Perdana Menteri mengumumkan bahawa RM100 penghargaan SARA akan diberi kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas pada 9 Februari 2026. Semakan status boleh dibuat melalui laman web rasmi atau MyKasih pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Perkara itu diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2026 dan tarikhnya dimuktamadkan dalam Perutusan Tahun Baru oleh PMX pada 5 Januari 2026.
Tahukah anda apa itu Bantuan Penghargaan SARA Untuk Semua? Ayuh kami kongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ini.

Pengenalan Bantuan Penghargaan SARA
Ramai yang tertanya-tanya: Apa sebenarnya Bantuan Penghargaan SARA Untuk Semua ni?
Mari kami share!
- Bantuan Penghargaan SARA ialah bantuan tunai yang diberikan melalui MyKad penerima untuk beli barangan keperluan asas di kedai terpilih seluruh negara.
- Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai di seluruh negara — contohnya macam Giant, Mydin, HeroMarket dan banyak kedai lain. Kedai runcit “Pak Mat” pun ada!
- Barang yang boleh beli ada 14 kategori yang meliputi 90,000 barangan. Memang banyak. Contoh – beras, telur, roti, minyak masak, pampers, panadol, alat tulis, sabun mandi dan sebagainya.
- Nak tahu apa yang paling ‘best’? Tunjuk MyKad je untuk beli barang di bawah SARA. Mudah kata, ‘cashless’!
- Penghargaan SARA RM100 ‘one-off’ ni diberikan kepada individu berusia 18 tahun ke atas.
Rujuk infografik rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF):






Jumlah Bantuan SARA untuk Semua
Bantuan Penghargaan SARA untuk Semua bagi tahun 2026 merupakan inisiatif khas kerajaan yang memperuntukkan jumlah sebanyak RM100 secara sekali bayar (one-off) kepada rakyat Malaysia.
Bantuan ini diberikan secara automatik kepada semua warganegara yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira status pendapatan, sama ada golongan B40, M40, mahupun T20.
Baki SARA untuk Semua yang tidak dibelanjakan akan disalurkan semula bagi menjamin maslahat golongan rentan.
Tarikh Bayaran Penghargaan SARA Untuk Semua
Bantuan Penghargaan SARA (One-off) sebanyak RM100 ini akan mula disalurkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan bermula pada 9 Februari 2026.


Langkah ini diperkenalkan oleh kerajaan sebagai inisiatif tambahan bagi meringankan beban persiapan rakyat dalam menyambut bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal tiba.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk menyemak status pengaktifan bantuan tersebut melalui portal rasmi MyKasih bagi memastikan proses pembelian barangan keperluan asas berjalan lancar.
Siapa Layak Dapat Sara RM100 One-off?
Bantuan SARA RM100 One-off (atau juga dikenali sebagai Penghargaan SARA Untuk Semua) adalah inisiatif khas kerajaan yang berbeza daripada bantuan bulanan SARA bagi golongan miskin.
Secara umumnya, bantuan ini layak diterima oleh SEMUA rakyat Malaysia yang menepati syarat berikut:
- Warganegara Malaysia: Mempunyai MyKad yang sah.
- Had Umur: Berumur 18 tahun ke atas (lahir pada tahun 2008 atau sebelumnya).
Jika anda penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah), anda tetap akan menerima bantuan bulanan SARA (antara RM50 hingga RM200 sebulan) DAN tetap layak mendapat RM100 one-off ini pada 9 Februari nanti.
Permohonan Sara Untuk Semua
Tiada permohonan diperlukan.
Kelayakan adalah secara automatik berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Anda boleh buat semakan status kelayakan bermula pada 9 Februari 2026 dan boleh terus menggunakan kredit yang diberikan di lebih 10,000 pasar raya dan kedai runcit berdaftar.
Bantuan diberikan dalam bentuk cashless ke dalam MyKAD anda.
Semakan Penghargaan SARA 2026
Semakan status boleh dibuat melalui laman web rasmi atau MyKasih .
Baca juga: STR & SARA 2026 – Bayaran Kategori Bujang, Isi Rumah, Warga Emas
Maklumat Lanjut & FAQ
Ia merupakan bantuan RM100 untuk semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas secara one-off
Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas layak secara automatik. Ini juga termasuk bagi penerima SARA yang sedia ada.
Tiada permohonan diperlukan.
Bantuan Penghargaan SARA ialah bantuan tunai secara one-off (sekali dapat sahaja) untuk semua warga negara Malaysia berusia 18 tahun ke atas, manakala SARA adalah program lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang merupakan program bantuan tunai secara bulanan kepada mereka yang layak.
Walaupun begitu, kedua-duanya mempunyai mekanisme pemberian yang sama, iaitu secara cashless menggunakan MyKad.
News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Cek Ongkir Cargo
Download Film