Biodata, Perjalanan Karier & Perkahwinan


Amira Othman merupakan artis yang kini menjadi tumpuan ramai selepas hubungan rapatnya dengan seorang pelakon terkenal iaitu Fattah Amin.

Beliau dikenali sebagai seorang penyanyi namun beliau juga merupakan seorang pelakon dan juga pengacara TV.

Mari kenali sosok ini dengan lebih lanjut melalui perkongsian artikel di bawah. 

Baca juga: Biodata Fattah Amin – Majlis Nikah Dengan Amira Othman

Siapakah Amira Othman?

Nama penuh beliau ialah Nadia Amira binti Othman, yang dilahirkan pada 26 Oktober 1993 di Skudai, Johor.

Amira merupakan anak ketiga daripada lima orang adik-beradik.

Beliau mendapat pendidikan di peringkat Diploma Jurusan Muzik Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan kemudiannya mendapat Ijazah Vokal Klasik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Biodata Amira Othman

  • Nama Penuh: Nadia Amira Othman
  • Nama Panggilan: Amira Othman
  • Tarikh Lahir: 26 Oktober 1993
  • Tempat Lahir: Skudai, Johor Bahru, Johor, Malaysia
  • Umur: 31 Tahun
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Pekerjaan: Pelakon, Penyanyi dan Pengacara
  • Media Sosial:

Kehidupan Peribadi Amira Othman

Amira yang dilahirkan dan dibesarkan di Skudai, Johor dan mempunyai adik-beradik seramai 6 orang yang mana 2 daripadanya adalah penyanyi iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar.

Beliau juga bersahabat baik dengan seorang lagi penyanyi iaitu Nabila Razali ketika sama-sama menyertai AF2013.

Beliau sebelum ini mempunyai hubungan cinta dengan teman seperjuangan yang juga bekas anggota Azhael, Azhar Othman namun ianya tidak bertahan lama.

Kredit: IG @amiraaothman

Majlis Perkahwinan Amira & Fattah

Amira Othman bakal mendirikan rumah tangga bersama aktor kacak, Fattah Amin, pada 14 September 2025, jam 8 malam.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Johor Bahru ini akan diadakan dengan penuh sederhana tetapi tetap sarat dengan makna.

Mengangkat konsep Islamik, tema Al-Zauj dipilih sebagai simbol penyatuan dua jiwa yang ditakdirkan Allah.

fattah amin kahwinfattah amin kahwin
Kredit: IG @fattahaminz
Kredit: IG @amiraaothman

Baca juga: [ LIVE ] Majlis Nikah Fattah Amin & Amira Othman – 14 Sept 2025

Perkembangan Kerjaya

Bakat nyanyian Amira telah dikesan daripada program realiti TV, Akademi Fantasia 2013 (AF2013) yang meletakkannya di tempat ketiga di konsert akhir program tersebut.

AF2013 tersebut juga turut melahirkan penyanyi terkenal seperti Hael Husaini, Nabila Razali, Indah Ruhaila dan Aisyah Aziz.

Selepas tamat menyertai AF2013, beliau kemudiannya mengikuti pengajian diploma dalam jurusan muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan major dalam bidang vokal klasik.

Kemudian, namanya mula dikenali dengan lagu popular ‘Hati-Hati’, hasil ciptaan Faizul Sany, Hael dan Mike Chan.

Selain itu, beliau juga turut membawa genre muzik Pop dan R&B turut mempopularkan single Sesaat Untukku, Biar Masa (menampilkan Raqib), Jaga-Jaga, Mimpi Indah, Sambil (menampilkan Irfan Haris) dan terkini, Takkan Merubah gandingan bersama Sufian Suhaimi yang juga merupakan runut bunyi filem Motif.

Selain menyanyi, beliau juga pernah membintangi beberapa drama seperti Abang Bomba I Love You, Red Velvet dan Patah Sayap Bertongkat Paruh.

Beliau juga turut membintangi telefilem Sepahtu Kisah Tauladan dan Abang Bomba I Love You Raya serta filem Tiada Tajuk.

amira othmanamira othman

Beliau turut terlibat dalam bidang pengacaraan, yang mana beliau merupakan salah seorang hos program Nasi Lemak Kopi O yang bersiaran di TV9.

Update Terkini Amira Othman

Beliau kini telah melancarkan single terbaharunya berjudul ‘Bila Nak Kahwin?’ yang diedarkan oleh Sony Music Malaysia dengan kerjasama kreatif bersama Emiera Othman Ventures.

Lagu ini adalah hasil ciptaan dua komposer terkemuka, Iqie Hugh dan Omar K bersama Amira sendiri.

Lagu ini merupakan gabungan mesej mendalam dan elemen muzik yang segar yang berbeza daripada karya-karya terdahulu beliau dan menjadikannya sebuah karya yang unik serta relevan dengan kehidupan masyarakat masa kini.

Selain itu, beliau kini dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang lagi pelakon iaitu Fattah Amin.

Spekulasi ini diperkuatkan dengan penglibatan Amira yang muncul dalam iklan dan live Pak Mat Western bersama Fattah Amin.

amira othmanamira othman

Di samping itu juga, beliau juga telah dipilih sebagai Duta Jakel 2025 bersama Fattah.

Ini selepas beliau dan Fattah muncul pada majlis Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 dan mendapat sorakan gemuruh tetamu yang hadir.

amira othmanamira othman

Berikut penjelasan Amira tentang dakwaan bercinta dengan Fattah Amin:

Penutup

Nama Amira Othman kini trending disebabkan hubungan rapat beliau dengan Fattah Amin selepas mempromosikan kambing perap Pak Mat Western dan menjadi Duta Jakel 2025.

Beliau juga dikenali sebagai salah seorang artis yang tidak mempunyai kontroversi selain dikenali sebagai artis yang merendah diri.

Malah beliau dikenali sebagai artis yang boleh menceburi banyak bidang seperti dalam bidang nyanyian, pengacaraan, dan lakonan.

Sumber:

Baca juga: Keluarga Itu: Sinopsis Drama, Pelakon & Episod





News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru