Piala FA 2025/2026 Malaysia telah pun bermula pada 16 Ogos 2025 bagi pusingan 16 dan suku akhir pertama pada 17 Oktober 2025. Separuh akhir pertama pula akan bermula 8 dan 9 November ini sebelum aksi final yang berlangsung pada Disember 2025. Rujuk dan muat turun jadual rasmi perlawanan di www.malaysianfootballleague.com
Piala FA Malaysia, ialah antara satu daripada 11 piala menjadi rebutan dalam Liga Malaysia (M-League) 2025/2026.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Piala FA termasuklah Live Streaming, Jadual Perlawanan dan keputusan terkini Piala FA 2025/2026.
BACA JUGA: Kelayakan Piala Asia 2027 [LIVE] Tarikh Perlawanan & Kedudukan Terkini
Apa Itu Piala FA?
Piala FA Malaysia ialah kejohanan bola sepak kalah mati kebangsaan tahunan yang dianjurkan sejak tahun 1990, yang mana ianya diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebelum dipindahkan ke Bola Sepak Malaysia LLP (MFL) (kini dikenali sebagai Liga Bola Sepak Malaysia) pada musim 2016.
Ia melibatkan kelab profesional dari Liga Super, Liga Premier, dan Liga Semi-Pro negara.
Pertandingan ini bermula dengan pusingan awal antara kelab Liga M3 dan M4, diikuti kelab teratas dari liga utama pada pusingan seterusnya.

Pemenang Piala FA bukan sahaja mendapat trofi prestij, tetapi juga layak ke pertandingan kelab peringkat Asia seperti AFC Champions League atau Piala AFC, tertakluk kepada syarat kelayakan.
Format kejohanan tertumpu kepada sistem kalah mati (knockout), di mana setiap perlawanan berbeza daripada liga yang menggunakan sistem liga panjang. Kini, pengurusan pertandingan dikendalikan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sejak 2016.
Setelah 34 edisi Piala FA dijalankan, Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC kekal selaku juara paling banyak iaitu sebanyak lima kali diikuti Sri Pahang serta Kuala Lumpur City iaitu tiga kali dan JDT selaku juara bertahan sebanyak empat kali bergelar juara.
Senarai Kelab Bertanding Piala FA 2025/2026


Sebanyak 8 pasukan yang layak secara automatik ke pusingan 16 berdasarkan kedudukan 1 hingga 8 Liga Super 2024-2025 iaitu Johor Darul Ta’zim, Selangor FC, Sabah FC, Kuching City FC, Terengganu FC, Kuala Lumpur City FC, PDRM FC dan Penang FC merupakan pasukan “seeded” yang akan memulakan aksi sebagai pasukan pelawat.
Manakala 8 pasukan lain selain 3 kelab dari Liga A1 Semi Pro adalah 3 kelab baharu iaitu Melaka FC, Imigresen FC dan DPMM FC serta 2 pasukan terbawah Liga Super 2024-2025 iaitu Negeri Sembilan FC dan Kelantan The Real Warriors FC akan bermula sebagai pasukan tuan rumah di aksi pusingan 16 ini.
Selain penyertaan daripada 13 pasukan Liga Super, sebanyak tiga pasukan dari Liga A1 Semi Pro iaitu Bunga Raya FC, Malaysian University FT, dan UM-Damansara FC akan turut membuat penampilan dalam kejohanan Piala FA edisi-35 kali ini.
Berikut merupakan 16 Pasukan akan beraksi di pentas Piala FA bagi musim 2025-2026:
- Johor Darul Ta’zim
- Selangor FC
- Sabah FC
- Kuching City FC
- Terengganu FC
- Kuala Lumpur City FC
- PDRM FC
- Penang FC
- Melaka FC
- Imigresen FC
- Negeri Sembilan FC
- Kelantan The Real Warriors FC
- DPMM
- Bunga Raya FC
- Malaysian University FT
- UM-Damansara FC
Musim lalu, final Piala FA 2024-2025 menyaksikan JDT dinobatkan selaku juara selepas menewaskan Selangor FC dengan keputusan 6-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
BACA JUGA: Piala Tun Ali 2025 [LIVE] – Senarai Pasukan & Jadual Perlawanan
Format Perlawanan Piala FA 2025/2026
Format perlawanan Piala FA Malaysia 2025/2026 mengekalkan sistem kalah mati (knockout) dengan sedikit perubahan penting yang memperkukuh nilai saingan dan keadilan antara pasukan bertanding.
Edisi ke-35 ini membawa beberapa ciri baharu yang dilaksanakan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Struktur & Bilangan Pasukan
Sebanyak 16 pasukan bertanding dalam edisi Piala FA 2025/2026, terdiri daripada:
- 13 pasukan dari Liga Super Malaysia musim 2024/2025.
- 2 pasukan terbawah Liga Super yang kekal mendapat tempat melalui slot automatik.
- 3 pasukan tambahan dari Liga A1 Semi-Pro Malaysia, termasuk Bunga Raya FC, Malaysian University FT dan UM‑Damansara FC.
Format Pusingan & Peraturan Khas
- Pusingan 16 (Round of 16) – Buat kali pertama, pusingan ini dimainkan secara timbal balik (home & away) bagi memberi peluang sama rata kepada kedua-dua pasukan.
- Suku Akhir & Separuh Akhir – Kedua-dua peringkat ini turut menggunakan format dua perlawanan (home dan away). Kemenangan ditentukan berdasarkan agregat gol daripada kedua-dua perlawanan. Jika agregat terikat, penentuan akan dibuat melalui masa tambahan dan sepakan penalti.
- Final (Perlawanan Akhir) – Satu perlawanan sahaja akan dimainkan di stadium neutral yang akan diumumkan oleh MFL menjelang Disember 2025.
Juara Piala FA Malaysia 2025/2026 secara automatik akan layak ke AFC Champions League Two 2026/2027, tertakluk kepada kelayakan dan lesen kelab AFC yang sah.
Pasukan Yang Layak Ke Separuh Akhir
Berikut adalah 4 pasukan yang mara ke separuh akhir Piala FA 2025:
- Kuching City FC (KUC)
- Johor Darul Ta’zim (JDT)
- Sabah FA (SAB)
- Selangor FC (SEL)
Jadual Piala FA 2025/26 – Separuh Akhir
Pusingan separuh akhir Piala FA 2025-2026 bakal menyaksikan pertembungan antara Kuching City menentang JDT, manakala Sabah akan berdepan Selangor.
Aksi pertama dijadual berlangsung pada 8 dan 9 November ini, sementara perlawanan timbal balik di venue lawan akan diadakan pada 29 dan 30 November. Hanya dua pasukan terbaik akan mara ke pentas akhir kejohanan tersebut.
Sebarang perubahan tarikh bagi jadual separuh akhir ini tertakluk kepada pengumuman rasmi daripada Malaysian Football League (MFL) yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Info Penting
- Penyokong dinasihatkan untuk merujuk platform rasmi kelab atau MFL untuk sebarang kemas kini.
- Perubahan tarikh, masa atau venue perlawanan adalah tertakluk kepada Malaysian Football League (MFL).
| Peringkat | Pusingan | First leg | Second leg |
|---|---|---|---|
| Kalah-Mati | Pusingan 16 | 16–17 Ogos 2025 | 12–14 September 2025 |
| Suku Akhir | 17–18 Oktober 2025 | 28–29 Oktober 2025 | |
| Separuh Akhir | 8–9 November 2025 | 29–30 November 2025 | |
| Final | 14 Disember 2025 | ||
Keputusan Separuh Akhir Piala FA
Terdapat 4 pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir: Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuching City FC (KUC), Selangor FC (SEL), dan Sabah FC (SAB).


Pasangan Separuh Akhir PIALA FA 2025/26:
- Separuh Akhir 1 (SF1): JDT vs Kuching City FC
- Separuh Akhir 2 (SF2): Sabah FC vs Selangor FC
Pasukan manakah yang akan menjulang trofi Piala FA musim ini?
Baca lanjut di laman web MFL :
Tonton LIVE Piala FA 2025-2026
Saksikan siaran langsung dan info terkini perlawanan bolasepak dalam negara melalui:
Bagi peminat bola sepak Malaysia yang ingin hadir ke stadium untuk menonton aksi perlawanan pasukan kelab kegemaran anda, tiket-tiket perlawanan juga boleh didapatkan dengan membuat pembelian secara online menerusi lawan web
Soalan Lazim Piala FA 2025/2026
Piala FA Malaysia ialah kejohanan kalah mati tahunan yang dianjurkan untuk kelab-kelab bola sepak profesional negara dan merupakan salah satu trofi utama selain Liga Super dan Piala Malaysia.
Saingan Piala FA edisi ke-35 bermula pada 16 Ogos 2025 dan dijadualkan tamat dengan perlawanan akhir pada 14 Disember 2025.
Suku Akhir Piala Fa akan berlangsung pada bulan Oktober. Suku Akhir Pertama, 17-18 Oktober, manakala Suku Akhir Kedua pada 28–29 Oktober 2025.
Sebanyak 16 pasukan layak bertanding, terdiri daripada 13 pasukan teratas Liga Super, dua pasukan terbawah Liga Super musim lalu, dan tiga tambahan dari Liga A1 Semi Pro; antaranya Penang FC, JDT, Selangor FC, Sabah FC, Kuching City FC, Terengganu FC, KL City FC, PDRM FC, Melaka FC, Imigresen FC, Negeri Sembilan FC, Kelantan TRW, DPMM FC (Brunei), Bunga Raya FC, Malaysian University FT, dan UM-Damansara FC.
Format pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir menggunakan sistem timbal balik (home & away), kecuali perlawanan akhir yang dijalankan satu perlawanan sahaja (final).
Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan juara bertahan, dengan empat kejuaraan terdahulu. Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC kekal sebagai juara terbanyak (5 kali), pasukan lain seperti KL City, Sri Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan juga pernah memenangi trofi ini.
Antara lokasi utama adalah Stadium Bandaraya (Penang), Stadium Sultan Muhammad Ke-IV (Kelantan), Stadium Tuanku Abdul Rahman (Negeri Sembilan), Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (Terengganu).
Siaran langsung boleh diikuti di Astro Arena Bola, Astro GO, Sooka, TV Okey dan RTMklik bagi perlawanan terpilih.
Pusingan 16: 16, 17, 18 Ogos, 12, 13, 14, 15 Sept & 2 Okt 2025
Suku Akhir: 17-18 Oktober, 28-29 Oktober 2025
Separuh Akhir: 8-9 November, 29-30 November 2025
Perlawanan Akhir: 14 Disember 2025.
Juara musim ini akan layak secara automatik untuk beraksi di peringkat antarabangsa seperti AFC Champions League Two 2026/2027 sekiranya memenuhi syarat kelayakan
Jadual serta keputusan secara langsung boleh dirujuk di laman rasmi Malaysian Football League (MFL), portal bola sepak tempatan, dan laman penstriman rasmi Astro serta RTM.
News
Berita Olahraga
News
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Teknologi
Seputar Teknologi
Drama Korea
Resep Masakan
Pendidikan
Berita Terbaru
Berita Terbaru
Berita Terbaru