Skip to content
Mon, Dec 8, 2025

Petelur

  • Sample Page
Tak Berkategori

Cara Login & Semakan STR Fasa 3 2025

petelur12 August 2025


TERKINI : Tarikh bayaran STR 2025 bagi Fasa 3 akan disalurkan mulai 12 Ogos 2025

MySTR merupakan sebuah portal sehenti untuk program bantuan kerajaan Persekutuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Portal ini boleh diakses melalui pautan berikut:

Melalui portal ini, rakyat Malaysia yang layak memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mendaftar, menyemak dan mendapatkan maklumat terkini mengenai program bantuan rakayat ini.

Trending sekarang

11 Cara Hilangkan Kelemumur Secara Berkesan dan Semula Jadi

Dengan peningkatan kewujudan aktiviti penipuan dalam talian daripada scammer, diharapkan dengan kewujudan portal rasmi STR yang dikenali sebagai MySTR ini dapat mengelakkan lebih ramai Malaysia yang dalam kesempitan daripada ditipu oleh scammer yang mengambil kesempatan daripada rakyat yang terdesak.

BACA JUGA: Jadual STR 2025 – Tarikh Bayaran Bantuan Fasa 1,2,3,4

Pengenalan Akaun MySTR

Portal MySTR
Portal MySTR

Sekiranya anda memenuhi syarat untuk mendapat bantuan STR, anda dikehendaki untuk mendaftarkan akaun anda di laman MySTR untuk memastikan anda memperoleh segala manfaat di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & SARASumbangan Tunai Rahmah (STR) & SARA
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & SARA
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & SARA

Untuk mendaftarkan akaun anda, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari portal MySTR di alamat
  2. Klik pada butang “Permohonan Baharu STR”.
  3. Lengkapkan segala butiran maklumat diri.
  4. Lengkapkan setiap langkah yang diminta sehingga selesai.

Log Masuk Akaun MySTR

Setelah anda menyelesaikan proses pendaftaran di atas, anda boleh login ke dalam akaun anda dengan cara berikut:

    1. Masukkan nombor kad pengenalan anda di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah:
    2. Klik butang “Log Masuk”
    3. Kemudian, klik “Semak” setelah memastikan nombor kad pengenalan anda betul.
    4. Klik “Ya” sekiranya kata kunci keselamatan anda betul.
    5. Masukkan kata laluan, dan klik “Log Masuk”
    6. Selesai.

    Sekiranya anda telah memohon STR, status permohonan anda akan dipaparkan di bahagian “Semakan Permohonan”.

    BACA JUGA: Lupa Kata Laluan STR 2025, Ini Cara Dapatkan Semula Password

    Trending sekarang

    Jodoh Darul Iman – Daftar Aplikasi Cari Jodoh Online Patuh Syariah

    Kadar Bantuan Keseluruhan

    Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini yang bakal memanfaatkan sembilan juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa negara.

    mystrmystr
    Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
    mystrmystr
    Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
    mystrmystr
    Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

    Menurut Belanjawan 2025 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2025:

    • Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
      • RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
      • RM2,000 : 3 – 4 Anak
      • RM1,500 : 1 – 2 Anak
      • RM1,000 : Tiada Anak
    • Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
      • RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
      • RM1,000 : 3 – 4 Anak
      • RM750 : 1 – 2 Anak
      • RM500 : Tiada Anak
    • Bujang (Pendapatan durang daripada RM2,500)

    Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan
    pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2025 seperti berikut:

     Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
    Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

    STR Fasa 3 – 12 Ogos 2025

    Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan mula dikreditkan kepada penerima pada 12 Ogos 2025.

    Berikut adalah butiran penting STR Fasa 3 untuk 2025:

    • Tarikh pembayaran bermula: 12 Ogos 2025 (Selasa)
    • Kaedah pembayaran: Dikreditkan terus ke akaun bank penerima untuk yang mempunyai akaun. Bagi yang tiada akaun bank (termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan), bayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan.
    • Jumlah bantuan:
      • Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah: RM150 hingga RM650.
      • Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000: RM150 hingga RM300.
      • Warga emas tiada pasangan dan bujang: RM150.

    Penerima dinasihatkan membuat semakan status kelayakan di portal rasmi STR:

    Trending sekarang

    Piala Sumbangsih – JDT lwn Selangor FC [LIVE] 8 Ogos 2025

    Bantuan ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup dan memastikan mereka yang layak tidak tercicir daripada menikmati manfaat negara.

     Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3
    Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3
     Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3
    Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

    Cara Semakan Status MySTR

    Semakan status STR boleh dibuat melalui pautan berikut:

    Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah untuk semakan STR:

    1. Klik log masuk MySTR ()
    2. Masukkan nombor Mykad pemohon
    3. Pengesahan kata kunci keselamatan
    4. Maklumat yang akan dipaparkan :
      • Nama pemohon
      • No Mykad pemohon
      • Status permohonan
      • Maklumat pembayaran (jika layak)
    5. Klik menu Semakan Pembayaran
    6. Masukkan kata laluan

    Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

    Cara Semakan Status MySTRCara Semakan Status MySTR
    Semakan Status MySTR
    Cara Semakan Status MySTRCara Semakan Status MySTR
    Semakan Status MySTR

    Untuk mengetahui sama ada wang anda telah dikreditkan, sila klik di butang MAKLUMAT BAYARAN.

    Anda akan mendapati paparan seperti berikut:

    Cara Semakan Status MySTRCara Semakan Status MySTR
    Cara Semakan Status MySTR

    Sila rujuk STATUS KREDIT. Jika dinyatakan DALAM PROSES PENGKREDITAN, bermaksud bayaran sedang dalam proses dikreditkan dalam akaun bank anda.

    Jika dinyatakan BERJAYA KREDIT, bermaksud bayaran telah selesai dikreditkan dalam akaun bank anda.

    Jadual Bayaran STR 2025

    1. Kategori Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan

    a) Pendapatan Bujang ≤ RM2,500

    (Berumur 21 – 59 tahun / OKU berumur 19 – 59 tahun)

    • Kelayakan Maksimum: RM600
    • Jadual Bayaran:
      • Fasa 1: RM150
      • Fasa 2: RM150
      • Fasa 3: RM150
      • Fasa 4: RM150

    b) Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan ≤ RM5,000

    (Berumur ≥ 60 tahun)

    • Kelayakan Maksimum: RM600
    • Jadual Bayaran:
      • Fasa 1: RM150
      • Fasa 2: RM150
      • Fasa 3: RM150
      • Fasa 4: RM150

    2. Kategori Isi Rumah

    a) Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500 (Tiada Had Umur)

    Bilangan Anak Kelayakan Maksimum (RM) Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4
    0 1,000 500 150 150 200
    1 – 2 1,500 500 300 350 350
    3 – 4 2,000 500 500 500 500
    ≥5 2,500 500 650 650 700

    FASA 3: RM150-650 (rujuk jadual di atas mengikut kategori)

    b) Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 (Tiada Had Umur)

    Bilangan Anak Kelayakan Maksimum (RM) Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4
    0 500 150 100 150 100
    1 – 2 750 150 150 200 250
    3 – 4 1,000 250 200 250 300
    ≥5 1,250 300 300 300 350

    FASA 3: RM150-300 (rujuk jadual di atas mengikut kategori)

    MUAT TURUN FAQ PEMBAYARAN STR 2025 (PDF):

    Panduan Pengguna STR 2025

      Maklumat Terkini Pemberian STR

      Portal MySTR berfungsi sebagai medium rasmi segala maklumat terkini bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sekaligus mengurangkan kebarangkalian rakyat Malaysia mendapat maklumat tidak sahih mengenai program ini.

      Ini membaca maklumat terkini mengenai program bantuan STR, pastikan anda mengklik tab Maklumat Terkini seperti gambar di bawah.

      Makluman Terkini Portal MySTRMakluman Terkini Portal MySTR
      Makluman Terkini Portal MySTR

      Hebahan Infografik

      Hebahan Infografik Portal MySTRHebahan Infografik Portal MySTR
      Hebahan Infografik Portal MySTR

      Menariknya, portal MySTR ini juga menyedian hebahan infografik rasmi mengenai STR.

      Sebagai pengguna, anda boleh memuat turun dan berkongsi mana-mana infografik rasmi mengenai STR ini kepada ahli keluarga, rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang layak menerima STT ini.

      Pemberian infografik ini secara tidak langsung dapat mengelakkan penularan maklumat tidak sahih yang ditularkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

      Notis Amaran STR

      Notis Amaran STRNotis Amaran STR
      Notis Amaran STR

      MySTR berfungsi sebagai medium rasmi untuk segala perkara berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

      Kewujudan portal ini secara tidak langsung berperanan mengelakkan rakyat Malaysia daripada menjadi aktiviti scammer.

      Malah, diportal ini turut dimuatkan dengan Notis Amaran agar tiada lagi penerima STR menjadi mangsa sindiket scammer yang mengambil kesempatan ini.

      SOALAN LAZIM :

      Maklumat lanjut

      Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai STR 2025 atau portal MySTR, sila hubngi pegawai yang bertugas di:

      Soalan Lazim – MySTR

      1. Apa itu MySTR login dan bagaimana cara menggunakannya?

      MySTR login adalah portal rasmi untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) membuat semakan status, kemas kini maklumat, dan memohon bantuan. Pengguna perlu memasukkan nombor MyKad dan kata laluan yang didaftarkan.

      2. Bagaimana cara daftar akaun baharu di MySTR?

      Layari laman web rasmi MySTR, klik “Daftar Akaun Baharu” dan isi maklumat peribadi seperti nombor MyKad, e-mel, dan kata laluan. Pengesahan akan dihantar melalui e-mel atau SMS.

      3. Apakah langkah untuk reset kata laluan MySTR jika terlupa?

      Klik pautan “Terlupa Kata Laluan” di halaman MySTR login, masukkan nombor MyKad, dan ikut arahan untuk menetapkan kata laluan baharu melalui pautan pengesahan e-mel atau SMS.

      4. Adakah MySTR login boleh diakses melalui telefon bimbit?

      Ya, portal MySTR mesra peranti mudah alih dan boleh diakses melalui telefon pintar menggunakan pelayar internet.

      5. Bagaimana cara membuat permohonan STR 2025 secara online?

      Layari portal MySTR, log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan, kemudian pilih menu “Permohonan Baharu” dan isi semua maklumat yang diperlukan.

      6. Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan STR 2025?

      Salinan MyKad, dokumen bukti pendapatan, sijil nikah atau sijil lahir anak, dan dokumen sokongan lain jika diperlukan.

      7. Adakah permohonan STR 2025 boleh dibuat melalui kaunter LHDN?h tarikh permohonan STR 2025 dibuka dan ditutup?

      Ya, permohonan juga boleh dibuat di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil, atau Urban Transformation Centre (UTC).

      8. Bagaimana cara menyemak status permohonan STR 2025 selepas dihantar?

      Log masuk ke portal MySTR dan pilih menu “Semakan Status” untuk melihat keputusan permohonan.

      9. Apakah syarat kelayakan pendapatan untuk STR 2025?

      Kelayakan bergantung pada kategori seperti isi rumah, warga emas, atau bujang dengan had pendapatan tertentu, biasanya RM5,000 ke bawah.

      10. Bagaimana cara menyemak kelayakan STR 2025 secara online?

      Log masuk ke portal MySTR dan gunakan menu semakan kelayakan berdasarkan maklumat pendapatan dan status perkahwinan.

      11. Bagaimana cara membuat semakan Bantuan Tunai Rahmah secara online?

      Layari portal MySTR, log masuk, dan pilih menu “Semakan Pembayaran” untuk melihat status kelayakan dan tarikh bayaran.

      12. Apa yang perlu dilakukan jika status semakan Bantuan Tunai Rahmah “Tidak Layak”?

      Pemohon boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan dengan mengemukakan dokumen sokongan.

      13. Adakah Bantuan Tunai Rahmah ini diberikan secara berperingkat?

      Ya, pembayaran dilakukan mengikut fasa yang ditetapkan oleh kerajaan. Terkini, Fasa 3 akan disalurkan bermula 12 Ogos 2025.



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Tagged Cara, Fasa, Login, Semakan, STR

Post navigation

⟵ Semakan Status Bantuan Tunai Rahmah 2025
MyLesen B2 JPJ – Permohonan Lesen Percuma 2025 ⟶

Related Posts

Tracker Sumud Flotilla – [LIVE] Penjejak Kapal ke Gaza

Tracker Sumud Flotilla membolehkan orang ramai mengikuti secara langsung perjalanan kapal misi kemanusiaan ke Gaza, termasuk lokasi semasa, laluan pelayaran…

Pengambilan TLDM 2026 – Permohonan & Semakan (navy.mil.my)

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA (PtM) TLDM SIRI 231/26 BAGI LEPASAN SPM / SVM (LELAKI DAN WANITA) DAN LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN (LELAKI)…

Bola Sepak – Sukan SEA 2025 [LIVE] Malaysia vs Vietnam)

Bola Sepak Sukan SEA 2025, Malaysia (Harimau Malaya B-23) bakal menentang Vietnam pada Khamis ini, 11 Disember 2025 di Stadium…

Pos-pos Terbaru

  • Bola Sepak – Sukan SEA 2025 [LIVE] Malaysia vs Vietnam)
  • Apa Itu Skim Lindung 24/7 & Cara Tuntutan
  • Rahsia Bina Kekayaan Jangka Panjang
  • Pendaftaran Percuma MyLesen B2 JPJ (5-7 Disember 2025)
  • Amaran MetMalaysia Hujan Berterusan – 5 hingga 8 Disember 2025

Komentar Terbaru

No comments to show.

Arsip

  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022

Kategori

  • Bisnis
  • News
  • Perbankan
  • Tak Berkategori

situs togel
Altogel
Copyright © 2025 Petelur | Newsbreak Magazine by Ascendoor | Powered by WordPress.