Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2026 (BIB) RM450


Berita gembira buat ibu-ibu yang baru lepas bersalin, kerajaan Negeri Sarawak menyediakan Bantuan Ibu Bersalin 2026 sebanyak RM450 untuk anda.

Segala maklumat yang dikongsikan adalah berdasarkan maklumat terkini yang tertera di portal rasmi kerajaan negeri.

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan dan syarat kelayakan terkini.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang bantuan ini, syarat-syarat dan cara membuat permohonan menerusi www.sarawak.gov.my.

Apakah Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?

Bantuan Ibu Bersalin 2025 (BIB) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian RM 450.00 dalam bentuk tunai kepada setiap ibu bersatus “K” yang melahirkan anak bagi membantu keperluan para ibu selepas melahirkan anak seperti pemakanan sihat serta penjagaan diri semasa tempoh berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 telah mengumumkan Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450.00 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020.

YAB Premier Sarawak telah mengumumkan untuk meneruskan pelaksanaan inisiatif BIB pada tahun 2026.

Syarat Kelayakan

Berikut syarat kelayakan untuk memohon bantuan ibu bersalin negeri Sarawak.

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Mestilah melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak
  • Ibu merupakan pemegang MyKAD Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang MyKAD Sarawak yang berstatus “K”; dan
  • Permohonan boleh dibuat bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga tempoh 3 bulan selepas bersalin.

Borang yang lengkap diisi mestilah dihantar ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat/ Pejabat Residen/ Pejabat Daerah/ Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda melakukan permohonan secara dalam talian, maka segala dokumen sokongan hanya perlu dilampirkan sekali ketika mengisi borang secara dalam talian.

Dokumen Yang Wajib Disertakan

Dokumen-dokumen yang wajib disertakan bersama borang permohonan adalah seperti di bawah:

  • Salinan kad pengenalan / pasport ibu
  • Salinan kad pengenalan / pasport pasangan atau penjaga
  • Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus “K”.
  • Salinan muka hadapan buku rekod kesihatan ibu mengandung
  • Salinan penyata akaun bank terkini
  • Salinan surat pengesahan doktor/nota discaj/sijil lahir bayi atau surat pengesahan mengandung 22 minggu dan ke atas daripada pegawai perubatan

Nota : Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kumpulan A Gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kaum atau Ketua Masyarakat (dikecualikan bagi permohonan secara atas talian).

Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin 2026 Sarawak

Bermula 1 Januari 2026, semua permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) perlu dilakukan HANYA secara dalam talian melalui portal sarawak.gov.my dan diintegrasikan dengan SarawakPASS.

Permohonan Secara Online

  • Untuk memohon secara online, sila ke pautan hantar dokumen baharu dan ikuti arahan selanjutnya.
  • Setelah permohonan selesai dan dokumen lengkap dihantar, semakan daripada pihak KPWK akan dilakukan antara 7 hingga 14 hari waktu bekerja.
  • Kemudian, proses pembayaran juga akan mengambil masa dalam tempoh 1 minggu.
  • Pemohon akan menerima notifikasi pembayaran melalui emel.

Untuk mendaftar dan log in ke dalam Sarawak Pass, anda boleh rujuk pada artikel ini: Sarawak ID (Sarawak Pass): Cara Daftar & Login

Maklumat Penting

i) Permohonan WAJIB dilakukan bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga tempoh 3 bulan selepas bersalin,

ii) Permohonan bagi bantuan ini hanya sah bagi tempoh enam (6) bulan dari tarikh anda memohon. Jika tiada dokumen lengkap yang diterima dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan ditolak scara automatik;

iv) Borang permohonan berserta dokumen sokongan yang lengkap boleh dihantar di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah, Pejabat Daerah atau Pejabat Urus Setia BIB (Kuching sahaja), Negeri Sarawak.

v) Permohonan yang tidak lengkap dari segi dokumen tidak akan diproses.

Muat Turun Aplikasi Sarawak Pass

Untuk memudahkan anda membuat permohonan dan semakan Bantuan Ibu Bersalin, anda boleh memuat turun aplikasi Sarawak Pass ke dalam telefon masing-masing. Pautan aplikasi adalah seperti berikut:

Soalan Lazim – Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

2. Berapa kali saya boleh memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?

Anda boleh memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB) setiap kali anda melahirkan anak dengan syarat wajib memohon dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin.

3. Berapa hari yang diperlukan oleh Urus Setia untuk memproses permohonan saya?

Dalam tempoh 1 minggu tertakluk kepada kelengkapan dokumen yang dihantar kepada KPWK.

4. Saya sudah bersalin, adakah saya masih layak memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?

Sekiranya anda sudah bersalin, anda masih layak memohon BIB dengan syarat dalam tempoh 3 bulan selepas anda bersalin.

5. Adakah saya masih layak sekiranya saya mengalami keguguran selepas memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?

Pemohon adalah layak mendapat Bantuan Ibu Bersalin (BIB) sekiranya usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas serta mempunyai pengesahan daripada pegawai perubatan.

6. Sekiranya saya mengalami keguguran pada usia kandungan sebelum 22 minggu, adakah saya layak untuk mendapat BIB?

Tidak layak kerana usia kandungan anda tidak mencapai 22 minggu dan ke atas.

7. Sekiranya saya tidak mempunyai akaun simpanan persendirian, adakah saya boleh menggunakan akaun suami atau penjaga untuk menerima Bantuan Ibu Bersalin (BIB) tersebut?

Pemohon harus memohon kepada Setiausaha Tetap, KPWK untuk mendapat kebenaran bagi menggunakan akaun suami atau penjaga bagi penyaluran Bantuan Ibu Bersalin (BIB).

8. Siapakah yang perlu saya hubungi untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini?

Sila hubungi +6082-442050 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau e-mel ke [email protected]

Baca juga:


News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Cek Ongkir Cargo
Download Film