Thai King’s Cup Sepak Takraw 2025


Bagi peminat sukan sepak takraw tanah air, kejohanan King’s Cup Sepak Takraw atau Piala Raja Thai pastinya satu kejohanan yang ditunggu-tunggu.

Kejohanan tahunan yang dianjurkan oleh International Sepaktakraw Federation (ISTAF) ini dianggap sebagai pertandingan paling berprestij dalam sukan sepak takraw.

Kejohanan ini berfungsi sebagai platform utama bagi negara-negara bertanding untuk mempamerkan kemahiran dan kehebatan mereka dalam sukan ini dan tumpuan pastinya terarah kepada perseteruan antara pasukan Thailand dan Malaysia.

Edisi ke-38 King’s Cup akan berlangsung dari 20 hingga 27 Julai 2025 di Convention Hall, Central Hatyai Shopping Center, Songkhla,

Latarbelakang Kejohanan Thai King’s Cup Sepak Takraw

Kejohanan Piala Raja mempunyai sejarah yang panjang dan kaya, bermula pada tahun 1985.

Ia dinamakan sempena Raja Thailand, yang melambangkan pengiktirafan dan sokongan diraja terhadap sukan sepak takraw.

Edisi pertama King’s Cup diadakan pada tahun 1985 di Bangkok, Thailand. dengan Malaysia muncul sebagai juara sulung.

Sejak itu, Thailand telah mendominasi kebanyakan edisi kejohanan.

Walaupun kejohanan ini bersifat antarabangsa, ia sentiasa diadakan di Thailand, yang menimbulkan kritikan mengenai kelebihan tuan rumah

Sejak penganjurannya, kejohanan ini telah berkembang menjadi acara yang sangat dinanti-nantikan dalam kalendar sukan, menarik perhatian peminat dan pemain dari seluruh dunia.

Format Kejohanan Thai King’s Cup 2025

Format Kejohanan Piala Raja biasanya melibatkan beberapa kategori, termasuk regu lelaki, regu wanita, beregu lelaki, beregu wanita, dan acara pasukan.

Struktur kejohanan ini direka bentuk untuk memastikan persaingan yang adil dan mendalam.

Pada umumnya, kejohanan bermula dengan fasa kumpulan, di mana pasukan atau regu bertanding dalam kumpulan masing-masing.

Mata diberikan berdasarkan keputusan perlawanan.

Pasukan atau regu yang menunjukkan prestasi terbaik dalam fasa kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati, yang terdiri daripada suku akhir, separuh akhir, dan akhir.

sepak takraw

Kategori & Senarai Pasukan Bertanding

Kejohanan Thai King’s Cup Sepak Takraw 2025 ini akan menampilkan pelbagai kategori bagi acara Lelaki dan Wanita yang direka untuk menyerlahkan kemahiran dan kerja berpasukan yang pelbagai dalam Sepak Takraw:

  • Kuadran Campuran
  • Acara Berpasukan
  • Acara Regu
  • Acara Beregu
  • Acara Kuadran
  • Gelung (Hoop)
Piala Raja Thailand Thai King's Cup Sepak TakrawPiala Raja Thailand Thai King's Cup Sepak Takraw
King's Cup Sepak Takraw 2025 Thai King's Cup Sepak TakrawKing's Cup Sepak Takraw 2025 Thai King's Cup Sepak Takraw
kategori King's Cup Sepak Takraw 2025 Thai King's Cup Sepak Takrawkategori King's Cup Sepak Takraw 2025 Thai King's Cup Sepak Takraw
sepak takraw piala raja thailand Thai King's Cup Sepak Takrawsepak takraw piala raja thailand Thai King's Cup Sepak Takraw
malaysia piala raja thai 2025 Thai King's Cup Sepak Takrawmalaysia piala raja thai 2025 Thai King's Cup Sepak Takraw
Thai King's Cup Sepak TakrawThai King's Cup Sepak Takraw

Sebagai kejohanan tahunan yang meriah dan kompetitif, ia bukan sahaja menawarkan medan cabaran untuk atlet elit dari puluhan negara, malah turut mengekalkan tradisi dan identiti sukan Asia Tenggara.

Melalui perancangan penyertaan antarabangsa, format menyeluruh dan pematuhan ke atas antidoping, King’s Cup terus berkembang sebagai acara utama dalam kalendar ISTAF.

Artikel berkaitan: Piala Dunia Sepak Takraw 2025

Jadual Perlawanan Separuh Akhir

Keputusan Perlawanan [25 Julai]

Match Result
Men Team Regu
Malaysia vs Japan 3-0

Women Team Regu
Thailand vs Malaysia 3-0

Men Quadrant – Semi Final
Malaysia vs Japan 0-2

Soalan Lazim (FAQ) Thai King’s Cup Sepak Takraw 2025

1. Dimanakah saya boleh mengikuti perkembangan dan pengumuman terkini mengenai kejohanan ini?

Sila layari laman web rasmi ISTAF di

2. Siapakah penganjur rasmi kejohanan?

Kejohanan dianjurkan oleh International Sepaktakraw Federation (ISTAF) dengan kerjasama Persekutuan Sepak Takraw Thailand.

3. Bila dan di mana edisi 2025 akan berlangsung?

Edisi ke-38 akan berlangsung dari 20 hingga 27 Julai 2025 di Central Hatyai Shopping Center, Songkhla, Thailand.

4. Berapa banyak negara yang dijangka mengambil bahagian?

Seramai 34 negara dijangka menyertai edisi 2025, mewakili pelbagai benua termasuk Asia, Eropah dan Amerika Utara.

5. Apakah format pertandingan dalam kejohanan ini?

Format pertandingan merangkumi beberapa acara iaitu Team, Regu, Double, Quad, Hoop, dan Mixed Quad untuk kategori lelaki dan wanita. Pasukan yang bertanding perlu menang dua daripada tiga regu untuk menjuarai sesuatu perlawanan dalam acara berpasukan.



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru