Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda tetapi pada masa yang sama bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang penghafaz Al-Quran atau Tahfiz, anda dipelawa untuk memohn Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-IIUM sesi 2026/2027.
Bagi yang tidak tahu, program pengajian sebegini juga ditawarkan dengan institsi pengajian lain seperti Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN, JAKIM-IPGKPI, JAKIM-UoC dan Program Sijil Asas Tahfiz JAKIM-PSAS.

Kenali Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-IIUM
Program ini merupakan sebuah program pengajian yang unik seumpamanya di Malaysia.
Pelajar yang terpilih diwajibkan menghafaz al-Quran sebanyak 30 juzu’ dalam tempoh 3 semester (18 bulan) atau setahun di samping mempelajar subjek-subjek yang lain seperti Tajwid ‘Ilmi, Tajwid ‘Amali, Adab Hamalah al-Qur’an, ‘Aqidah, Fiqh Al-‘Ibadah, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Pelajar akan mengikuti pengajian di Kampus Utama Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor.
Sebaik sahaja tamat pengajian program persijilan tahfiz al-Qur’an, pelajar akan kembali ke Kampus Asasi UIAM Gambang untuk meneruskan pengajian di peringkat Asasi.
Program yang ditawarkan di UIAM Gambang adalah seperti berikut:
| Kod UPU | Program |
| UY0000002 | Asasi Sains Fizikal |
| UY0000003 | Asasi Sains Kesihatan Bersekutu |
| UY0000004 | Asasi Kejururawatan |
| UY0000005 | Asasi Farmasi |
| UY0000007 | Asasi Undang-Undang |
| UY0000009 | Asasi Seni Bina Dan Reka Bentuk Alam Sekitar |
| UY0000013 | Asasi Sains Hayat |
| UY0000018 | Asasi Perubatan |
| UY0000019 | Asasi Pergigian |
| UY0520001 | Asasi Kejuruteraan |
Untuk mengetahui lebih lanjut syarat khas kemasukan ke UIAM Gambang, sila layari pautan berikut :
Tarikh Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 1 Januari 2026 manakala tarikh pendaftaran / kemasukan ke Darul Quran JAKIM adalah pada 9 Februari 2026.
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian bagi program ini adalah 16 bulan (Februari 2026 hingga Mei 2027).
Keunikan & Kelebihan Program
Mungkin ada diantara anda tertanya-tanya adakah berbaloi menyertai program ini.
Berikut merupakan antara sebab mengapa anda harus memohon untuk menyertai program ini:
- Peluang untuk menghafaz al-Qur’an dalam jangka masa yang pendek (18 bulan).
- Peluang untuk mempelbagaikan kemahiran insaniah (soft skill).
- Elaun khas Kerajaan Persekutuan turut disediakan kepada semua pelajar program
persijilan tahfiz al-Qur’an JAKIM – IIUM. - Tempat pengajian anda di IIUM telah terjamin.
- Penginapan dan biasiswa disediakan.
- Tiada yuran pengajian (pengajian di Darul Quran JAKIM).
- Anda akan menjadi kebanggaan keluarga, bangsa, agama dan negara.
Syarat Permohonan
Para pelajar lepasan SPM yang memenuhi syarat-syarat di bawah di pelawa untuk menghantar permohonan bagi mengikuti Program Pensijilan Tahfiz JAKIM ini:
- Warganegara Malaysia
- Keturunan Melayu, Orang Asli Semenanjung, Anak Negeri Sabah dan Anak Negeri Sarawak Sahaja.
- Tidak Berkahwin
- Lulus Peperiksaan Percubaan SPM 2025 SAHAJA dengan mendapat :
i. Minima Gred B bagi mana-manasatu (1) mata pelajaran dalam kumpulan berikut;
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syari’ah Islamiah / Pendidikan Islam / Usul al-Din / Turath al- Quran dan al-Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-‘Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran / Hifz al-Quran
ii. Minima Gred B bagi mata pelajaran berikut;
- Bahasa Melayu
- Matematik
- Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Bahasa Inggeris
iii. Minima Gred C bagi semua mata pelajaran berikut;
- Sejarah
- Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al- Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab
iv. Memenuhi syarat khas program Asasi UIAM bagi program yang ditawarkan di atas. Untuk mengetahui lebih lanjut syarat khas kemasukan, sila layari pautan berikut :
v. Lulus temu duga dan ujian yang ditetapkan
vi. Pemohon hendaklah memilih UIAM sebagai Pilihan Utama melalui UPUOnline (sebagai Prasyarat Kelayakan).
Cara memohon
Permohonan calon SPM 2025 adalah menggunakan Percubaan SPM 2025 atau Keputusan Peperiksaan Tingkatan 5 (Tahun 2025 sahaja) dan wajib mendapatkan cop pengesahan daripada pihak sekolah.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) dan hendaklah diisi dengan lengkap menerusi https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon (dalam tempoh iklan sahaja) dan borang perlu dicetak dan dibawa semasa menghadiri sesi temu duga.
Semakan Keputusan
Tarikh semakan keputusan layak temu duga dan keputusan berjaya dalam temu duga pada 26 hingga 28 Januari 2026 menerusi https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon di bahagian menu ‘SEMAKAN’.
Calon-calon adalah dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas selepas 9 Februari 2026.
Pertanyaan Lanjut
Untuk maklumat dan keterangan lanjut mengenai Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-IIUM, sila hubungi talian 03-60635333 atau melalui emel [email protected]
Baca juga: STAM – Jadual Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2025
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru