Panduan Pendaftaran, Cara Guna, & Fungsi


Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) akan dilaksanakan secara percubaan (trial run) bermula 22 September 2025 hingga 28 Februari 2026 khususnya di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor.  Maklumat rasmi mengenai MyNIISe boleh dirujuk di portal Kementerian Dalam Negeri, www.moha.gov.my. 

Percubaan ini akan diteruskan secara berperingkat di lima Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) utama negara iaitu KLIA Terminal 1 dan Terminal 2, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah dalam tempoh masa tersebut.

Pengguna juga boleh muat turun aplikasi MyNIISe untuk memudahkan urusan imigresen secara digital melalui platform Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

Baca info lebih lanjut mengenai Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) dan maklumat lain yang berkaitan di bawah. 

Apa Itu Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe)?

Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) adalah inisiatif transformasi digital utama di Malaysia yang menggabungkan semua perkhidmatan imigresen di bawah satu platform bersepadu.

Sistem ini menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan kecekapan dan kemudahan urusan imigresen, termasuk pengurusan pelawat, warga asing dan pintu masuk negara secara automatik dan tersusun.

Apa Itu NIISe?
Apa Itu NIISe?

NIISe juga diintegrasikan dengan data daripada agensi kerajaan lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menjadikan proses verifikasi identiti lebih tepat dan cepat.

Dengan pelaksanaan NIISe, hampir 90% perkhidmatan imigresen kini boleh dilakukan secara digital. Kalau sebelum ini kita guna sistem lama (myIMMs) yang sering menghadapi masalah teknikal dan kelewatan, NIISe hadir sebagai pengganti yang lebih canggih.

NIISeNIISe
16 modul utama dalam NIISe

Sistem ini dirancang untuk mengurangkan kesesakan di pintu masuk utama negara seperti lapangan terbang dan sempadan darat, mempercepatkan proses pemeriksaan imigresen melalui autogate dan penggunaan kod QR, serta menggalakkan penggunaan e-perkhidmatan seperti permohonan pas lawatan, pembaharuan pasport dan visa secara dalam talian.

Sistem NIISe dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2028 dengan fasa pertama pelaksanaan pada tahun 2026. 

Kenyataan Rasmi 

PELAKSANAAN SISTEM IMIGRESEN BERSEPADU NASIONAL (NIISe) BAGI URUSAN KEMASUKAN DAN PERLEPASAN IMIGRESEN DI PINTU-PINTU MASUK UDARA DAN DARAT KE MALAYSIA SECARA PERCUBAAN MULAI  22 SEPTEMBER 2025

Kenyataan Rasmi NIISeKenyataan Rasmi NIISe
Kenyataan Rasmi NIISe
Kenyataan Rasmi NIISeKenyataan Rasmi NIISe
Kenyataan Rasmi NIISe

Kenapa NIISe Diperkenalkan?

Tujuan utama NIISe diperkenalkan adalah untuk: 

  • Mempercepatkan dan memudahkan urusan imigresen dengan menggunakan teknologi digital dan automasi, menjadikan proses kemasukan dan pelepasan lebih lancar tanpa perlu beratur lama.
  • Menggabungkan semua perkhidmatan imigresen di bawah satu sistem bersepadu, termasuk integrasi data dari agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), supaya proses pengesahan identiti lebih tepat dan cekap.
  • Meningkatkan tahap keselamatan negara melalui sistem pemeriksaan yang lebih canggih menggunakan kecerdasan buatan (AI), yang dapat mengesan risiko keselamatan dengan lebih berkesan.
  • Mengurangkan kesesakan dan masa menunggu di pintu masuk sempadan seperti lapangan terbang dan sempadan darat, terutamanya dengan penggunaan autogate dan kod QR.
  • Menggalakkan perkhidmatan secara digital dengan lebih 90% proses imigresen dilakukan secara dalam talian, termasuk permohonan visa, pembaharuan pasport, dan permohonan pas lawatan kerja sementara.
  • Menyokong reformasi kerajaan dalam meningkatkan kecekapan, keselamatan dan pengalaman pengguna dalam sistem imigresen negara.
Kelebihan NIISeKelebihan NIISe
Kelebihan NIISe

Tempoh Percubaan 

Percubaan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) akan bermula pada 22 September 2025 dan dijadualkan berlangsung sehingga 28 Februari 2026. 

Tempoh ini bertujuan untuk menguji keberkesanan sistem NIISe di beberapa lokasi strategik di Malaysia sebelum pelaksanaan penuh dilaksanakan kelak. 

Sepanjang tempoh percubaan ini, pengguna masih boleh menggunakan sistem Kod QR dan aplikasi MyBorderPass yang sedia ada. 

Walaubagaimanapun, pengguna digalakkan untuk memuat turun aplikasi MyNIISe bagi kemudahan urusan imigresen di laluan-laluan yang telah diaktifkan.

Lokasi Percubaan 

Percubaan sistem ini dilaksanakan di beberapa lokasi utama, termasuk:

  • Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor
  • Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor
  • Lima Lapangan Terbang Antarabangsa utama Malaysia iaitu:
    1. Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Terminal 1 & Terminal 2
    2. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (Bayan Lepas)
    3. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak
    4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah
Lokasi Percubaan MyNIISeLokasi Percubaan MyNIISe
Lokasi Percubaan MyNIISe

Pendekatan berperingkat pada lokasi ini membolehkan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen memantau prestasi sistem dan membuat penambahbaikan sebelum pengembangan ke lokasi lain.

Aplikasi MyNIISe

Kerajaan turut memperkenalkan aplikasi MyNIISe untuk memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan imigresen terus dari hujung jari.

Sistem NIISe adalah satu platform bersepadu yang menggabungkan pelbagai perkhidmatan imigresen dalam satu sistem tunggal menggunakan teknologi terkini. 

Berbanding sistem lama yang menggunakan kod QR dan aplikasi MyBorderPass, NIISe menawarkan kelancaran dan kecekapan yang jauh lebih tinggi. 

MyNIISe direka untuk pengguna dari golongan rakyat Malaysia, pelawat asing, dan pekerja asing, mempercepatkan urusan imigresen dengan penggunaan biometrik dan data terintegrasi.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh melakukan pelbagai urusan penting seperti:

  • Pendaftaran dan pengurusan profil perjalanan secara digital dengan memuat naik dokumen perjalanan rasmi seperti pasport atau MyKad terus melalui aplikasi.
  • Penjanaan kod QR unik untuk urusan imigresen di pintu masuk negara yang membolehkan perjalanan lancar tanpa perlu menunggu lama di kaunter.
  • Pengimbasan kod QR secara kumpulan bagi pelancong berkumpulan atau keluarga, yang mempercepatkan proses pemeriksaan pada pintu masuk seperti di sempadan Johor dan lapangan terbang.
  • Pengesahan identiti digital secara automatik menggunakan teknologi biometrik dan pengesanan wajah yang meningkatkan keselamatan dan ketepatan proses imigresen.
  • Kemaskini maklumat pasport dan identiti secara mudah tanpa perlu hadir ke kaunter.
  • Memantau status permohonan visa dan pas perjalanan secara langsung dalam aplikasi.
  • Memudahkan urusan imigresen melalui pintu autogate menggunakan aplikasi di lapangan terbang dan sempadan darat yang disediakan dengan kemudahan NIISe.
  • Mendapatkan notifikasi dan makluman penting berkenaan status imigresen dan perjalanan

Cara Muat Turun Aplikasi MyNIISe

Pengguna boleh memuat turun aplikasi MyNIISe melalui tiga platform utama:

Aplikasi MyNIISeAplikasi MyNIISe
Aplikasi MyNIISe

Panduan Pendaftaran MyNIISe

Aplikasi rasmi terbaru Jabatan Imigresen Malaysia, 𝗠𝘆𝗡𝗜𝗜𝗦𝗲, kini memudahkan anda untuk mendaftar dengan tiga kaedah berbeza mengikut keselesaan anda:

  • MyDigital ID – Pendaftaran pantas dengan pengesahan identiti digital.
  • MyKad – Guna kad pengenalan anda untuk proses yang mudah & selamat.
  • Pasport – Sesuai untuk warganegara & bukan warganegara, hanya gunakan maklumat pasport anda.
Panduan Pendaftaran MyNIISePanduan Pendaftaran MyNIISe
Panduan Pendaftaran MyNIISe

Cara Daftar MyNIISe Guna MyDigital ID

  1. Buka aplikasi MyDigital dan log masuk menggunakan MyDigital ID.
  2. Log masuk akaun MyDigital ID anda.
  3. Masukkan kata laluan akaun MyDigital ID anda.
  4. Teruskan proses pendaftaran akaun.
  5. Ambil gambar suafoto untuk pendaftaran.
  6. Cipta kata laluan anda.
  7. Selesai.

Cara Daftar MyNIISe Guna MyKad

  1. Buka aplikasi MyNIISe dan pilih ‘sign up’.
  2. Pilih butang ‘mula untuk membuat profil’.
  3. Pilih kategori profil.
  4. Imbas bahagian depan dan belakang MyKad anda.
  5. Sahkan maklumat anda dan teruskan.
  6. Ambil gambar swafoto untuk pengesahan.
  7. Cipta kata laluan akaun anda.
  8. Selesai.

Cara Daftar MyNIISe Guna Passport

  1. Buka aplikasi MyNIISe dan pilih ‘sign up’.
  2. Pilih butang ‘mula untuk membuat profil’.
  3. Pilih kategori profil.
  4. Imbas halaman passport anda.
  5. Imbas pasport anda dengan NFC.
  6. Sahkan maklumat anda dan teruskan.
  7. Ambil gambar swafoto untuk pengesahan.
  8. Cipta kata laluan akaun anda.
  9. Selesai.

Penggunaan Percubaan Kod QR di Laluan MyNIISe

Bermula 22 September 2025, pengguna boleh menggunakan Kod QR MyNIISe di:

Penggunaan Percubaan Kod QR di Laluan 𝗠𝘆𝗡𝗜𝗜𝗦𝗲 @ Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB)

Singapura – Malaysia >> Kereta Masuk Kaunter

  • Kaunter Zon D: D19 – D21
  • Kaunter Zon C: C16 – C18

Malaysia – Singapura >> Kereta Keluar Kaunter

  • Kaunter Zon D: D19- D21
  • Kaunter Zon C: C16 – C18
Penggunaan Percubaan Kod QR di Laluan MyNIISePenggunaan Percubaan Kod QR di Laluan MyNIISe
Penggunaan Percubaan Kod QR di Laluan MyNIISe
Penggunaan Percubaan Kod QR di Laluan 𝗠𝘆𝗡𝗜𝗜𝗦𝗲 @ Bangunan Sultan Iskandar (BSI)

Singapura – Malaysia >> Kereta Masuk

Malaysia – Singapura >> Kereta Keluar

Penggunaan Percubaan Kod QR di Laluan MyNIISePenggunaan Percubaan Kod QR di Laluan MyNIISe
Penggunaan Percubaan Kod QR di Laluan MyNIISe

