Maksud, Kebaikan & Teknik Yang Betul


Brisk walk merupakan senaman yang popular dan mudah dilaksanakan di mana-mana sahaja tanpa memerlukan sebarang kos.

Senaman ini dapat meningkatkan kecergasan dan kesihatan seseorang selain memastikan gaya hidup seseorang terus sihat.

Berikut adalah info dan panduan mengenai senaman ini.

Mengenai Brisk Walk

Brisk Walk atau boleh juga dipanggil berjalan cepat adalah aktiviti yang melibatkan seseorang itu berjalan dengan laju.

Tujuannya adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan dan gaya hidup sihat seseorang.

Aktiviti ini merupakan latihan kardiovaskular yang bagus dan boleh dilakukan oleh hampir semua orang tidak kira usia atau tahap kecergasan fizikal. 

Ia juga ini merupakan aktiviti yang sangat rendah risiko kecederaan dan juga tidak memerlukan sebarang kos kepada seseorang yang digalakkan dilakukan selama 30 minit secara rutin pada setiap hari.

Faedah & Kebaikan Brisk Walk

Antara faedah dan kebaikan bagi aktiviti ini adalah seperti berikut:

  • Menyihatkan jantung- Membantu kuatkan jantung dan lancarkan peredaran darah.
  • Membakar kalori- Boleh bantu kurangkan berat badan jika dibuat secara konsisten
  • Mengurangkan stres- Melegakan tekanan dan bantu rasa lebih tenang.
  • Menguatkan otot dan badan- Membina stamina dan tenaga tanpa perlu ke gymnasium
  • Menurunkan gula dalam darah– Mengawal paras gula, terutama bagi pesakit diabetes.
  • Selamat untuk sendi-mLebih ringan pada lutut berbanding berjoging atau berlari.
  • Mudah dilakukan– Tak memerlukan peralatan khas dan ia boleh buat di taman, sekitar rumah, atau di mana-mana.
  • Meningkatkan imuniti badan– Bantu badan jadi lebih kuat melawan penyakit.

Perbezaan Brisk Walk & Jogging

Sebahagian mungkin menganggap aktiviti ini dan jogging merupakan aktiviti yang sama namun ia sebenarnya berbeza.

Berikut merupakan perbezaan kedua-dua senaman ini.

Brisk Walk Jogging
Lembut pada sendi Lebih tekanan pada sendi
Boleh dibuat lebih lama Cepat penat dan sesi lebih pendek
Kurang risiko kecederaan Risiko kecederaan tinggi
Membakar kalori secara stabil Membakar kalori secara cepat
Kurang stress pada badan Cepat penat
Senang untuk bermula dan kekal Perlu stamina dan kekuatan

Kesan Senaman

Kesan senaman ini dapat dilihat menerusi jumlah waktu yang dilakukan:

  • 5 minit: Membantu elakkan penyakit jantung
  • 10 minit: Menghasilkan endokrin iaitu salah satu hormon gembira
  • 30 minit: Membantu mengurangkan tekanan sebanyak 36%
  • 40 minit: Meningkatkan kapasiti otak
  • 60 minit berserta diet dan kalori defisit: Menurunkan berat badan sehingga 50% obesiti.

Teknik Brisk Walk Yang Betul

Teknik senaman ini perlu dijalankan dengan betul dan antara tekniknya adalah seperti berikut:

  1. Warm up sebelum melakukannya dan cool down bila sudah hampir berakhir dengan memperlahankan rentak berjalan.
  2. Pastikan bahu sentiasa di bawah dan lakukan langkahan dengan relaks dan lurus.
  3. Lakukan langkahan dengan kaki ke depan dari tumit.
  4. Bila sudah selesa, cuba tingkatkan tahap kesukaran dengan kawasan berbukit atau mendaki.
  5. Jika kata kaki terasa sakit selepas mula melakukannya, rendamlah kaki di dalam air suam atau lakukan urutan sesuai.
  6. Jangan terlalu laju dan kelajuan tertinggi apabila melakukan senaman ini adalah sekitar 7 km/j sahaja.

Sumber: – https://www.mkn.gov.my/web/ms/2024/02/01/info-sihat-tips-kekal-sihat-di-pejabat-amalkan-briskwalk/

Baca juga: X-Break : Contoh Senaman dan Jenis Regangan Ringkas



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru