Kilauan Emas 2025 [ LIVE ] Lagu & Keputusan Terkini


Kilauan Emas 2025 kembali sebagai sebuah program realiti nyanyian penuh emosi dan inspirasi khusus untuk golongan ‘otai’ dan akan mula bersiaran pada 16 Ogos 2025, setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105). Undian boleh dibuat oleh penonton melalui laman web Astro Gempak selaku penyiar rasmi di pautan

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.

Pengenalan Kilauan Emas 2025

Musim kali ini lebih terbuka apabila had umur penyertaan diturunkan kepada 43 tahun. Langkah ini menjadikan Kilauan Emas lebih inklusif dengan memberi peluang kepada bakat berusia 40-an hingga 60-an untuk menyerlah.

Uji bakat telah berlangsung di Miri, Johor Bahru dan Shah Alam, dengan penyertaan lebih 500 individu. Menariknya, ada peserta yang bukan sahaja berbakat dalam nyanyian, tetapi juga dalam tarian dan lakonan.

Juri & Hos

  • Hos utama: Elly Mazlein
  • Pengacara belakang pentas & Diari: Joey Daud
  • Juri tetap: Erra Fazira, Roy Azman, Ning Baizura
  • Segmen khas: Zarul Husin (Spotlight), Keanu Azman & Sarah Karmila (Live+)

Waktu Siaran [ LIVE ] Kilauan Emas 2025

  • Mula bersiaran: 16 Ogos 2025
  • Hari & masa: Setiap Sabtu, 9.00 malam
  • Saluran rasmi: Astro Prima (CH105)
  • Lokasi konsert mingguan: Royal Theatre Shah Alam
  • LIVE Update @ Tiktok rasmi :

Selain konsert mingguan, penonton juga boleh menonton:

  • Kapsul Profil Peserta (bermula 5 Ogos, jam 3.00 petang)
  • Diari Kilauan Emas (Isnin – Jumaat, jam 11.30 malam)

Senarai Peserta Kilauan Emas 2025

Seramai 12 peserta solo berusia 43–65 tahun dipilih untuk musim ini, iaitu:

  • Zanie
  • Shah
  • Nurul
  • Kinar
  • Mazleen
  • Majid
  • Leeza
  • Ben
  • Ezan
  • Zekrai
  • Nawary
  • Vijay

Antara yang mencuri perhatian ialah Leeza, ibu kepada Ray-D (kumpulan Alpha) serta Nurul, kakak kepada Allahyarham Achik Spin. Kehadiran peserta ini dijangka memberi kelainan dengan cerita perjuangan masing-masing.

Sistem Pemarkahan

Penilaian peserta akan dibuat berdasarkan:

  • 70% juri profesional
  • 20% juri awam (wartawan & penonton jemputan)
  • 10% undian penonton di rumah

Hadiah Juara

Pemenang Juara Kilauan Emas 2025 akan membawa pulang:

  • Trofi eksklusif Astro
  • RM30,000 tunai

Cara Mengundi

Undian yang dibuat oleh penonton di rumah menyumbang 10% daripada keseluruhan markah dalam penilaian peserta. Jadi sokongan anda penting untuk membantu peserta bergerak ke peringkat seterusnya!

Penonton boleh mengundi secara dalam talian (online) melalui laman web Astro Gempak. Ini adalah saluran rasmi untuk peminat menyokong peserta kegemaran mereka. Sila layari

Undian dibuka sepanjang minggu konsert, dari Ahad hingga Jumaat, dan akan ditutup selepas diumumkan oleh hos di akhir rancangan.

Kredit undian setiap hari:

  • Ahad hingga Jumaat: 30 kredit undian dibenarkan setiap hari.
  • Sabtu (hari siaran): 50 kredit undian disediakan
Sumber:

Baca juga: Mandul Bukan Pilihan – Sinopsis, Barisan Pelakon & Episod

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim / FAQ di bawah:

Bilakah tarikh mula Kilauan Emas 2025?

Kilauan Emas 2025 mula bersiaran pada 16 Ogos 2025 setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (CH105)

Siapa peserta Kilauan Emas 2025?

Terdapat 12 peserta solo berusia 43–65 tahun iaitu: Zanie, Shah, Nurul, Kinar, Mazleen, Majid, Leeza, Ben, Ezan, Zekrai, Nawary dan Vijay.

Siapa hos dan juri Kilauan Emas 2025?

Hos utama ialah Elly Mazlein dibantu Joey Daud. Juri tetap terdiri daripada Erra Fazira, Roy Azman dan Ning Baizura.

Bagaimana sistem pemarkahan Kilauan Emas 2025?

Markah peserta ditentukan melalui:
70% juri profesional
20% juri awam (wartawan & penonton jemputan)
10% undian penonton di rumah

Bagaimana mengundi untuk rancangan ini?

Langkah-langkah Mengundi adalah seperti di bawah:

1. Log masuk ke akaun anda melalui akaun Astro/Google/Apple/Facebook atau layari

2. Anda mempunyai 30 kredit undian setiap hari dari hari Ahad sehingga hari Jumaat dan 50 kredit undian pada hari Sabtu untuk mengundi peserta kegemaran anda

3. Undian online akan di buka sepanjang minggu dan akan ditutup selepas diumumkan oleh hos di akhir rancangan pada minggu tersebut.

4. Undian akan di buka semula selepas rancangan pada minggu tersebut berakhir.

Bagaimana cara menonton Kilauan Emas 2025 secara online?

Selain Astro Prima (CH105), penonton boleh menonton secara digital melalui aplikasi Astro Go atau On Demand. Ikuti Tiktok rasmi Astro Gempak untuk live update :

Anda juga boleh melayari Youtube Astro Gempak (https://www.youtube.com/@AstroGempak) untuk mendapatkan update terkini dan tontonan ekslusif.

Apa hadiah yang dimenangi juara?

Juara bakal membawa pulang RM30,000 tunai serta trofi eksklusif Astro.





News

Berita Olahraga

News

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Drama Korea

Resep Masakan

Pendidikan

Berita Terbaru

Berita Terbaru

Berita Terbaru