Rakan Muda merupakan sebuah program kesukarelawanan remaja di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (kbs.gov.my/rakanmuda).
Ia diwujudkan untuk memberi peluang kepada belia Malaysia menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan khidmat masyarakat.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Rakan Muda Malaysia.
Apa itu Rakan Muda Malaysia?
Program Rakan Muda Malaysia adalah sebuah inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang bertujuan menjadi platform pengisian masa berkualiti dan penyatuan perpaduan bagi belia berumur 13 hingga 30 tahun.
Program ini memberi peluang kepada belia menyertai pelbagai aktiviti kesukarelawanan, kemasyarakatan, dan pembangunan diri.
Melalui Rakan Muda, ahli didedahkan dengan pengalaman sukarelawan dan diterapkan nilai-nilai murni seperti semangat patriotik, kesukarelawanan, dan keprihatinan terhadap masyarakat.
Matlamat utamanya adalah membina generasi muda yang prihatin, bertanggungjawab, dan menyumbang kepada pembangunan negara.
Program ini telah melalui beberapa fasa evolusi sejak diperkenalkan pada tahun 1994, dengan penekanan terbaru pada 10 gaya hidup yang menyerlahkan minat, ekspresi, dan kecenderungan positif anak muda secara fun, vibrant, dan meaningful.
KBS juga menggariskan tiga fokus utama Rakan Muda sejak 2023:
- Menghangatkan semula jenama Rakan Muda kepada generasi kini melalui 10 gaya hidup bernafas baru.
- Membangunkan anak muda menerusi penterjemahan minat dan kecenderungan positif.
- Sinergi dengan pelbagai rakan strategik.
Manfaat menyertai program termasuk membina kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, memupuk nilai disiplin dan integriti, serta peluang mewakili Malaysia dalam program kesukarelawanan antarabangsa. Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian di laman rasmi KBS.
BACA JUGA: Mudah Lupa & Hilang Fokus? Ini 13 Cara Atasi Simptom ‘Brain Fog’
Fasa Transformasi Rakan Muda Malaysia
Program Rakan Muda telah mengalami evolusi yang besar sejak diperkenalkan pada tahun 1994. Bermula sebagai program kesukarelawanan remaja biasa, ia telah melalui fasa transformasi demi memenuhi keperluan semasa dan cabaran baharu yang dihadapi generasi muda Malaysia.
FASA 1 (1994 -2006)
Fokus kepada pembangunan sahsiah individu melalui platform 9 gaya hidup bagi mengurangkan isu lepak terutamnya dalam kalangan remaja
FASA 2 (2007 -2014)
Fokus kepada pembanguan potensi remaja berasaskan penglibatan aktif dalam 8 gaya hidup menerusi elemen prihatin, mahir dan dinamik
FASA 3 (2015- 2022)
Showcase of talent.Fokus untuk mendekati minat anak muda dengan memberi penumpuan kepada penyerlahan kreativiti dan pengembangan bakat
FASA 4 (2023 -KINI)
Fokus kepada pembangunan anak muda menerusi penterjemahan ekspersi, minat dan kecenderungan positif berlandaskan 10 gaya hidup yang Fun, Vibrant & Meaningful
Logo Rakan Muda Malaysia
Logo rasmi Rakan Muda Malaysia memaparkan bentuk segitiga yang melambangkan kestabilan, kekuatan dan aspirasi generasi muda untuk terus maju.
Dalam logo tersebut juga terdapat lima bintang yang melambangkan kebersamaan, kerjasama, dan nilai-nilai keprihatinan terhadap masyarakat.

Tatacara penggunaan logo boleh di muat turun di bawah:
Lirik Lagu Rakan Muda
Masanya telah tiba
Bertekad bersemangat
Capai cita murnimu
Rakan Muda
Pewaris era jaya
Harapan bangsa
Berusaha dan berjaya
Rakan Muda
Dimana jua hargai diri
Serlahkanlah kecemerlanganmu, Rakan Muda
Impian akan terlaksana
Bersemangat waja terus berusaha
Keazaman terus membara
Yakin boleh, Rakan Muda
Ey, Rakan Muda, sampai masa dunia kita punya
Rakan Muda, kita genggam harapan dan cita
Dari celik mata terus bangun
Aku terus melangkah
Lari atau terbang
Masa depanku punya
Yakin boleh, ku mampu apa saja
Yakin boleh, demi cinta negara
Yakin boleh, semangat berjaya
Ini demi impian kita, Rakan Muda
Masanya telah tiba
Bertekad bersemangat
Capai cita murnimu
Rakan Muda, Rakan Muda
Bersemangat waja terus berusaha
Keazaman terus membara
Yakin boleh, yakin boleh
Rakan Muda, Rakan Muda
Fokus Utama & 10 Gaya Hidup Rakan Muda
Fokus utama program Rakan Muda Malaysia 2025 adalah:
- Menghangatkan semula jenama Rakan Muda kepada generasi kini melalui 10 gaya hidup yang diberi nafas baru.
- Membangunkan anak muda menerusi penterjemahan minat dan kecenderungan positif yang berlandaskan elemen fun, vibrant & meaningful.
- Memperkukuh identiti dan perpaduan belia negara serta memperkasakan jati diri, kredibiliti, daya saing dan kepimpinan belia.
- Menyediakan platform pengisian masa berkualiti, kesukarelawanan, dan kemasyarakatan kepada belia berumur 13 hingga 30 tahun.
Manakala 10 gaya hidup yang diperkenalkan KBS dan boleh dipilih oleh setiap ahli merangkumi aspek seperti berikut :


1. Rakan Aktif
Rakan Aktif menekankan kepada penglibatan secara aktif dalam aktiviti sukan, rekreasi dan fizikal bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan cergas. Antara aktivitinya termasuk sukan permainan, pendakian gunung dan ekspedisi lasak.
2. Rakan Bumi
Rakan Bumi memberi penekanan kepada kepekaan dan kepedulian terhadap alam sekitar. Aktiviti seperti kempen kitar semula, penanaman pokok bakau dan penerangan mengenai pemanasan global dilaksanakan.
3. Rakan Demokrasi
Gaya hidup ini mendedahkan ahlinya dengan proses demokrasi, pilihanraya dan sistem kerajaan di Malaysia. Lawatan ke parlimen, demonstrasi mengundi dan perbahasan berkaitan isu semasa diterapkan.
4. Rakan Digital
Rakan Digital membantu peserta menguasai dunia digital dengan memberikan latihan dan kemahiran berkaitan penggunaan teknologi, aplikasi dan media sosial secara positif dan berhemah.
5. Rakan Ekspresi
Rakan Ekspresi menggalakkan ahlinya menzahirkan bakat seni dan kreativiti seperti seni khat, pencatan, puisi dan penulisan kreatif untuk pembangunan diri dan menyemai identiti kebudayaan.
6. Rakan Litar
Rakan Litar mempromosi gaya hidup melibatkan aktiviti litar lasak, berkayak, bermotosikal dan sebagainya untuk membina semangat kesukanan dan kehidupan luar bandar.
7. Rakan Mahir
Ini merupakan komponen kemahiran teknikal dan vokasional seperti pertukangan, elektrik, jahitan dan masakan untuk meningkatkan kemahiran insaniah dan merebut peluang pekerjaan.
8. Rakan Muzik
Rakan Muzik menjana minat ahlinya dalam seni muzik melalui aktiviti seperti persembahan muzik, bengkel nyanyi dan komponen teori dan praktikal muzik untuk mengasah bakat mereka.
9. Rakan Niaga
Rakan Niaga memberikan pendedahan kepada ahlinya tentang dunia keusahawanan dan perniagaan untuk memupuk minda keusahawanan seperti penjenamaan, pemasaran dan merebut peluang perniagaan.
10. Rakan Prihatin
Gaya hidup Rakan Prihatin memberikan pendedahan kepada ahlinya tentang isu-isu sosial dan kemasyarakatan agar mereka mempunyai sifat prihatin, dermawan dan bertanggungjawab kepada komuniti sekitar.
Kesemua 10 gaya hidup ini membentuk komponen penting untuk melahirkan generasi yang bersahsiah tinggi, berdaya saing dan menyumbang kepada kemajuan negara. Generasi muda diharapkan mengamalkan gaya hidup ini sejak dari peringkat awal lagi.
Manfaat Menyertai Program Rakan Muda
Menyertai program Rakan Muda memberi banyak manfaat dan kelebihan kepada para peserta antaranya:
- Membangunkan jati diri belia melalui pengalaman sukarelawan dan aktiviti kemasyarakatan yang positif.
- Memperkasa potensi dan identiti diri serta memupuk nilai-nilai murni seperti keprihatinan, semangat patriotik, dan tanggungjawab sosial.
- Meningkatkan kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan dan komunikasi yang penting untuk pembangunan diri secara menyeluruh.
- Menyediakan platform pengisian masa berkualiti untuk belia berumur 13 hingga 30 tahun yang boleh menjauhkan mereka dari gejala sosial tidak sihat.
- Memberi pendedahan kepada pelbagai bidang kemahiran seperti sukan, seni, keusahawanan, teknologi dan pendidikan yang relevan dengan trend semasa.
- Peluang mengikuti kursus, bengkel dan kem latihan yang boleh menambah kemahiran hidup dan meningkatkan kualiti diri.
- Peluang terlibat dalam misi kemanusiaan dan sukarelawan di peringkat tempatan dan antarabangsa untuk memupuk sikap empati dan ihsan.
- Memupuk perpaduan dan integrasi sosial antara belia dari pelbagai latar belakang melalui aktiviti berkumpulan.
- Membantu membina keyakinan diri dan harga diri melalui pencapaian dan penglibatan aktif dalam aktiviti Rakan Muda.
- Membuka peluang jaringan sosial dan kerjaya, termasuk peluang mendapat sokongan dan tunjuk ajar dari pihak kerajaan dan agensi belia.
Program-program yang dianjurkan oleh Rakan Muda juga sejajar dengan aspirasi Kerajaan Malaysia dalam membentuk generasi muda yang berdaya saing, berwawasan, dan berjiwa prihatin untuk memajukan negara.
Cara Daftar Ahli
Untuk mendaftar menjadi ahli dan akaun pengguna Rakan Muda, anda boleh rujuk cara-cara berikut:
- Layari portal Dashboad Belia di pautan berikut:
- Klik “Belum ada akaun? Daftar Sekarang”
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan tandakan persetujuan dan pengesahan maklumat.
- Klik “Daftar”




Selepas pendaftaran berjaya, anda akan menerima e-mel pengesahan beserta maklumat pelantikan dan aktiviti akan datang.
Cara Menjadi Rakan Pelaksana Rakan Muda
Bagaimana ingin menjadi Rakan Pelaksana bagi melaksanakan program Rakan Muda? Anda atau organisasi anda berminat untuk bekerjasama bersama kami untuk melaksanakan program Rakan Muda?
Sila rujuk langkah-langkah berikut:
- Hantar cadangan secara rasmi melalui surat atau emel beserta kertas kerja/cadangan program. Emel rasmi: [email protected]
- Penentuan hala tuju kerjasama sebagai Rakan Pelaksana.
- Lantikan sebagai Rakan Pelaksana.
- Menghantar laporan pelaksanaan program kepada Sekretariat Induk.
Apa itu Rakan Pelaksana?
Agensi awam, badan bukan kerajaan yang berdaftar dan agensi swasta bekerjasama dalam melaksanakan program Rakan Muda di bawah 10 Gaya Hidup.


Senarai Program Rakan Muda 2025
Berikut adalah senarai beberapa program utama Rakan Muda Malaysia yang dijalankan pada tahun 2025:
Rakan Mahir: Future Y-Skills (Healthy Meals)
- Kursus jangka pendek berkonsep Do It Yourself (DIY) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri
- Tarikh: 20 – 24 Ogos 2025
- Terbuka kepada belia 15 – 30 tahun
- Percuma
Kelas Suntingan Video 2025
- Kelas suntingan video khas untuk pekerja gig seperti delivery rider dan e-hailing
- Tarikh: 26 Ogos 2025
- Percuma
Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Daerah Tahun 2025
- Program kesukarelawanan di Pantai Rhu, Tanjung Dawai
- Tarikh: 21 Ogos 2025
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
- Percuma
Webinar “Microsleep dalam Kalangan Belia”
- Penceramah pakar dan panel bagi kesedaran kesihatan bagi pekerja gig
- Tarikh: 27 Ogos 2025
- Percuma
Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Negeri 2025
- Latihan dan pembelajaran kepimpinan organisasi untuk belia
- Tarikh: 21 – 23 Ogos 2025
- Terbuka kepada belia berumur 15 – 30 tahun
- Percuma
Kem Belia 2025 – Betong
- Kem intervensi sosial bagi membina kesedaran belia tentang bahaya gejala sosial dan aktiviti tidak sihat
- Tarikh: 22 – 24 Ogos 2025
- Terbuka kepada belia 13 – 16 tahun yang dicalonkan
- Percuma
Program-program ini merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk memperkasakan belia melalui aktiviti kemahiran, kesukarelawanan, kepimpinan, dan pembangunan diri.
Untuk senarai lengkap dan terkini program Rakan Muda, anda boleh melawat laman rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di pautan berikut:


Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Rakan Muda, anda juga boleh layari website Kementerian Belia & Sukan (KBS) di pautan berikut:
Rujuk soalan-soalan lazim di bawah:




Soalan Lazim
Program Rakan Muda adalah inisiatif oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bertujuan melibatkan belia dalam aktiviti kesukarelawanan, kemasyarakatan, dan pembangunan diri bagi golongan berumur 13 hingga 30 tahun.
Terbuka kepada belia Malaysia berumur antara 13 hingga 30 tahun dari pelbagai latar belakang.
Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman rasmi Kementerian Belia dan Sukan di kbs.gov.my/rakanmuda dengan mengisi borang pendaftaran dan menghantar maklumat lengkap.
Sukan dan Rekreasi
Pendidikan dan Kerjaya
Kebudayaan, Seni dan Kreativiti
Keusahawanan dan Inovasi
Kesukarelawanan dan Khidmat Masyarakat
Keagamaan dan Kerohanian
Alam Sekitar dan Kelestarian
Media dan Teknologi
Perpaduan dan Integrasi Sosial
Kesihatan dan Kesejahteraan
Program Rakan Muda Malaysia KBS 2025 meliputi pelbagai aktiviti seperti kursus kemahiran jangka pendek (DIY Healthy Meals), kelas suntingan video untuk pekerja gig, program sukarelawan SATRIA di Tanjung Dawai, webinar kesedaran kesihatan, latihan kepimpinan organisasi, dan kem intervensi sosial untuk belia. Selain itu, program Rakan Muda Turun Kampus melibatkan ribuan pelajar IPT untuk menyampaikan aspirasi belia dan memperkukuh perpaduan melalui aktiviti interaktif sepanjang tahun. Semua program ini bertujuan memperkasakan belia dengan kemahiran, nilai, dan semangat kesukarelawanan yang sejajar dengan aspirasi pembangunan negara.
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru