Harga emas hari ini mencecah RM645.85 sen segram, sekaligus memecahkan rekod tertinggi sebelum ini iaitu sekitar RM463 per gram pada Mac yang lalu. Untuk melihat harga emas hari ini dan kadar semasa, anda boleh semak di www.arrahnuyapeim.net/ dan beberapa portal lain.
Sekiranya anda berminat membuat pelaburan dan instrumen emas, anda mestilah mengetahui harga emas hari ini bagi memastikan anda dapat memaksimumkan keuntungan dan mengurangan risiko.
Seperti mana instrumen pelaburan lain, harga emas juga menyaksikan trend penurunan turun dan naik harganya pada setiap hari.

Paling penting, pastikan anda membuat urusan jual-beli emas anda di penjual atau agen yang dipercayai sahaja kerana pelaburan emas juga merupakan lubuk buat scammer atau penipu menjalankan kegiatan penipuan mereka terutamanya bagi pelabur yang tidak cakna akan hal ini.
Pelaburan emas biasanya digalakkan untuk individu yang ingin membuat pelaburan jangka masa panjang dan sanggup menuggu apabila ingin menukarkan kepada wang kerana emas tidak mudah dicairkan.
Perbezaan Kadar Emas Semasa Ar Rahnu


Apabila anda melihat kadar emas semasa, anda perlu memerhatikan beberapa perkara:
- Unit – Sama ada harga per gram, auns, kilogram dan sebagainya
- Gred – Sama ada harga yang dinyatakan untuk emas 999, 950, 916, 875 sebagainya
Paparan di atas merupakan contoh harga emas hari ini (24 Disember 2025 yang dikongsikan oleh Ar-Rahnu YaPEIM yang dibezakan mengikut gred emas dan harganya dinyatakan untuk setiap gram emas.
Kesilapan kecil seperti tersilap melihat gred emas dan unit harga yang dipaparkan akan menyebabkan anda kerugian besar dalam pelaburan emas.
Harga Emas Hari Ini
Berdasarkan semakan di harga emas hari ini ialah RM586.607 pergram, berbanding semalam RM587.87 pergram.




Cara Semak Harga Emas Terkini
Seperti yang dimaklumkan di atas, harga emas berubah setiap hari dan cara terbaik untuk mendapatkan harga emas hari ini adalah dengan menyemak laman web penjual emas sendiri atau sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Berikut merupakan beberapa pautan yang boleh dilayari untuk mengetahui harga emas hari ini.
- Gold Rate
- Public Gold
- Ar-Rahnu YaPEIM
- Live Harga Emas
- Maybank Miga


Harap maklum bahawa harga emas yang dinyatakan oleh setiap laman di atas mungkin berbeza kerana setiap penjual boleh menetapkan sendiri harga jualan atau belian emas mereka.
Malah, lokasi yang berbeza contohnya antara Kuala Lumpur dan Melaka juga mungkin akan menyaksikan sedikit perbezaan harga emas.
Kadar Jangkaan Naik Turun Harga Emas
Antara topik hangat dalam kalangan pelabur emas adalah harga ramalan atau kadar jangkaan turun naik emas dalam beberapa bulan akan datang.
Secara jujurnya, tiada siapa yang dapat meramalkan dengan tepat berapakah harga emas pada masa akan datang da berapakah kadar turun naik harga emas pada masa hadapan.
Harga emas ditentukan oleh pelbagai faktor yang seperti keadaan ekonomi semasa, kestabilan politik dan sebagainya.
Kadar turun naik matawang dollar AS juga mempunyai kesan ke atas harga emas hari ini memandangkan emas sendiri mempunyai atribut monetori tertentu.
Sekiranya anda berminat untuk memulakan pelaburan dalam emas dan membuat anggaran kadar harga emas pada masa akan datang, cara terbaik adalah dengan membuat kajian anda sendiri melalui pembacaan daripada isu-isu semasa dan analisa daripada orang-orang lain.
Perbezaan Jenis Emas
Di Malaysia, emas biasanya dikategorikan mengikut ketulenan (Karat) dan bentuk fizikalnya.
Karat (K) menunjukkan peratusan kandungan emas tulen dalam sesuatu logam. Semakin tinggi angka karat, semakin tinggi kandungan emasnya.
| Jenis Emas | Kandungan Emas | Nama Popular | Kegunaan Utama |
| Emas 999 | 99.9% | Emas 24K / Emas Sepuluh | Pelaburan (Jongkong/Syiling). Sangat lembut. |
| Emas 916 | 91.6% | Emas 22K | Barang kemas (standard Malaysia). Tahan lasak sedikit. |
| Emas 875 | 87.5% | Emas 21K | Barang kemas (popular di Timur Tengah). |
| Emas 835 | 83.5% | Emas 20K | Barang kemas lama / tradisional. |
| Emas 750 | 75.0% | Emas 18K | Sesuai untuk ikat permata atau berlian. |
| Emas 585 | 58.5% | Emas 14K | Selalunya digunakan untuk aksesori fesyen. |
Selain itu, emas juga dijual dalam beberapa bentuk, iaitu:
1. Barang Kemas (916/999):
- Tujuan: Perhiasan diri dan simpanan kecemasan.
- Kelebihan: Boleh dipakai dan digayakan.
- Kekurangan: Ada kos upah yang tinggi dan spread (selisih harga jual balik) yang lebih besar (sekitar 20% – 25%).
2. Emas Pelaburan (Gold Bar/Syiling 999):
- Tujuan: Simpanan jangka panjang dan pelaburan.
- Kelebihan: Tiada kos upah (hanya premium kecil) dan spread yang nipis (sekitar 6% – 10%). Nilai lebih stabil untuk dijual semula.
- Kekurangan: Tidak boleh dipakai sebagai perhiasan.
3. Akaun Emas (Digital):
- Tujuan: Memulakan simpanan dengan modal kecil (serendah RM10).
- Kelebihan: Tidak perlu simpan fizikal di rumah (lebih selamat), boleh ditukar kepada emas fizikal jika berat mencukupi.
Senarai Bank Tawarkan Emas Digital
Di Malaysia, semakin banyak bank menawarkan akaun pelaburan emas secara digital atau harian yang boleh diuruskan terus melalui aplikasi perbankan atau laman web. Antaranya ialah:
1. Bank Patuh Syariah (Islamic)
Kebanyakan akaun ini disokong oleh emas fizikal 999.9 dan membolehkan anda mengeluarkan emas fizikal jika berat mencukupi.
2. Bank Konvensional (Conventional)
Biasanya akaun ini bersifat “akaun kertas” (paper gold), di mana anda melabur pada pergerakan harga tanpa pengeluaran fizikal (bergantung kepada syarat bank).
- Maybank (MGIA): Ini adalah versi konvensional (bukan MIGA-i), pelaburan minimum biasanya 1 gram.
- CIMB Bank (eGIA): Pelaburan minimum bermula dari 1 gram. Transaksi mudah melalui CIMB Clicks.
- Public Bank (eGIA): Menawarkan akaun emas digital dengan pelaburan serendah 0.1 gram.
- UOB Bank (Gold Savings Account): Minimum pelaburan biasanya 1 gram atau 5 gram (bergantung kepada jenis akaun).
Tips Beli Emas
1. Tentukan Matlamat: Pelaburan atau Perhiasan?
- Untuk Simpanan/Untung: Beli Emas 999 (Jongkong/Syiling). Ia mempunyai spread (susut nilai) yang kecil (sekitar 6-9%), jadi anda lebih cepat untung apabila harga naik.
- Untuk Dipakai: Beli Emas 916 (Barang Kemas). Perlu diingat, barang kemas mempunyai kos upah dan susut nilai yang lebih tinggi (sekitar 20-25%) apabila dijual semula.
2. Fahami “Kos Upah” (Untuk Barang Kemas)
Apabila membeli emas 916 di kedai, harga yang dipaparkan selalunya belum termasuk kos upah. Kos upah sebenarnya boleh dirunding (negotiable). Jangan ragu-ragu untuk minta diskaun pada kos upah, terutamanya jika anda membeli barangan yang berat atau banyak.
3. Periksa “Spread” (Susut Nilai)
Spread adalah perbezaan antara harga kedai jual kepada anda dan harga kedai beli balik daripada anda.
- Pilih yang spread rendah: Semakin rendah peratusan spread, semakin cepat anda mendapat keuntungan daripada kenaikan harga emas. Biasanya, akaun emas digital atau jongkong mempunyai spread yang jauh lebih rendah berbanding barang kemas.
4. Beli Secara Konsisten (Teknik DCA)
Jangan tunggu harga “paling rendah” kerana tiada siapa tahu bila ia akan berlaku. Gunakan teknik Dollar Cost Averaging (DCA). Beli sedikit demi sedikit setiap bulan (contoh: RM100 sebulan atau 1 gram sebulan). Ini akan meratakan kos pembelian anda dalam jangka masa panjang.
5. Pastikan Ada Resit Rasmi
Simpan resit pembelian dengan bai. Resit adalah bukti ketulenan dan berat emas tersebut. Sesetengah kedai atau bank memerlukan resit asal jika anda ingin menjualnya semula kepada mereka dengan harga tinggi.
6. Jangan Terpedaya dengan Harga Terlalu Murah
Emas adalah komoditi global yang harganya hampir sama di mana-mana. Jika ada pihak menawarkan harga emas 30-50% lebih murah daripada harga pasaran, atau menjanjikan “pulangan bulanan” daripada simpanan emas, itu berkemungkinan besar adalah scam. Emas fizikal tidak memberi dividen; untungnya hanya pada kenaikan harga.
7. Gunakan Platform Legal dan Terdaftar
Pastikan platform yang digunakan adalah sah dan diawasi oleh pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia atau Bursa Malaysia. Elakkan platform yang tidak rasmi.
Maklumat Lanjut
Untuk info lebih lanjut mengenai harga emas hari ini, sila rujuk/layari:
Soalan Lazim Harga Emas Hari Ini
Pada 24 Disember 2025, harga emas 999 di Malaysia sekitar RM639 segram (naik RM8 daripada semalam), manakala emas 916 sekitar RM610 segram mengikut Public Gold. Harga global emas (XAU/USD) berada pada paras USD4,512.7 dengan kenaikan 0.16%.
Harga emas dipengaruhi oleh faktor global seperti harga spot emas dunia (London Bullion Market), nilai Ringgit Malaysia terhadap USD, inflasi, kadar faedah, dan ketegangan geopolitik. Ia dikemas kini setiap 20 minit hingga 12 tengah malam.
Rujuk laman live seperti live.hargaemas.my, Public Gold, Maybank Gold Account, atau Bank Muamalat untuk harga jual/beli terkini. Aplikasi bank seperti Maybank2u atau i-Muamalat juga menunjukkan kadar harian.
Ya, terdapat “spread” (selisih) antara harga beli (lebih tinggi) dan harga jual (lebih rendah), biasanya 5-10% bergantung pengedar. Pilih yang spread rendah untuk pelaburan.
Beli apabila harga turun (dip), elakkan beli pada puncak. Gunakan strategi dollar-cost averaging (beli secara berkala) untuk purata harga. Pantau tren harian untuk peluang.
1 dinar = 4.25g emas 916. Contoh: Jika RM610/g, kos = RM610 x 4.25 = RM2,592.50 (tambah spread/caj).
Baca juga:
News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Cek Ongkir Cargo
Download Film