Berita baik bagi semua rakyat Malaysia, sehingga 30 Disember 2025, JPJ menawarkan diskaun saman 50 peratus bagi pembayaran saman.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang tawaran pengurangan / diskaun 50% saman JPJ tahun 2025 ini yang akan berlangsung sehingga 30 Disember 2025.
Kadar Kompaun & Diskaun Saman JPJ 2025
Pihak JPJ telah mengumumkan Diskaun 50% kepada notis-notis saman JPJ yang terpilih sehingga 30 Disember 2025.
Pemberian diskaun itu terpakai untuk semua jenis saman, kecuali yang tidak boleh dikompaun sahaja iaitu yang perlu dibawa ke mahkamah.

Cara Semakan & Pembayaran Saman JPJ
Semakan saman boleh dilakukan oleh orang awam melalui saluran berikut:
i. Aplikasi MyJPJ;
ii. Portal Awam mySIKAP;
iii. Kios JPJ;
iv. JPJ Mobile; dan
v. Kaunter JPJ.
Kaedah pembayaran boleh dilakukan oleh orang awam melalui saluran yang disenaraikan kecuali saluran MyEG dan Pejabat Pos Malaysia:
i. Aplikasi MyJPJ;
ii. Portal Awam mySIKAP;
iii. Kios JPJ;
iv. JPJ Mobile; dan
v. Kaunter JPJ.


Orang awam disarankan untuk menyelesaikan notis-notis saman JPJ yang disenaraikan dalam tempoh tawaran berkenaan dan kegagalan mengambil peluang ini akan mengakibatkan berlaku sekatan urus niaga selepas tempoh tawaran pembayaran khas kompaun ini berakhir.
JPJ Malaysia sentiasa komited dan berusaha memastikan ekosistem penyampaian perkhidmatan JPJ berlandaskan kepada kesejahteraan dan kelestarian rakyat.
Maklumat Lanjut Diskaun Saman JPJ 2025
Jika anda masih belum muat turun aplikasi JPJ, sila rujuk cara daftar MyJPJ dalam infografik di bawah:




Semoga perkongsian ini memberikan pencerahan kepada persoalan yang diajukan sebelum ini.
Sebarang pertanyaan hubungi : 03-27242522
Untuk maklumat lanjut, sila layari atau talian hotline JPJ di 03 8000 8000.
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru