Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2025
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2025 yang diumumkan oleh JAKIM.
Apakah UPKK?
Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab (Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Terdapat 9 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) mulai tahun 2024 iaitu
- Amali Solat
- Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
- Tilawah Al-Quran
- Pelajaran Jawi dan Khat
- Sirah
- Ibadah
- Aqidah
- Adab (Akhlak Islamiah)
- Lughah Al-Quran
Format Baru Penilaian UPKK 2025
5 Perubahan Format UPKK 2025
- Subjek Tilawah AlQuran daripada dua kertas menjadi satu kertas.
- Ulum Syariah dipecahkan kepada dua matapelajaran iaitu “UPKK 02 Akidah” dan “UPKK 07 Ibadah”. Pecahan ini menyebabkan UPKK menjadi 9A.
- Bagi subjek Adab sebelum ini ada kertas 1 dan kertas 2. Format baru Adab menjadi 1 kertas sahaja.
- Tempoh masa bagi ujian bertulis bagi semua kertas ditetapkan selama 1 jam 15 minit sahaja berbanding sebelum ini ada kertas 1 jam 30 minit dan ada juga 2 jam.
- Setiap subjek akan ada soalan berkaitan dengan perkara asas. Perkara asas ini akan ditanya di bahagian A setiap subjek.
Kredit : Ustazah Azizah







Soalan Lazim UPKK 2025
- Adakah Format Instrumen UPKK Mulai Tahun 2025 merangkumi keseluruhan kurikulum Tahun 1 hingga Tahun 5?
- Apakah cakupan konteks bagi Format Instrumen UPKK Mulai Tahun 2025?
- Perkara-perkara asas sahaja bagi Tahun 1 dan Tahun 2, semua standard kandungan serta standard pembelajaran bagi Tahun 3 hingga 5 (Kurikulum Kelas al-Quran dan Fardu Ain 2.0).
- Berapakah tempoh masa peperiksaan (Ujian Bertulis) UPKK dilaksanakan?
- Adakah mata pelajaran Al-Quran dan Adab masih kekal dengan 2 kertas soalan?
- Tidak. Hanya 1 kertas soalan sahaja.
- Adakah kertas soalan bagi Ulum Syariah masih kekal dengan 2 mata pelajaran (Akidah dan Ibadah)?
- Tidak. Kertas soalan Akidah dan Ibadah diasingkan mengikut mata pelajaran masing-masing.
- Berapa mata pelajaran yang dinilai dalam UPKK mulai tahun 2025?
- 9 mata pelajaran kesemuanya termasuk Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam.
- Adakah jumlah hari peperiksaan akan bertambah atau berkurang?
- Ya. Tertakluk kepada JAKIM untuk menentukannya berdasarkan keperluan semasa.
- Siapakah yang terlibat dengan penataran Penataran Format Instrumen UPKK Mulai Tahun 2025?
- Semua Pegawai di Agensi Pelaksana, Penyelia KAFA dan Guru KAFA terutama yang mengajar tahun 5.
- Bilakah Format Instrumen UPKK Mulai Tahun 2025 akan diberikan kepada seluruh negeri?
- Bagaimanakah Guru KAFA boleh mendapatkan Format Instrumen UPKK mulai Tahun 2025?
- Melalui Surat Siaran Format Instrumen UPKK mulai Tahun 2024 yang dikeluarkan oleh JAKIM.
- Siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan Penataran Format Instrumen UPKK Mulai Tahun 2025 di seluruh negeri?
- Agensi Pelaksana di negeri masing-masing
- Siapakah yang boleh dirujuk bagi Penataran Format Instrumen UPKK Mulai Tahun 2025?
- Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Unit Peperiksaan, Bahagian Pendidikan JAKIM atau di talian 03-8870 7575/7560/7567.
MUAT TURUN : FORMAT INSTRUMEN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) MULAI TAHUN 2024


DAPATKAN KOLEKSI VIDEO SILIBUS KAFA KHUSUS UNTUK PELAJAR TAHUN 1-5 DI SINI: DOWNLOAD
Kelebihan Mengambil Peperiksaan UPKK
UPKK masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.
Peperiksaan itu malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.
Tidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.
Tarikh Ujian UPKK 2025
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menetapkan bahawa Jadual Waktu Peperiksaan (JWP) akan bermula mengikut ketetapan berikut:
- Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025 : 17 hingga 20 November 2025
- Peperiksaan Ithbat KAFA Pratahfiz (IKP) Tahun 2025 : 18 hingga 21 Ogos 2025
Jadual Ujian UPKK 2025
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengumumkan tarikh pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) seperti berikut:
Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (UPKK) & Ithbat Kafa Pratahfiz (IKP) Tahun 2025
JAKIM amat prihatin dan mengambil berat dengan keputusan yang telah ditetapkan serta amat menghargai komitmen semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan UPKK kali ini.
Berikut dikongsikan tarikh penting dan jadual UPKK 2025 yang dikongsikan oleh JAKIM menerusi kenyataan media terkini.
Maklumat Lanjut Jadual Terkini UPKK
Untuk info terkini mengenai Ujian Penilaian Kelas KAFA 2025, sila rujuk maklumat sahih melalui :
Baca juga: Permohonan Semak Semula Keputusan SPM (MPM)
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru