tarif barang yang diimport atau dikilangkan tertakluk kepada perubahan kadar cukai jualan atau tidak?

    Tuan boleh mendapatkan pengesahan kod tarif daripada Bahagian Perkhidmatan Teknik di negeri yang berdekatan.

    Selepas mendapat pengesahan kod tarif, tuan boleh merujuk kadar cukai jualan melalui Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2025 dan Perintah Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualikan Daripada Cukai) 2025. Kadar cukai jualan yang baharu boleh dirujuk di bawah Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2025 dalam portal MySST . Sekiranya kod tarif barang tersebut tiada dalam perintah di atas, kadar cukai jualan bagi barang tersebut adalah 10%. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan boleh merujuk ke Bahagian Cukai Dalam Negeri di negeri.

    Saya membeli barang dari luar negara. Barang tersebut belum dihantar oleh pembekal tetapi invois telah dikeluarkan sebelum tarikh kuat kuasa perubahan kadar cukai jualan yang baharu. Barang tersebut hanya akan diimport selepas tarikh kuat kuasa kadar cukai jualan yang baharu. Adakah barang tersebut tertakluk kepada kadar cukai jualan yang baharu?

    Ya, barang yang diimport tersebut tertakluk kepada kadar cukai jualan baharu semasa barang tersebut dilepaskan daripada kawalan Kastam oleh pegawai Kastam yang hak. Pengimportan barang ke dalam Malaysia hendaklah diikrar dalam Borang Kastam No.1(K1). Bagi barangan bercukai, cukai jualan yang terlibat dibayar menggunakan borang K1.

    Saya adalah pengilang berdaftar baharu di bawah Akta Cukai Jualan 2018. Adakah saya layak mendapat sebarang pengecualian cukai jualan? Bagaimanakah cara untuk saya memohon pengecualian cukai jualan?

    Sebagai pengilang berdaftar, tuan layak membeli bahan mentah, komponen, bahan pembungkus dan pembungkusan, alat bantuan pengilangan dan peralatan cleanroom tanpa cukai jualan. Tuan boleh memohon pengecualian cukai jualan di bawah Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018 dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di bawah butiran serta dalam perintah tersebut. Permohonan sijil pengecualian cukai jualan boleh dibuat secara atas talian dalam portal . Manual permohonan sijil pengecualian cukai jualan boleh dirujuk melalui AboutExemption

    Saya adalah pengilang barang dikecualikan cukai jualan dan tidak berdaftar di bawah Akta Cukai Jualan 2018. Pada tarikh kuat kuasa, kadar cukai jualan ke atas barang siap tersebut berubah daripada dikecualikan kepada 5%. Adakah saya perlu mengenakan cukai jualan ke atas barang siap yang dikilangkan semasa barang tersebut dijual pada atau selepas tarikh kuat kuasa cukai jualan baharu?

    Syarikat tuan perlu berdaftar sebagai pengilang berdaftar di bawah Seksyen 13 atau 14, Akta Cukai Jualan 2018 untuk mengenakan cukai jualan ke atas barang yang dikilangkan pada kadar baharu bermula dari tarikh kuat kuasa surat kelulusan pendaftaran

    Maklumat Lanjut

    Untuk mendapatkan informasi terkini berkenaan dengan pelaksanaan SST tahun ini, anda boleh rujuk dari semasa ke semasa laman rasmi Kementerian Kewangan:

    Atau, anda juga boleh hubungi Pusat Panggilan Kastam (CCC) di talian : 1300 888 500 atau email kepada [email protected]



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru