TERKINI: SARA UNTUK SEMUA AKAN DIKREDITKAN MULAI ESOK 9 FEBRUARI 2026 (ISNIN). Semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi SARA.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan RM100 one-off kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan, iaitu SARA Untuk Semua. Bantuan ini akan dikreditkan bermula 9 Februari 2026 dan ia boleh ditebus menggunakan MyKad masing-masing untuk bayaran secara cashless.
Sila rujuk kenyataan media Kementerian Kewangan berikut:



Pengenalan SARA Untuk Semua
SARA Untuk Semua ialah satu inisiatif bantuan kerajaan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan sebahagian daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Program ini menyediakan bantuan sekali beri sebanyak RM100 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira latar belakang pendapatan.
Bagi pelaksanaan program ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.2 bilion bagi memastikan bantuan dapat dimanfaatkan oleh semua warganegara.
Tiada sebarang permohonan diperlukan, kerana bantuan tersebut akan dikreditkan secara automatik ke MyKad penerima dan boleh digunakan secara tanpa tunai untuk pembelian barangan keperluan asas. Bantuan SARA Untuk Semua ini sah digunakan sehingga 31 Disember 2026.
Secara keseluruhannya, program ini bertujuan membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup melalui kaedah bantuan bersasar tanpa tunai yang lebih mudah, telus dan menyeluruh.








SARA One-Off 2026
SARA UNTUK SEMUA (2026) akan dikreditkan mulai esok 9 Februari 2026 (Isnin). Semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi SARA.
Kredit RM100 SARA UNTUK SEMUA sah digunakan sehingga tarikh luputnya, 31 Disember 2026. Baki yang tidak dibelanjakan akan diagihkan semula kepada golongan rentan melalui program yang diputuskan kelak.








Syarat Kelayakan
Setiap individu rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas layak menerima RM100 secara one-off menggunakan MyKad.
Semakan SARA One-off
Semakan status SARA Untuk Semua boleh dibuat melalui laman web rasmi MyKasih mulai 5 Februari 2026. Anda juga boleh ke pautan rasmi SARA.




Kategori Barangan yang Boleh Dibeli MYKASIH/SARA 2026
Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 24 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Beras
- Buku
- Perubatan
- Penjagaan Mulut
- Pembersih Tandas
- Telur
- Pembersih Lantai
- Syampu
- Beg Sekolah
- Perasa
- Mee
- Minuman
- Makanan Dalam Tin
- Biskut
- Minyak Masak
- Sabun Basuh Pinggan
- Makanan Sejuk Beku [TERBARU]
- Roti
- Pencuci Badan
- Pencuci Pakaian
- Tepung
- Tuala Wanita
- Alat Tulis
- Seragam








Cara Tebus Duit Dalam MyKad (SARA Untuk Semua)
Juruwang akan mengimbas kad pengenalan anda untuk menebus bantuan tersebut. Pastikan anda menggunakannya untuk memberi barangan keperluan dalam kategori yang dikhaskan.
Sila rujuk langkah pembelian :
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA dan MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Tukar Nombor Pin
- Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
NOTA: MyKad digunakan sebagai VERIFIKASI sesorang individu itu adalah penerima bantuan SARA RM100. Pastikan MyKad dalam keadaan baik, bagi tujuan penggantian MyKad boleh dibuat melalui JPN. Sila rujuk MyKad Rosak, Cip Tak Berfungsi? Ini Cara Semak & Ganti IC


Senarai Kedai
Anda rujuk senarai kedai yang menerima pembelian menggunakan SARA 2026 di sini: Senarai Kedai SARA 2026
Masukkan nama Bandar dan Negeri kemudian, klik Cari. Senarai kedai yang menerima MyKasih atau SARA akan dipaparkan pada halaman ini.


Anda juga boleh rujuk senarai kedai yang menerima SARA setiap negeri di sini:
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut sila rujuk/layari:
Soalan Lazim MyKasih/SARA 2026
MUAT TURUN SOALAN LAZIM MENGENAI BANTUAN SARA 2026 DI BAWAH:




















SARA Untuk Semua ialah bantuan tunai yang diberikan melalui MyKad penerima untuk beli barangan keperluan asas di kedai terpilih seluruh negara. SARA RM100 ‘one-off’ ini diberikan kepada individu yang berumur 18 tahun ke atas.
MyKad digunakan sebagai VERIFIKASI sesorang individu itu adalah penerima bantuan SARA RM100. Pastikan MyKad dalam keadaan baik.
Langkah-langkah menebus kredit RM100 dalam MyKad dan membuat pembelian barang menggunakan bantuan tunai SARA one-off adalah seperti berikut:
1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA dan MyKasih di rak tanda harga.
2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.1.
3. Tukar Nombor Pin – Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
4. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
5. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi
6. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Tunjuk MyKad je untuk beli barang di bawah SARA. Mudah kata, ‘cashless’! Kalau tak habis guna, jangan risau baki tak ‘expired’. Boleh guna sehingga 31 Disember 2025.
Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai di seluruh negara — contohnya macam Giant, Mydin, HeroMarket dan banyak kedai lain. Senarai kedai terpilih boleh disemak melalui pautan MyKasih
Pembelian SARA boleh dibuat sepanjang tahun sehingga 31 Disember 2026. Baki setiap bulan akan dibawa ke bulan seterusnya.
Semakan baki boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih
SARA UNTUK SEMUA (2026) akan dikreditkan mulai esok 9 Februari 2026 (Isnin). Semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi SARA.
Baca juga:
News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Cek Ongkir Cargo
Download Film