Cara Guna Aplikasi MyNIISe

  1. Muat Turun dan Daftar Akaun
    • Muat turun aplikasi MyNIISe di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery.
    • Buka aplikasi dan daftar akaun menggunakan MyKad, pasport ataupun MyDigital ID.
    • Isi maklumat peribadi dan maklumat perjalanan seperti jenis dokumen serta tujuan ke luar negara.
  1. Kemaskini & Imbas Dokumen
    • Imbas dokumen perjalanan (seperti pasport) atau kad pengenalan menggunakan fungsi NFC atau kamera telefon untuk pengesahan identiti.
    • Pastikan dokumen perjalanan sah dan sesuai dengan ketetapan Akta Imigresen 1959/63.
  1. Penjanaan dan Penggunaan Kod QR
    • Setelah pendaftaran lengkap, aplikasi akan menjana kod QR unik untuk digunakan di kawalan imigresen di lokasi yang diaktifkan, seperti sempadan Johor dan lapangan terbang utama.
    • Tunjukkan kod QR melalui aplikasi di kaunter imigresen untuk mempercepatkan proses kemasukan atau perlepasan tanpa perlu beratur panjang.
  1. Tambah Ahli Kumpulan
    • Tambah ahli keluarga atau pelawat lain jika bergerak secara berkumpulan bagi memudahkan kemasukan bersama.
  1. Kemaskini Maklumat & Semakan Status
    • Sentiasa kemas kini aplikasi dan maklumat perjalanan untuk akses ciri terkini serta menyemak status permohonan atau kemasukan melalui paparan aplikasi.

Sekiranya menghadapi masalah teknikal, hubungi pusat bantuan aplikasi melalui info yang disediakan di aplikasi berkenaan.

Cara Guna Aplikasi MyNIISeCara Guna Aplikasi MyNIISe
Cara Guna Aplikasi MyNIISe

Penggunaan Sistem Semasa Tempoh Percubaan NIISe

Sepanjang fasa percubaan NIISe, penggunaan sistem Kod QR serta aplikasi MyBorderPass sedia ada masih diteruskan bagi urusan keluar masuk imigresen. Namun begitu, orang ramai termasuk pelawat asing digalakkan untuk memuat turun dan menggunakan aplikasi MyNIISe di laluan yang sudah pun diaktifkan bagi memudahkan perjalanan.

Dalam masa yang sama, dokumen perjalanan atau pasport yang sah tetap PERLU dibawa untuk tujuan kemasukan dan pelepasan imigresen seperti yang ditetapkan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Apabila tempoh percubaan tamat kelak, sistem NIISe akan mengambil alih sepenuhnya penggunaan Kod QR bagi meningkatkan kecekapan serta menambah baik sistem semakan keselamatan automatik di pintu masuk antarabangsa negara.

Maklumat Lanjut

Untuk info terkini dan maklumat lanjut mengenai MyNIISe, sila layari:

Muat Turun 𝗠𝘆𝗡𝗜𝗜𝗦𝗲 di pautan:

Soalan Lazim MyNIISe

Apakah MyNIISe?

MyNIISe ialah aplikasi digital rasmi Malaysia yang memudahkan urusan imigresen termasuk kemasukan dan perlepasan di pintu masuk negara menggunakan kod QR dan data biometrik.

Di mana boleh saya muat turun aplikasi MyNIISe?

Anda boleh memuat turun aplikasi MyNIISe di Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery secara percuma.

 Siapa yang boleh menggunakan MyNIISe?

Semua rakyat Malaysia dan pelawat asing (termasuk Singapura & 63 negara lain) boleh menggunakan aplikasi MyNIISe untuk urusan imigresen digital di lokasi terpilih.

Adakah dokumen perjalanan masih diperlukan?

Ya, pasport atau dokumen perjalanan sah tetap diperlukan seperti yang ditetapkan dalam Akta Imigresen 1959/63.

Lokasi manakah yang terlibat semasa tempoh percubaan MyNIISe?

Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), dan lima lapangan terbang antarabangsa utama Malaysia.

Apa kelebihan menggunakan MyNIISe?

Proses pemeriksaan imigresen lebih pantas, mudah, dan selamat; boleh guna kod QR untuk pemeriksaan individu/kumpulan; aplikasi sentiasa dikemas kini dengan ciri terbaru.

Apa yang berlaku selepas tempoh percubaan?

Sistem MyNIISe akan menggantikan penggunaan sistem Kod QR lama untuk semakan imigresen automatik.



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru