AKSES Selangor – Sistem Aplikasi KitaSelangor Sepadu ialah platform digital baharu Kerajaan Negeri Selangor yang dinaik taraf daripada Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) bagi memudahkan rakyat mengakses bantuan dan inisiatif kebajikan.
Mulai April 2026, rakyat Selangor boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan Program Iltizam KitaSelangor Penyayang melalui sistem AKSES.
Selain itu, bermula 29 Disember 2025, permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE) bagi yang berkelayakan juga boleh dibuat secara dalam talian melalui platform ini.
Pengenalan AKSES Selangor
Aplikasi KitaSelangor Sepadu (AKSES) merupakan sebuah platform digital bersepadu yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengurus dan menyelaras pelbagai inisiatif di bawah payung Iltizam Selangor Penyayang (ISP).
Sistem ini berfungsi sebagai pusat sehenti untuk memudahkan rakyat Selangor mengakses maklumat, pendaftaran serta permohonan bantuan berkaitan program kebajikan dan kesejahteraan rakyat yang disediakan oleh kerajaan Negeri.
Sebelum itu, pelbagai program Inisiatif Peduli Rakyat dihimpunkan melalui Sistem SSIPR. Namun, selaras dengan keperluan penambahbaikan dan pendigitalan perkhidmatan awam, sistem tersebut telah dinaik taraf menjadi lebih tersusun, mesra pengguna dan efisien kerana semua proses dapat dilakukan dalam satu platform yang telus dan berkesan, khususnya bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Panduan Pengguna
A. Cara Mengakses Sistem
- Buka pelayar web anda.
- Masukkan pautan berikut pada bar alamat pelayar : AKSES Selangor
- Tekan kekunci Enter.
- Paparan halaman utama sistem akan dipaparkan.
- Klik butang Daftar Akaun untun pendaftaran pengguna baharu di sebelah kanan atas halaman.


B. Cara Isi Borang Pendaftaran
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti:
- No. Kad Pengenalan
- Nama seperti di dalam kad pengenalan
- Pastikan semua maklumat adalah betul dan sah.
- Klik butang Seterusnya.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan berikutnya:
- Emel
- Katalaluan
- Panjang kata laluan minimum 12 belas aksara
- Sekurang-kurangnya 1 huruf besar
- Sekurang-kurangnya 1 huruf kecil
- Sekurang-kurangnya 1 nombor
- Sekurang-kurangnya 1 simbol
- Pengesahan katalaluan
- Klik butang Daftar
- Klik butang penghantaran Verifikasi Semula


C. Verifikasi Emel
- Sistem akan menghantar emel verifikasi ke alamat emel yang didaftarkan
- Buka peti masuk emel anda
- Cari emel bertajuk Pengesahan Emel
- Klik pautan verfikasi yang disediakan dalam emel tersebut dengan menekan butang Sahkan Emel
- Anda akan diarahkan semula ke sistem dan emel anda berjaya diverifikasi
- Anda boleh Log Masuk ke dalam sistem AKSES dengan menggunakan No.Kad Pengenalan dan katalaluan yang didaftarkan




D. Log Masuk ke Sistem
- Kembali ke halaman utama sistem
- Klik butang Log Masuk
- Masukkan
- No. Kad Pengenalan
- Kata laluan
- Klik butang Log Masuk
- Jika maklumat betul dan emel telah diverifikasi, anda akan berjaya masuk k sistem


E. Lupa Kata Laluan
- Kembeli ke halaman utama sistem
- Klik butang Log Masuk
- Tekan butang Lupa Katalaluan? untuk mengubah katalaluan
- Masukkan alamat emel yan didaftarkan
- Tekan butang Hantar Pautan
- Buka peti masuk emel anda
- Cari emel bertajuk Notifikasi Set Semula Kata Laluan
- Klik pautan verfikasi yang disediakan dalam emel tersebut dengan menekan butang Tetapan Semula Kata Laluan
- Anda akan diarahkan semual ke sistem
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dan tekan Butang Semak
- Jika No. Kad Pengenalan sepadan, Notifikasi, “No. Kad Pengenalan sepadan” akan ditunjukkan
- Tekan butang Seterusnya
- Masukkan Kata Laluan Baru dan Pengesahan Kata Laluan di bahagian yang disediakan
- Tekan butang Tetapkan Katalaluan Baharu
- Katalaluan pengguna berjaya ditukar
- Anda akan diarahkan semula ke sistem












Rujuk Manual Pengguna AKSES Selangor:
Maklumat Lanjut
Sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkenaan dengan AKSES Selangor anda boleh rujuk pada alamat dan nombor talian ini:
Seksyen Sektoral,
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN),
Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No. Tel (Helpdesk) : 03-55447000 / 011-58756023
Soalan Lazim – AKSES Selangor
Sistem AKSES ialah sistem yang dinaiktaraf daripada Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR). Ia merupakan platform bersepadu yang berfungsi sebagai pusat dan gerbang maklumat bagi semua inisiatif Kerajaan Negeri. Melalui sistem ini, rakyat boleh membuat pendaftaran, permohonan serta semakan status bagi program Iltizam KitaSelangor Penyayang (ISP).
Sistem AKSES mempunyai antaramuka yang lebih mesra pengguna, integrasi data yang lebih baik, fungsi semakan status masa nyata dan tahap keselamatan maklumat yang telah dipertingkatkan serta paparan maklumat program yang lebih komprehensif.
Sistem AKSES memudahkan rakyat membuat pendaftaran, permohonan dan semakan status bagi inisiatif Kerajaan Negeri secara dalam talian. Selain itu dapat menjimatkan masa, mengurangkan keperluan hadir ke pejabat serta memastikan maklumat bantuan dan proses permohonan dapat diakses dengan lebih cepat, mudah dan tersusun.
Sistem AKSES boleh digunakan oleh rakyat Selangor dan warganegara Malaysia yang ingin mendapatkan maklumat, membuat permohonan atau menyemak permohonan berkaitan inisiatif di bawah program Iltizam KitaSelangor Penyayang (ISP).
Pengguna perlu melayari portal Sistem AKSES, memilih “Daftar Akaun” dan mengisi maklumat asas seperti nama mengikut kad pengenalan serta nombor kad pengenalan yang sah. Pengguna akan menerima emel pengesahan untuk mengaktifkan akaun sebelum boleh log masuk dan menggunakan sistem.
Pemohon boleh melayari portal menggunakan pelayar web yang disokong seperti Google Chrome versi 79 dan Mozilla Firefox versi 72. Penggunaan Internet Explorer dan Microsoft Edge adalah tidak digalakkan.
Ya. Semua permohonan perlu dibuat secara dalam talian sahaja tanpa perlu hadir ke pejabat agensi.
Tidak. Pemohon perlu mempunyai emel persendirian bagi tujuan pengesahan akaun AKSES dan menerima notifikasi status permohonan.
Pemohon boleh klik pautan “Lupa Kata Laluan” pada paparan log masuk, masukkan emel dan hantar pautan. Emel bersama pautan tetapan semula kata laluan akan dihantar.
Boleh. Pemohon boleh menyimpan maklumat permohonan sebagai draf sebelum menghantar permohonan.
Ya. Semua maklumat dalam Sistem AKSES dilindungi mengikut Akta Rahsia Rasmi dan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).
Boleh. Pemohon dibenarkan memohon lebih daripada satu program ISP tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan.
Pertanyaan atau aduan boleh dibuat melalui Meja Bantuan yang disediakan di dalam sistem.
Pemohon dibenarkan membuat rayuan atau permohonan baharu mengikut garis panduan dan tempoh yang ditetapkan oleh program ISP.
Tiada kekerapan khusus ditetapkan. Namun, sekiranya terdapat perubahan maklumat peribadi seperti alamat, gaji atau butiran lain, pengguna digalakkan untuk mengemas kini data tersebut.
Baca juga:
News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Cek Ongkir Cargo
Download Film