Belanjawan 2026, iaitu Belanjawan MADANI Keempat bakal dibentangkan pada 10 Oktober 2025. Pengumuman Bajet 2026 ini akan disiarkan secara langsung melalui media di seluruh negara dan ia juga boleh diakses secara online melalui pautan rasmi
Belanjawan 2026 kali ini akan menumpukan kepada tiga tonggak utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai, dan memacu reformasi. Hal ini seiring dengan usaha memperbaiki kualiti hidup rakyat melalui subsidi terarah, modal insan, tadbir urus baik, dan pembangunan inklusif.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bajet 2026 dan intipati yang bakal diumumkan.
BACA JUGA: Cuti Umum 2026 & Cuti Sekolah Malaysia KPM
Pengenalan
Belanjawan 2026 ialah Belanjawan MADANI keempat yang bakal dibentangkan pada 10 Oktober 2025 di Dewan Rakyat.
Ia merupakan Belanjawan pertama yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) / Pelan Malaysia Ke-13 (13MP), menandakan permulaan fasa pembangunan baharu negara bagi tempoh 2026–2030.
Belanjawan ini dirangka untuk memperkukuh dan mempercepat agenda reformasi ekonomi serta penambahbaikan sistem sosial Malaysia.
Belanjawan ini mengambil kira pencapaian ekonomi negara sepanjang tahun 2025, termasuk pertumbuhan KDNK 4%–4.8%, inflasi menurun (1.1% pada Jun 2025) dan kadar pengangguran yang mengecil (3% pada Mei 2025).
Kenyataan Pra-Belanjawan 2026 ada juga diterbitkan bagi menggariskan keutamaan Kerajaan untuk Belanjawan 2026, sebagai panduan dalam penyampaian input dan cadangan rakyat.

Kenyataan Pra-Belanjawan 2026
Belanjawan 2026 ialah siri keempat Belanjawan MADANI, dirangka bagi meneruskan Kerangka Ekonomi MADANI: memulih daya tahan fiskal, memperkukuh asas ekonomi dan mengangkat darjat hidup rakyat.
Belanjawan 2026 akan meneruskan prinsip Ekonomi MADANI, dengan tiga tonggak utama:
- Menaikkan Siling Pertumbuhan Negara
- Menjana kesan berganda merentasi rantaian ekonomi
- Penggerak strategik untuk transformasi industri Malaysia
- Pengesuaian insentif bagi meningkatkan daya tarik pelaburan
- Menaikkan Lantai Taraf Hidup Rakyat
- Reformasi pasaran buruh
- Memperkasa mekanisme bantuan sosioekonomi untuk kehidupan bermaruan
- Ke arah sistem penjagaan kesihatan saksama dan mampan
- Reformasi sektor pendidikan untuk menjana ekonomi inklusif yang berdaya saing masa depan
- Merapatkan jurang bandar – luar bandar
- Memperkasa semua golongan untuk menyertai ekonomi yang berkembang
- Memacu Pembaharuan, Tatakelola Yang Baik
- Memperkukuh integriti dan tadbir urus fiskal
- Memodenkan kewangan awam melalui teknologi
- Mempertingkatkan GovTech & perkhidmatan rakyat
- Reformasi perkhidmatan awam untuk kerajaan masa depan








Penekanan & Tumpuan dalam Belanjawan 2026
- Subsidi secara terarah – Peralihan daripada subsidi menyeluruh kepada subsidi yang lebih sasaran untuk mengurangkan pembaziran dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan
- Pembangunan modal insan & sektor awam – Pelaksanaan inisiatif pembelajaran melalui APEL oleh INTAN dan GlobalNxt University untuk penjawat awam, sebagai usaha memodenkan perkhidmatan awam dan menutup jurang kompetensi
- Kemajuan infrastruktur & sokongan komuniti – Fokus terhadap pembangunan luar bandar (Sabah & Sarawak), pelancongan, PKS, serta portfolio inklusif untuk masyarakat seperti warga emas, OKU, komuniti Orang Asli, Bumiputera, wanita, dan belia
- Sumbangan Tunai Rahmah & bantuan untuk rakyat




Setakat separuh pertama 2025, ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh:
- KDNK (Q1 2025) berkembang 4.4%, dengan unjuran pertumbuhan tahunan antara 4.0%–4.8%, didorong terutamanya oleh permintaan domestik dan pelaburan swasta.
- Inflasi terkawal sekitar 1.1% pada Jun 2025, menjadikan Malaysia antara negara dengan inflasi terendah di rantau ASEAN.
- Kadar pengangguran menurun ke paras 3.0% pada Mei 2025, menghampiri status guna tenaga penuh.
- Defisit fiskal dijangka susut kepada 3.8% KDNK pada 2025, sejajar dengan sasaran jangka sederhana kerajaan.
- Ringgit Malaysia menokok berbanding dolar AS dalam beberapa suku kebelakangan, disokong aliran masuk pelaburan dan pengukuhan asas makroekonomi.
Pencapaian Utama Terkini Sebelum Belanjawan 2026
Antara pencapaian penting ekonomi Malaysia sepanjang 2024–2025:
1.Pelaburan Diluluskan
- Malaysia capai rekod pelaburan tertinggi dua tahun berturut-turut: RM384.4 bilion pada 2024 (2023: RM329.5 bilion).
- Suku pertama 2025, pelaburan naik lagi 3.7% ke RM89.8 bilion.
- Ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap dasar ekonomi MADANI.
2. Penarafan Kredit Malaysia
- Kekal stabil pada tahap baik: A3 (Moody’s), A- (S&P), BBB+ (Fitch).
- Disebabkan ekonomi yang pelbagai, kukuh, sistem bank stabil, serta hutang kerajaan terkawal.
3. Daya Saing Global
- Malaysia naik 11 tangga ke kedudukan 23 daripada 69 negara (IMD 2025).
- Terbaik sejak 2020, satu-satunya negara dengan lonjakan dua digit.
- Sasaran: Top 12 dunia menjelang 2033.
4. Program GEAR-uP
- RM11 bilion pelaburan domestik digerakkan ke sektor semikonduktor & tenaga baharu.
- 34 GLC & GLIC janji gaji minimum RM3,100 untuk 153,000 pekerja.
5. Subsidi & Bantuan Sosial
- Kerajaan beralih ke subsidi bersasar untuk lebih adil & mampan.
- STR & SARA ditingkatkan 30% ke RM15 bilion (lebih 5 kali ganda berbanding 2012).
- Semua rakyat 18 tahun ke atas terima RM100 dalam bentuk kredit SARA sekali bayar.
6. Langkah Tingkatkan Hasil Negara
- Perluas asas cukai (sekarang 12.4% KDNK).
- Antaranya: semak Cukai Jualan, tambah kategori Cukai Perkhidmatan, guna e-invois, TIN, dan Cukai Minimum Global.
7. Pembangunan Infrastruktur
- Projek hampir siap: LRT3, ETS ke Johor Bahru.
- Projek utama lain: ECRL, RTS Link Johor–Singapura, Lebuhraya Bertingkat Juru–Sungai Dua.
- Hospital baru: Sultanah Aminah 2.
- Projek banjir: RTB Kota Bharu.
- Sabah & Sarawak: Lebuhraya Pan Borneo, loji air Sarawak, pencawang elektrik Paitan, Sabah.
Kesemua pencapaian ini adalah hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif dan dasar strategik yang sedang dan akan diteruskan di bawah Belanjawan 2026 dan kerangka Ekonomi MADANI Malaysia.
Tarikh Pembentangan Belanjawan 2026
Belanjawan 2026 dijadualkan untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2025.
Maklumat rasmi mengenai siaran langsung pembentangan Belanjawan 2026 di saluran TV seperti TV3, Astro Awani dan sebagainya belum diumumkan secara khusus dan akan dikemaskini kelak.
Kemukakan Cadangan Anda Untuk Belanjawan 2026
Sebagai persediaan untuk belanjawan sulung di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, Kerajaan MADANI menjemput semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama menyertai proses perangkaan belanjawan negara.
Kemukakan cadangan anda untuk Belanjawan 2026 di:


Atau, anda juga boleh scan QR di bawah untuk mengutarakan cadangan mengenai Belanjawan 2026.


Ayuh kita berganding bahu menyumbang ilham untuk Menaikkan Siling potensi ekonomi negara, Menaikkan Lantai taraf hidup rakyat, serta Memacu Pembaharuan dan Tatakelola Baik — demi memperkukuh agenda reformasi Malaysia.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Belanjawan 2026, sila layari portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di pautan berikut: /ms/
Soalan Lazim Belanjawan 2026
Belanjawan 2026 ialah dokumen kewangan tahunan Malaysia yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (2026–2030) dan siri keempat dalam Belanjawan MADANI. Ia bertujuan memperkukuh ekonomi negara, memperbaiki kesejahteraan rakyat dan memacu reformasi tadbir urus negara.
Pembentangan rasmi akan dibuat di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada 10 Oktober 2025.
Tumpuan adalah pada tiga tonggak Ekonomi MADANI:
– Menaikkan potensi pertumbuhan ekonomi (silingsiling pertumbuhan)
– Menaikkan lantai taraf hidup dan darjat rakyat
– Memacu pembaharuan dan tadbir urus yang baik
Belanjawan menitikberatkan subsidi bersasar, penambahbaikan sistem kesihatan, peluasan kemudahan pendidikan termasuk STEM dan TVET, memperkukuh sokongan dalam pekerjaan dan pembangunan infrastruktur khususnya di luar bandar, Sabah dan Sarawak.
Subsidi bersasar adalah pendekatan untuk memberikan bantuan kewangan dan subsidi hanya kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan untuk mengurangkan pembaziran dan ketirisan, sekaligus meningkatkan keberkesanan bantuan.
Belanjawan ini berperanan sebagai pelan strategik jangka panjang yang meneruskan transformasi ekonomi berasaskan digitalisasi, inovasi, perindustrian berteknologi tinggi dan pembangunan mampan.
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru