Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) Penjawat Awam


HADIAH PENGIKTIRAFAN AKADEMIK (HPA), iaitu Insentif Kewangan untuk Pegawai Awam (Pengurusan & Profesional/Pelaksana) yang memulakan dan menamatkan pengajian dengan perbelanjaan sendiri telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-20 (MAPPA XX) pada 15 Ogos 2025 yang lalu.

Tahukah anda apakah syarat dan berapa jumlah insentif yang ditawarkan?

Ayuh, kami kongsikan lebih lanjut tentang insentif terbaru untuk penjawat awam ini.

Pengenalan – Hadiah Pengiktirafan Akademik Penjawat Awam

Perdana Menteri mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) yang berbentuk insentif kewangan kepada Pegawai Awam (Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana) yang memulakan dan menamatkan pengajian.

Langkah itu selaras dengan usaha kerajaan meningkatkan kecekapan, profesionalisme dan kebajikan penjawat awam di semua peringkat sekali gus memastikan agenda pembangunan negara dapat dilaksana dengan lebih berkesan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, insentif sama juga akan diberikan kepada mereka yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi yang diiktiraf semasa dalam perkhidmatan, dengan menggunakan perbelanjaan sendiri.

Menurut beliau, kerajaan memperuntukkan bajet sebanyak RM75.7 juta ringgit yang akan memberi manfaat kepada 91,672 orang pegawai awam yang merentasi semua skim perkhidmatan.

Inti Pati MAPPA XX, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, 15 Ogos 2025, Jumaat, Hadiah Pengiktirafan Akademik: RM75.7 Juta Bagi Manfaat 91,672 Penjawat Awam.

Jumlah Hadiah Pengiktirafan Akademik

Jumlah insentif yang ditawarkan adalah

  • RM1,250.00 bagi mereka yang mendapat ijazah kedoktoran;
  • RM1,000.00 bagi mereka mendapat ijazah sarjana;
  • RM750.00 bagi mereka yang mendapat ijazah sarjana muda dan
  • RM500.00 bagi mereka yang mendapat diploma atau kelayakan setaraf.

Kadar pemberian HPA bersifat sekali dalam sepanjang tempoh perkhidmatan.

Sumber: Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Maklumat Lanjut

Pengumuman inisiatif ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI memperkukuh perkhidmatan awam.

Maklumat lanjut dan perincian yang sahih mengenai insentif ini boleh didapati melalui saluran rasmi Kerajaan Malaysia dan media sosial Jabatan Perkhidmatan Awam dalam masa terdekat.

Info terkini juga akan dikemaskini melalui artikel ini dari semasa ke semasa.

Baca juga :



News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru