Permohonan Kolej Vokasional bagi sesi 2026 dibuka secara online mulai 1 Ogos hingga 7 September 2025 melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my/. Kolej Vokasional menawarkan 2 jenis program utama iaitu Program Sijil & Program Kemahiran.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Kolej Vokasional termasuk senarai kursus yang ditawarkan, syarat kemasukan, cara permohonan dan lokasi institusi ini di seluruh Malaysia.
Apa Itu Kolej Vokasional?
Matlamat program Technical Vocational Education Training (TVET) yang ditawarkan di kolej vokasional untuk melahirkan murid yang berkemahiran, profesional dan bersedia ke alam pekerjaan.
Pembelajaran di kolej vokasional menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang dibangunkan oleh panel akademik dan industri. KSKV dilaksanakan berdasarkan pendidikan berasaskan keberhasilan Outcome Based Education (OBE) yang menitikberatkan kepada pencapaian keberhasilan murid selepas tamat pengajian.

Program Sijil & Program Kemahiran Kolej Vokasional
PROGRAM SIJIL
- Sistem pengajian di kolej vokasional adalah berdasarkan sistem semester. Murid program sijil akan mengikuti tempoh pengajian selama 2 tahun (4 semester).
- Murid yang lulus pengajian di peringkat sijil akan dianugerahkan dwi persijilan iaitu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang dianugerahkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
- Murid yang lulus peringkat sijil dan memenuhi syarat kemasukan, layak menyambung pengajian diploma di dalam program yang sama di kolej vokasional.
PROGRAM KEMAHIRAN
- Matlamat program ini adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran serta memiliki persijilan kemahiran yang diiktiraf mengikut keperluan industri.
- Program ini hanya ditawarkan di beberapa buah kolej vokasional terpilih sahaja.
- Tempoh pengajian program ini adalah selama 2 tahun.
- Murid yang tamat dan lulus pengajian program ini akan dianugerahkan SKM mengikut tahap ditawarkan yang diiktiraf oleh JPK, Kementerian Sumber Manusia.
Program kemahiran yang ditawarkan di kolej vokasional dikategorikan kepada 2 jenis iaitu:


Syarat Kelayakan Permohonan Kolej Vokasional 2026
SYARAT PROGRAM SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA
SYARAT UMUM
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu :
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer
SYARAT PROGRAM KEMAHIRAN / APPRENTICESHIP
SYARAT UMUM
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
Murid menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira).
Cara Permohonan Kolej Vokasional (KV) 2026
Permohonan Kolej Vokasional perlu dibuat secara online melalui pautan rasmi KPM
PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN (7 September 2025). Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak.
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/ SMKA/ SMT/ KV/ MTD) dan MRSM.
PKSK Tingkatan 4 akan dilaksanakan dalam tempoh 22 September 2025 hingga 3 Oktober 2025.
Lokasi Kolej Vokasional Setiap Negeri
Program ini ditawarkan di 86 buah kolej vokasional merangkumi 35 program.
NOTA: Program yang ditawarkan di setiap kolej adalah berbeza. Sila rujuk senarai kursus yang ditawarkan di setiap lokasi melalui pautan
Senarai kolej vokasional di seluruh negara adalah seperti berikut:
Selangor
- KV Klang
- KV Shah Alam
- KV Gombak
- KV Kajang
- KV Kuala Selangor
- KV Sepang
- KV Sungai Buloh
Kuala Lumpur
- KV ERT Setapak
- KV Labuan
- KV Setapak
Perlis
Kedah
- KV Kulim
- KV Pulau Langkawi
- KV Alor Setar
- KV Sungai Petani 1
- KV Sungai Petani 2
Pulau Pinang
- KV Balik Pulau
- KV Seberang Perai
- KV Butterworth
- KV Nibong Tebal
- KV Batu Lanchang
Perak
- KV Gerik
- KV Ipoh
- KV Seri Manjung
- KV Taiping
- KV Teluk Intan
Negeri Sembilan
- KV Ampangan
- KV Juasseh
- KV Pork Dickson
- KV Dato Maharaja Lela
Melaka
- KV Melaka Tengah
- KV Jasin
Johor
- KV ERT Azizah
- KV Batu Pahat
- KV Muar
- KV Kluang
- KV Segamat
- KV Kota Tinggi
Kelantan
- KV Bachok
- KV Pasir Mas
- KV Tanah Merah
- KV Pengkalan Chepa
Terengganu
- KV Besut
- KV Dungun
- KV Kemaman
- KV Wakaf Tembesu
- KV Kuala Berang
Pahang
- KV ERT Puteri
- KVMuadzam Shah
- KV Temerloh
- KVSultan Haji Ahmad Shah
- KVPertanian Chenor
Sabah
- KV Keningau
- KV Beaufort
- KV Lahad Datu
- KV Tawau
- KV Sandakan
- KV Kudat
Sarawak
- KV Miri
- KV Sibu
- KV Kuching
Tarikh Semakan Tawaran & Pendaftaran
Semakan penawaran ke KV adalah mulai 26 Disember 2025.
Murid perlu mendaftar pada 13 Januari 2026 di KV yang ditawarkan.
Tawaran adalah muktamad dan berkuatkuasa pada tarikh pendaftaran sahaja. Murid dianggap menolak tawaran jika tidak mendaftar pada tarikh pendaftaran. (*tertakluk kepada perubahan)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk SOALAN LAZIM di bawah :
Syarat kemasukan ke KV adalah seperti berikut:
a) Syarat ke Program Sijil
SYARAT UMUM
• Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
• Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
• Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
• WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
• Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
• Sihat tubuh badan.
• Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
• TIDAK rabun warna/buta warna.
• Berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
• Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
▪ Bahasa Melayu
▪ Bahasa Inggeris
▪ Matematik
▪ Sains
▪ Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer
b) Syarat ke Program Kemahiran
SYARAT UMUM
• Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
• Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
• Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
• WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
• Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
• Sihat tubuh badan.
• Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
• TIDAK rabun warna/buta warna.
• Berminat dengan program dipohon.
SYARAT UMUM
• Murid menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira)
Semakan penawaran ke KV/SMT mulai 26 Disember 2025.
a) Murid hendaklah mencetak surat tawaran dan buku tawaran kemasukan yang disertakan.
b) Murid hendaklah melengkapkan buku tawaran sebelum hari pendaftaran dan diserahkan ke KV/SMT semasa hari pendaftaran.
Murid perlu mendaftar pada 13 Januari 2026 di KV/SMT yang ditawarkan. Tawaran adalah muktamad dan berkuatkuasa pada tarikh pendaftaran sahaja. Murid dianggap menolak tawaran jika tidak mendaftar pada tarikh pendaftaran. (*tertakluk kepada perubahan)
Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad.


Sebarang pertanyaan atau aduan boleh disalurkan melalui e-mel : [email protected]
Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Blok E14,
62604 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: 03-88845154
Laman Sesawang: atau
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru