Unifi TV (dahulunya dikenali sebagai HyppTV) ialah servis IPTV — siaran TV hantar secara digital melalui internet. Dengan jalur lebar laju dari TM, pelbagai saluran menarik disediakan dengan kotak Unifi TV yang disediakan. Sesetengah saluran boleh diakses secara percuma hanya dengan login ke laman web tersebut. Untuk menonton, sila layari
Jom ketahui lebih lanjut tentang aplikasi ini.

Pengenalan
Unifi TV ialah aplikasi yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store untuk Android, Apple App Store untuk iOS dan AppGallery untuk Huawei. UnifiTV membolehkan anda menstrim dan menonton saluran TV secara langsung dan kandungan On-demand pada Android (Android Mudah Alih dan peranti Android TV yang disahkan), iOS (iPhone dan iPad) dan pelayar web. Ini adalah tambahan untuk menonton Unifi TV melalui kotak media UnifiTV anda dan UnifiTV Box pada set televisyen anda.
Bermula 3 Julai 2025, anda akan melihat dua (2) versi aplikasi Unifi TV dalam stor aplikasi:
- Unifi TV: Untuk pelanggan UnifiTV sedia ada (sebelum 3 Julai 2025). Sila teruskan penggunaan aplikasi ini sehingga dimaklumkan kelak.
- Unifi TV 2.0: Untuk pelanggan baharu UnifiTV (selepas 3 Julai 2025). Sekiranya anda adalah pelanggan sedia ada, anda akan menerima notifikasi daripada Unifi TV secara berperingkat mulai Julai 2025 sebaik sahaja akaun anda bersedia untuk dinaik taraf dan mula menstrim menggunakan aplikasi Unifi TV 2.0.


Cara Menonton
Jangan lupa saksikan siaran langsung eksklusif Majlis Ijab Kabul Setulus Takdir: Fattah Amira di aplikasi UnifiTV 2.0, saluran Inspirasi pada jam 8 malam, 14 September 2025!
Muat turun sekarang di: onelink.to/unifitv
Nak tahu bagaimana nak tonton Majlis Nikah Fattah Amin & Amira Othman secara LIVE? Ikut je langkah mudah berikut:
- Muat turun onelink.to/unifitv
- Search ‘Inspirasi’ pada fungsi carian, ATAU
- Klik pada TV Guide dan klik pada saluran Inspirasi
- Anda boleh menontonnya secara PERCUMA!
Rujuk video di bawah untuk panduan langkah demi langkah:




Harga Pakej / Langganan
Harga saluran berbeza bergantung kepada jenis kandungan, genre, serta kualiti video (SD/HD).
Video On Demand (VOD) tersedia dalam pilihan percuma dan berbayar, dengan kadar sekitar RM10–RM15 sebulan untuk saluran tertentu.
Tempoh kontrak mengikut pakej Unifi yang dipilih. Pembatalan awal mungkin dikenakan penalti.
Langganan saluran premium boleh dilakukan terus melalui remote UnifiTV dengan memasukkan PIN dan mengesahkan pilihan.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Unifi TV
UnifiTV ialah perkhidmatan televisyen digital (IPTV) yang disediakan oleh Telekom Malaysia (TM), sebelum ini dikenali sebagai HyppTV.
Ia menggunakan rangkaian internet berkelajuan tinggi, membolehkan tontonan stabil walaupun ketika cuaca buruk.
Pelanggan boleh menikmati siaran langsung, filem, siri, kandungan On Demand serta pelbagai aplikasi penstriman melalui set-top box atau aplikasi UnifiTV.
Fleksibel – pelanggan hanya perlu melanggan saluran yang diminati, tanpa perlu mengambil keseluruhan pakej.
Kualiti siaran stabil – tidak terganggu walaupun semasa hujan atau ribut.
On Demand – kandungan boleh ditonton pada bila-bila masa mengikut keselesaan.
Akses tambahan – menyokong pelbagai aplikasi penstriman popular seperti Netflix, YouTube, Disney+ dan lain-lain.
Boleh dimuat turun pada telefon pintar, tablet, Android Box dan TV pintar.
Jika gagal log masuk, punca berkemungkinan: ID tidak tepat, sambungan internet lemah, terlalu banyak peranti menggunakan akaun yang sama, atau aplikasi belum dikemas kini.
Versi baharu Unifi TV 2.0 menawarkan pengalaman lebih menyeluruh dengan semua kandungan dalam satu aplikasi, carian lebih mudah, profil peribadi, dan penyelarasan merentas peranti.
Pelanggan baharu selepas 3 Julai 2025 terus menggunakan versi 2.0.
Manakala pelanggan sedia ada akan dinaik taraf secara berperingkat.
ID log masuk kekal sama selepas naik taraf.
Baca juga:
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru