MyLesen B2 JPJ – Permohonan Lesen Percuma 2025


PERMOHONAN PROGRAM MYLESEN B2 TAHUN 2025 – BILANGAN PESERTA ADALAH TERHAD!!

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) meneruskan lagi program MyLesen B2 Tahun 2025. Maklumat lebih lanjut boleh dirujuk di:

Program MyLesen B2 Tahun 2025 adalah inisiatif kerajaan untuk memperkasa golongan B40 dan tanggungannya mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 untuk motosikal.

Permohonan dibuka mulai Februari hingga Oktober 2025 atau sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2025, sila teruskan membaca perkongsian ini.

BACA JUGA: MyJPJ (2025) – Bayar Saman & Renew Roadtax / Lesen Online

Pengenalan

Program MyLesen B2 Tahun 2025 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Program ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Peserta layak adalah warganegara Malaysia berumur antara 16 hingga 35 tahun semasa permohonan.

Program MyLesen B2 untuk tahun ini juga diperluaskan di institusi pendidikan dalam usaha membantu pelajar dan belia yang kurang berkemampuan mendapatkan lesen.

MyLesen B2 JPJ

Peserta layak adalah warganegara Malaysia berumur antara 16 hingga 35 tahun semasa permohonan.

Tahun ini, 10,000 kuota baharu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan untuk fasa kedua program ini. Namun, kuota peserta adalah terhad dan berbeza mengikut negeri.

JPJ akan mengatur jadual latihan dan ujian memandu serta mengumumkan tarikh ujian praktikal peserta.

Peserta perlu melengkapkan modul latihan dan ujian mengikut masa dan prosedur yang ditetapkan sebelum lesen dikeluarkan.

JPJ bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk melaksanakan Program MyLesen B2 di peringkat sekolah bagi pelajar menunggang motosikal ke sekolah.

Impak Program

  • Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.

Syarat Permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2025

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 16 Tahun sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
  3. Peserta merupakan pelajar sekolah/institut pengajian tinggi/golongan belia
  4. Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
  5. Sihat Fizikal Dan Mental
  6. Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  7. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
Syarat Permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2025Syarat Permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2025
Syarat Permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2025

Info Tambahan:

  1. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
  2. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  3. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  4. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  5. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  6. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

Tarikh Tutup

Program akan dijangka akan berlangsung dari Februari hingga Oktober 2025 seperti tahun lalu. Pendaftaran akan dibuka sehingga kuota yang ditetapkan penuh.

Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2025 pula adalah sehingga kuota penyertaan di JPJ Negeri dipenuhi.

Cara Memohon MyLesen B2 JPJ 2025

Untuk memohon Program MyLesen B2 Tahun 2025, pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat JPJ Negeri di seluruh Malaysia. Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Penyertaan akan ditutup setelah kuota penyertaan di setiap JPJ Negeri dipenuhi.

Pastikan anda menyediakan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.

Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.

JPJ akan mengatur jadual latihan anda dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal.

Kos Bayaran

Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.

Tempoh Masa Latihan & Ujian

Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:

KELAS LESEN: B2

  • Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
  • Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
  • Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
  • Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
  • Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
  • Ujian JPJ

Apabila peserta gagal untuk menamatkan Program dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu 3 bulan, peserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2025.

Permohonan MyLesen B2 2025 Mengikut Negeri

*Kuota keseluruhan belum diumumkan secara rasmi oleh JPJ dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut negeri.

1. PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Terhad kepada 650 peserta sahaja.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Pulau Pinang di talian 04-3927777/657/687.

1. PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG1. PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

2. PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Bagi fasa pertama, Kelantan diperuntukkan sebanyak 1,000 slot, manakala 650 slot tambahan akan menyusul dalam fasa kedua yang dijangka berlangsung dari Ogos hingga Oktober 2025.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama tujuh institusi pengajian tinggi awam dan lima belas institut memandu di seluruh negeri.

 PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI KELANTAN PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI KELANTAN
PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI KELANTAN

3. PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI PERLIS (FASA 2)

KUOTA TERHAD – 500 PESERTA SAHAJA!
Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal)
Anjuran: Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Perlis

Syarat Peserta:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 16 hingga 35 tahun.
  3. Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
  4. Sihat dari segi fizikal dan mental.
  5. Belum memiliki sebarang lesen memandu.
  6. Bebas daripada senarai hitam Mahkamah, JPJ, dan PDRM.

Impak Program:

  • Membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan lesen memandu motosikal.
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya.
  • Menggalakkan pemanduan yang sah di sisi undang-undang.
  • Melahirkan penunggang motosikal yang berkemahiran dan berdisiplin.

📍 Maklumat Pendaftaran:
🗓 Tarikh: 9 Ogos 2025 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 4.00 petang
🏢 Lokasi: JPJ Negeri Perlis

📌 Tindakan Peserta:

  • Sila imbas kod QR yang disediakan.
  • Bawa dokumen lengkap pada hari pendaftaran.
  • Cetak borang permohonan.
PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI PERLIS (FASA 2)PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI PERLIS (FASA 2)
PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI PERLIS (FASA 2)

4. PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI PERAK

SYARAT PESERTA :

  1. Warganegara Malaysia (Pemastautin Negeri Perak Sahaja)
  2. Berumur 16 Tahun sehingga 35 tahun
  3. Terbuka kepada kalangan B40 dan tanggungan B40 (pelajar sekolah; Kadet JPJ diutamakan & pelajar IPTA / IPTS serta IP MARA)
  4. Sihat Fizikal Dan Mental
  5. Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
  6. Bebas daripada tunggakan saman dan Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI PERAKPROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI PERAK
PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI PERAK

Impak Program :

  • Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.

DAFTAR SEKARANG – Klik di sini untuk download borang permohonan :

Sila hantar borang permohonan yang telah dilengkapkan kepada JPJ Negeri Perak / Cawangan berhampiran. Tarikh tutup penghantaran borang adalah pada 21 Mac 2025.

5. PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI MELAKA

Program MYLESEN B2 TAHUN 2025

  • Terhad 25 orang setiap DUN.
  • Jadi, kalau nak mohon, semak dulu syarat tu penuhi ke tak.
  • Kalau penuhi, muat turut borang dan lengkapkan.
  • Dah lengkap boleh hantar ke Japerun Duyong segera.

6. PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI SABAH FASA 2

Seramai 1,200 orang penduduk Negeri Sabah, terdiri daripada pelajar sekolah, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta belia kategori B40 kini boleh menarik nafas lega apabila menerima manfaat daripada Program MyLesen B2 bagi tahun 2025.

PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI SABAH

7. PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI PAHANG FASA 2

Seramai 940 peserta telah berjaya memperoleh lesen memandu B2 melalui program ini bagi negeri Pahang.

PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI PAHANG FASA 2PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI PAHANG FASA 2
PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI PAHANG FASA 2

8. PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Untuk Negeri Sembilan, sebanyak 1,185 peserta ditawarkan untuk program ini dan 876 calon telah menamatkan Kursus Pendidikan Pemandu (KPP01).

PROGRAM MyLESEN B2 2025 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

NOTA:
Terdapat beberapa negeri lain belum lagi membuka permohonan rasmi MyLesen B2 2025 fASA 2 dan akan dikemaskini kelak. Sila rujuk laman Facebook rasmi JPJ setiap Negeri dari semasa ke semasa.

JPJ Setiap Negeri

Borang Pendaftaran / Permohonan MyLesen B2 / 2025

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di alamat emel: [email protected] atau talian 03 – 8892 8714 / 8693.

  1. Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
  2. Twitter: JPJ_Malaysia
  3. Instagram: JPJMalaysia
  4. Youtube: JPJMalaysia
  5. Telegram: JPJ_Malaysia

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Program My Lesen B2 Tahun 2025?

Program MyLesen B2 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Apakah manfaat yang diperoleh oleh peserta sekiranya menyertai Program My Lesen B2 Tahun 2025?

Peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program My Lesen B2 Tahun 2025?

Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)

Dimanakah calon boleh membuat pendaftaran bagi Program My Lesen B2 Tahun 2025?

Pendaftaran peserta boleh dibuat melalui pautan atau Kod QR [akan dikemaskini kelak setelah pengumuman rasmi oleh JPJ]

Apakah syarat kelayakan peserta bagi permohonan Program MyLesen B2 Tahun
2025?

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 16 Tahun sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
3. Peserta merupakan pelajar sekolah/institut pengajian tinggi/golongan belia
4. Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
5. Sihat Fizikal Dan Mental
6. Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
7. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.

Berapakah kos bayaran bagi Program MyLesen B2 Tahun 2025?

Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk ulangan) adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh setiap peserta untuk menjalani latihan dan ujian memandu bagi Program My Lesen B2 Tahun 2025?

Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:
1. Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
2. Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
3. Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
4. Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
5. Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
6. Ujian JPJ

Di manakah peserta perlu menjalani latihan dan ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?

Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang telah ditetapkan oleh JPJ sahaja. Penempatan lokasi latihan dan ujian akan ditetapkan berdasarkan lokasi terhampir dengan pilihan peserta.

Adakah peserta dibenarkan untuk bertukar ke Institut Memandu (IM) lain setelah berjaya menjalani sebahagian daripada latihan yang ditetapkan atau dibenarkan untuk berhenti daripada meneruskan latihan dan ujian?

Tidak. Peserta perlu menghabiskan latihan dan ujian di IM yang didaftarkan dan tidak dibenarkan untuk bertukar ke IM lain. Peserta adalah tertakluk kepada syarat-syarat Program yang ditetapkan
melalui satu (1) Surat Aku Janji bagi memastikan komitmen peserta terhadap Program yang dilaksanakan.

Adakah kos-kos lain yang tidak termasuk di dalam pakej yuran Program MyLesen B2 Tahun 2024 akan turut ditanggung oleh pihak Kerajaan?

Tidak. Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.

Apakah yang menyebabkan peserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2025?

Apabila peserta gagal untuk menamatkan Program sebelum tempoh yang telah ditetapkan iaitu November 2025.

Bilakah tarikh tutup penyertaan bagi Program My Lesen B2 Tahun 2025?

Tarikh tutup adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi. Jumlah kuota akan dikemaskini kelak.

Adakah peserta perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2025?

Tidak. Namun peserta perlu membuat pengesahan kesihatan kendiri melalui Borang Perakuan Kesihatan Calon yang telah disediakan.

Adakah Orang Kurang Upaya (OKU) dibenarkan untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2025?

OKU yang dibenarkan adalah bagi kategori yang tidak melibatkan sebarang pengubahsuaian kenderaan sahaja seperti yang berikut:
a) Pendengaran;
b) Pertuturan; atau
c) Pembelajaran.
dengan mendapat pengesahan pegawai perubatan yang bertauliah (Borang Pemeriksaan Kesihatan Permohonan Lesen Memandu Orang Kurang Upaya).

Sekiranya terdapat sebarang persoalan Berhubung pelaksanaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 ini, apakah sumber yang boleh dirujuk?

Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan Program MyLesen B2 Tahun 2025 boleh dikemukakan kepada [email protected] atau 03 – 8892 8714/8693.

Berapakah harga lesen B2 2025?

Harga lesen motosikal B2 tahun 2025 berbeza mengikut sekolah memandu dan negeri, namun secara purata ia berada dalam lingkungan RM350 hingga RM500 termasuk yuran pendaftaran, ujian teori (JPJ), latihan praktikal, dan ujian jalan raya. Untuk peserta program MyLesen B2 yang layak, kos ini boleh menjadi lebih rendah kerana mendapat subsidi atau bantuan khas.

Apakah bantuan lesen MAIPk 2025?

Bantuan lesen MAIPk 2025 ialah inisiatif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) untuk membantu golongan asnaf, pelajar, atau individu berpendapatan rendah mendapatkan lesen memandu, termasuk lesen motosikal B2.

Apa itu lesen kereta Madani 2025?

Lesen kereta Madani 2025 merupakan program di bawah inisiatif kerajaan MADANI yang memberi peluang kepada golongan B40 dan pelajar untuk mendapatkan lesen memandu kereta (kelas D) dengan kos yang lebih rendah. Program ini juga mempunyai konsep sama seperti MyLesen B2, iaitu menawarkan subsidi yuran pembelajaran dan ujian.

Bagaimana cara permohonan lesen motosikal percuma 2025?

Permohonan lesen motosikal percuma 2025 biasanya melalui program MyLesen B2 atau bantuan khas daripada agensi kerajaan negeri. Pemohon perlu:
Memenuhi syarat kelayakan (warganegara Malaysia, umur 16 tahun ke atas, tiada lesen memandu sebelum ini), Mengisi borang permohonan secara dalam talian atau di kaunter agensi berkaitan, Menyediakan dokumen seperti salinan IC, slip gaji atau pengesahan status B40, dan gambar passport.

Apa itu ELKM?

ELKM adalah singkatan bagi Lesen Kenderaan Motor digital, iaitu versi digital bagi cukai jalan (roadtax) kenderaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Ia menggantikan pelekat fizikal cukai jalan yang sebelumnya perlu dipamerkan pada kenderaan. Dengan ELKM, pemilik kenderaan boleh menyimpan dan memaparkan lesen cukai jalan mereka secara digital melalui aplikasi MyJPJ atau portal rasmi JPJ.

MUAT TURUN SOALAN LAZIM MYLESEN B2 (PDF):





News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru